Pas Nak Guna Masjid Untuk Politik Kepartian…

Tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) mengambilalih sementara 22 buah masjid sekitar DUN Kerdau seperti didakwa oleh calon Pas, Hassanuddin Salim rupanya membuka cerita tersendiri dan mengesahkan bahawa selama ini Pas memang berusaha menyebarkan pengaruh politik kepartian melalui rumah ibadat.

Kata Hassanuddin, “Kita tidak marah dia hendak kawal semua. Tetapi saya menyeru kepada kerajaan supaya memberika peluang sama rata kepada kita supaya rakyat dapat menilai (hujah masing-masing)”.

Maknanya bagi calon Pas, masjid itu merupakan salah satu tempat yg wajib utk beliau gunakan bagi menyebarkan pengaruh kepartian, sedangkan Islam menyarankan umatnya menggunakan masjid utk tujuan menyatukan ummah serta menjalankan aktiviti bermanfaat utk keseluruhan masyarakat setempat. Continue reading

Pas Bakal Melepas di Merlimau & Kerdau…

6 Mac 2011 nanti negara akan menyaksikan 2 pilihanraya kecil serentak di DUN Merlimau Melaka dan DUN Kerdau di Pahang berikutan kematian penyandang masing-masing.

Apa yg agak menarik ialah kedua-dua kawasan tersebut adalah kawasan majoriti Melayu dan merupakan kawasan kubu kuat UMNO/BN sejak sekian lama.

Pun demikian, kedua-dua kawasan itu juga turut tidak terlepas daripada kesan tsunami politik tahun PRU 2008 yg mana menyebabkan calon UMNO/BN mengalami penyusutan perolehan undi dan majoriti walaupun kekal menguasai kerusi terbabit. Continue reading

Nik Aziz Mengaku Melayu?…

Selalu sangat kita dengar bila Nik Aziz menyampaikan ceramah, antara perkara yg utama di tekan olehnya ialah memperlekehkan perjuangan UMNO yg didakwanya sebagai assabiyah.

UMNO dituduh assabiyah kerana berfahaman nasionalis (kebangsaan) dan meletakkan perjuangan bangsa Melayu sebagai salah satu asas gerakannya.

Sedangkan Nik Aziz lupa, perjuangan UMNO bukan sahaja semata-mata kerana bangsa malah di masa yg sama sentiasa berusaha mendaulatkan kesucian Islam. Continue reading

Pengaruh Pas Kian Lemah…

Bukan lagi rahsia dikalangan umat Islam, parti Pas kini telah dianggap sebagai gunting dlm lipatan & api dlm sekam terhadap perpaduan & kekuatan politik Islam.

Ramai yg semakin menyedari peranan Pas dalam melemahkan kekuatan pengaruh politik Islam di Malaysia apatah lagi selepas pasca PRU 2008 tindak tanduk Pas lebih menjurus kepada kepentingan politik parti hingga mengadaikan prinsip perjuangan Islam kepada DAP.

Kalau dulu, Nik Aziz dan Pas pernah dianggap suara umat Islam kedua berpengaruh selepas UMNO malah hingga satu peringkat setiap kenyataan Nik Aziz dianggap karomah yg mesti ditaati sekarang sebaliknya yg berlaku. Continue reading

Nyawa Terus Melayang…

Selepas kejadian spontan rusuhan berdarah di Tunisia (pure accident), kemudian merebak ke Mesir dan lain-lain negara Arab, satu-satunya yg pasti ialah nyawa manusia terus menjadi taruhan selain turut meranapkan ekonomi negara dan kehidupun rakyat.

Di Mesir misalnya sejumlah 365 orang awam terbunuh, tidak termasuk korban dikalangan anggota keselamatan seperti tentera dan polis.

Pastinya ramai yg menjadi balu, ibu yg kehilangan anak dan keluarga hilang tempat pergantungan hidup selepas kematian ayah mereka berikutan kejadian rusuhan yg menggila. Continue reading

Baiknya Amerika…

Tidak sampai 2 minggu kejatuhan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir sejak 3 dekad lalu, tiba-tiba Amerika Syarikat mengumumkan pembiayaan dana sejumlah USD 150 juta (RM465 Juta) kepada Mesir.

Apa yg menarik pengumuman dana yg besar oleh Setiausaha Amerika, Hillary Clinton itu bertujuan menyokong ‘transformasi demokrasi & pemulihan ekonomi’ Mesir.

Begitu bermurah hatinya Amerika. Masihkah kita buta hati utk melihat wujudnya tangan-tangan ghaib yg ingin menentukan jatuh bangun negara Islam? Continue reading

Rusuhan Sana Sini Di Dunia Arab…

Selepas kebangkitan berdarah di Tunisia kemudiannya diikuti kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir, kini gejala rusuhan merebak ke negara Arab yg lain termasuk Bahrain, Libya, Iran, Yemen selain turut menjejaskan Jordan malah tak mustahil akan berjangkit pula ke Arab Saudi.

Pernah ke kita terfikir, selain faktor kemarahan sesetengah golongan rakyat di negera-negara tersebut akibat kecewa atau dendam dgn pemerintah, faktor lain yg boleh di ambil kira ialah cucukan jarum oleh pihak luar yg menggunakan pengaruh pembangkang tempatan. Continue reading

Tun Dr. Mahathir ‘Pulas Telinga’ Nik Aziz…

He..he.. sekali Tun Dr. Mahathir (TDM) bersuara, jenuhlah lawannya nak mencari point utk pertahankan diri.

Kali ini, TDM menjawab kenyataan Nik Aziz yg mempertikaikan perjuangan UMNO dan memperlekehkan UMNO serta TDM dalam ruang lingkup memperjuangkan Islam di Malaysia.

Berikut, adalah petikan jawapan balas TDM yg diambil drpd Blog beliau, http://www.chedet.co.cc/.

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t  satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Continue reading

Sesedap Mulut Berkata…

Betul kata pepatah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Agak serasi dgn perwatakan Nik Aziz sejak dulu hingga kini.

Terbaru, dek kerana celuparnya mulut Nik Aziz akhirnya menimbulkan kemarahan kaum Orang Asli dari suku Jakun. Nik Aziz menonjolkan dirinya seolah-olah agak bengap bila mendakwa tidak mengetahui wujudnya suku kaum Orang Asli tersebut.

Agak kelakar seorang menteri Besar yg sudah lebih 20 tahun memerintah Kelantan langsung tidak mengetahui berkenaannya. Sia-sia pengorbanan sesetengah rakyat Kelantan yg menyokong Nik Aziz kerana memiliki seorang Menteri Besar yg hanya tahu berucap mengikut kepala lutut berbanding akal fikiran yg waras. Continue reading

Al-Fatihah & Takziah…

Sekejap tadi diberitakan seorang wakil rakyat telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim (DUN Kerdau, Pahang) dilaporkan meninggal dunia selepas tergelincir di dalam bilik air di rumahnya.

Setiap yg hidup pasti ada penghujungnya. Yang tua pasti mati, yg muda akan mati bila tiba saja waktunya. Daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

Al-Fatihah utk arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Takziah juga diucapkan buat kaum keluarga & sanak saudara arwah.

ADUN Kerdau meninggal dunia

TEMERLOH 12 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, petang tadi.

Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini.

Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit. – Utusan

Anasir Jahat Sebar Propaganda Busuk…

Punyalah celaka manusia yg berhati busuk dan jahat, disebalik kesusahan orang lain ada haprak cuba di ambil kesempatan menyebar benih kebencian pada Kerajaan UMNO & BN.

Mentang-mentanglah kemampuan golongan aparat-aparat politik itu cumalah setakat gah berdemo berteriak tanpa hasil dan tanpa perlu berusaha berpenat lelah membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, kini disebarkan pula berita angin utk melengahkan usaha membawa pulang rakyat Malaysia.

Harapkan serban dan jubah besar tempayan, tapi hati busuk mengalahkan yahudi majusi. Continue reading

Pas & Hadi Awang Belum Ambil Iktibar…

Nampak gayanya Pas mahupun Presidenya, Hadi Awang belum mahu mengambil pengajaran disebalik kekalahan teruk Pas di DUN Tenang beberapa hari lepas.

Masih lagi menggunakan alasan streotype kononnya wujud ketidakadilan sistem pemilihan, ugutan, rasuah dan media massa sebagai punca kekalahannya itu.

Mentaliti terencat kerana gagal muhasabah menilai kelemahan dan salah silap sendiri masih lagi menghantui denyut nadi Pas. Continue reading

Bila Anwar Komen Rusuhan Jalanan Di Mesir…

Rusuhan jalanan di Mesir yg turut menyebabkan kira-kira 11 ribu pelajar dan rakyat Malaysia terperangkap di sana turut mendapat perhatian daripada bapa demostrasi jalanan Malaysia, Anwar Ibrahim.

Benarkah Anwar mengambil berat hal ehwal rakyat yg terjejas dan kesan buruk demostrasi dan rusuhan jalanan terhadap rakyat? Entah daripada mana timbul rasa prihatin Anwar sukar dikesan. Adakah ini mimpi, illusi ataupun realiti?

Umpama melihat kucing dah tumbuh tanduk, macam tengok bapa ketam mengajar anaknya berjalan lurus. ha..ha..ha.. Continue reading

Kekecohan Mesir: Peluang Usung Uncang…

Jangan pelik dan jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti ceramah Pas atau PKR aktif secara mendadak berikutan bencana rusuhan di Mesir.

Nak buat ceramah, buatlah. Bukan kita tak tahu Pas dan PKR paling gemar manipulasi isu luar negara utk kepentingan sendiri. Namun pastikan tiada yg mengambil kesempatan mengutip wang ringgit disebalik kesusahan orang lain.

Dalam keadaan isu tersebut menjadi perhatian banyak mata yg melihat, tidaklah mustahil jika ada yg mengambil kesempatan sama ada utk kepentingan politik ataupun mengaut keuntungan wang ringgit. Continue reading

Kekecohan Di Mesir, Kekalutan Di Malaysia…

Sibuk serata dunia membicarakan gerakan rakyat di Mesir dalam percubaan mereka menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak yg telah berkuasa sejak 3 dekad lalu.

Kecederaan dan kematian bukan sedikit selama lebih seminggu kekecohan tercetus hasil inspirasi kejatuhan pemimpin Tunisia sebelumnya gara-gara gerakan yg sama.

Dalam sibuk mata kita tertumpu kekalutan di Mesir, tiba-tiba ada pulak segerombolan penyangak di Malaysia yg turut berdemontrasi utk menyokong gerakan di Mesir. Continue reading

Ustaz Noor Deris Jentik Nik Aziz…

Ustaz Mohd Noor Deris bukanlah nama asing bagi kebanyakkan kita. Beliau merupakan bekas pemimpin utama Pas negeri Kelantan malah pernah menjadi ahli Dewan Ulama Pas dari tahun 1981 hingga 1988. 

Perwatakannya sedikit keras, sealiran dgn pembawaan Haji Hadi  Awang, Presiden Pas.

Semasa pilihanraya kecil DUN Galas tempohari, beliau pernah secara terbuka ‘berdebat’ dgn Nik Aziz di rumah bekas wakil rakyat Galas bersabit isu kerjasama Pas dgn kafir harbi DAP. Continue reading