Sesedap Mulut Berkata…

Betul kata pepatah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Agak serasi dgn perwatakan Nik Aziz sejak dulu hingga kini.

Terbaru, dek kerana celuparnya mulut Nik Aziz akhirnya menimbulkan kemarahan kaum Orang Asli dari suku Jakun. Nik Aziz menonjolkan dirinya seolah-olah agak bengap bila mendakwa tidak mengetahui wujudnya suku kaum Orang Asli tersebut.

Agak kelakar seorang menteri Besar yg sudah lebih 20 tahun memerintah Kelantan langsung tidak mengetahui berkenaannya. Sia-sia pengorbanan sesetengah rakyat Kelantan yg menyokong Nik Aziz kerana memiliki seorang Menteri Besar yg hanya tahu berucap mengikut kepala lutut berbanding akal fikiran yg waras.

Jadi tidaklah pelik bila sebelum inipun Nik Aziz yg di anggap wali keramat Pas itu pernah menyamakan maki hamun dan kata-kata carutan Novel Shit tulisan Shahnon Ahmad dulu tu sebagai setaraf dgn amaran kasar Allah s.w.t dalam kitab suci Al-Quran.

Demikian hal juga dengan kenyataan Nik aziz yg menganggap bantuan syaitan latnatullah boleh digunakan utk kepentingan Islam sebelum ini, bolehlah ditafsirkan sebagai kelemahan Nik Aziz memahami Islam sepenuhnya.

Dalam isu penyalahgunaan perkataan jakun ini walaupun Nik Aziz akhirnya memohon maaf, ia membuktikan selama ini Nik Aziz banyak bercakap sesedap mulut tanpa pedoman sebagai orang Islam yg beriman.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Nyata Allah telah membuka satu ruang pemikiran utk kita disebalik isu ini, kebenaran yg Allah s.w.t pertontonkan utk kita supaya berhati-hati sebelum menerima setiap kata-kata yg keluar dari mulut seorang yg bernama Nik Aziz.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s