Perbezaan Waktu Twitter & Facebook Terjawab…

Terjawab sudah persoalan kenapa wujud perbezaan sejam antara twitter dgn Facebook. Maka hilang sudahlah omong kosong pembelaan alibi yg kononnya Anwar sedang meng’update’ twitter & facebook sepanjang kehilangannya selama 2 jam antara waktu sebenar jam 9.20pm – 11.38pm 21 Februari 2011 yg lalu.

Syabas dah tahniah utk brader MIM kerana berjaya menganalisis dgn tepat perbezaan waktu tersebut sekaligus memberi tamparan hebat kepada PKR terutama Pengarah Strateginya yg tergopoh gapah ingin membuktikan alibi ketuanya itu.

Adui la, langsung takde strategi akal si Pengarah yg kununnya strategik tahap gaban ni.. ka..ka.. Sia-sia je pegang jawatan yg bunyinya hebat mengalahkan predator, tapi last-last kantoi pulak. Continue reading

Polemik Video Lucah…

Umumnya terdapat 3 pihak yg memiliki pandangan berlainan bila tercetusnya isu rakaman video lucah yg mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai lelaki yg meniduri dan berzina dgn pelacur China dalam rakaman tersebut.

Perbezaan pandangan dan polemik hangat tersebut boleh di ringkaskan seperti berikut utk kita sama-sama nilaikan sementara menunggu hasil keputusan lengkap oleh pihak polis kelak.

Pihak Pertama;-

  1. Terdiri drpd penyokong, pemuja Anwar serta penyokong totok Pas yg bermati-matian yakin lelaki dalam video tersebut bukannya Anwar terutama selepas mendengar ulasan awal ahli parlimen PKR Sungai Petani (YB Johari) yg ‘mendedahkan’ bahawa lelaki dalam rakaman video tersebut berperut buncit dan punggungnya berisi berbanding Anwar Ibrahim. Continue reading

Video Lucah & Standard Pemikiran…

Kecoh umpama baru lepas kena hempas dgn tsunami sejak seminggu ni berikutan pendedahan wujudnya rakaman video lucah mengaitkan Anwar Ibrahim.

Tiba-tiba rasa macam mahu muntah hijau bila baca ulasan ramai penyokong Pas dan pemuja Anwar berkaitan isu ini.

Tak semena-mena hebohlah seantero pelusuk negara dikalangan pemuja-pemuja Anwar dan balaci Pas yg menekankan perlunya 4 saksi yg melihat kejadian seks terlarang yg dirakamkan itu disamping memfokuskan isu haram dan salahnya menonton video lucah.

Agaknya mereka ni jenis spesis yg gemar bercakap main lepas asal saja dapat melegakan tekanan dalam jiwa raga dan fikiran depa. Continue reading

Kebangkitan UMNO/BN, Kejatuhan Pas…

Rakyat Hakim Negara itulah slogan yg pernah diipopularkan oleh Pas, PKR & DAP sedekad yg lalu. Kini terbukti rakyat telah bersuara dan menggunakan kuasa mereka sebagai hakim utk menghukum kejahilan dan sikap kemaruk kuasa yg ditonjolkan oleh pembangkang.

Majoriti rakyat Malaysia baik orang Melayu Islam, Cina, India mahupun lain-lain kaum bangsa nyata telah kembali menyokong UMNO & BN sebagai satu-satunya wadah yg benar-benar menepati citarasa dan aspirasi rakyat.

Tahniah utk UMNO kerana tetap berusaha gigih berkhidmat disamping tidak pernah malu utk memperbetulkan kembali kesilapan lampau demi utk kebaikan agama, bangsa dan tanahair. Continue reading

Mutakhir PRK DUN Merlimau & Kerdau…

Berikut adalah hasil pengumpulan info dan culaan terbaru yg diperolehi daripada rakan-rakan yg bertugas dlm jentera parti kedua-dua pihak berasaskan situasi mutakhir di DUN Merlimau & Kerdau yg berjaya dikumpulkan sehingga hampir jam 11.3omlm tadi (05-03-2011).

Maklumat Mutakhir & Terkini Kedudukan Barisan Nasional (BN) & Pas di Merlimau & Kerdau

i] MERLIMAU

+ Kedudukan BN agak kukuh di semua peti undi majoriti Melayu Islam dan semua info yg diterima menyimpulkan arah sokongan utk BN menunjukkan peningkatan ketara dikalangan pengundi Melayu Islam. Demikian menurut 6 rakan dari jentera UMNO yg berjaya dihubungi sehingga jam 11.30mlm tadi.

+ Sambutan pengundi dan penduduk setempat utk UMNO & BN ternyata lebih baik berikutan penerimaan ramai dgn corak pentadbiran Dato’ Seri Najib dan Dato Seri Ali Rustam, selain dibantu oleh faktor kesedaran terhadap kegagalan Pas & PKR membela orang Melayu & agama Islam. Continue reading

Harakahdaily, Iklan Seks & Isyarat Lucah Berpisah Tiada…

Haru dibuatnya. Sudahlah dalam Harakahdaily banyak disiarkan iklan yg berunsur seks, kini terbaru di siarkan pula gambar edit superimposed Umi Hafilda yg menunjukkan isyarat lucah.

Memang tahap sampah sungguh haprakdaily, barangkali kerana kerap terdedah dgn pelbagai iklan seks dan ubat kuat utk lelaki telah mendatangkan inspirasi utk Harakahdaily menyiarkan gambar fitnah isyarat lucah jari tengah dgn mengubahsuai photo asal Umi Hafilda yg dirakamkan sewaktu di salah satu sidang media sebelum ini.

Agak mustahil berlakunya kesilapan penyiaran, sebaliknya ternampak jelas secara tersiratnya Harakahdaily cuba membina persepsi negatif terhadap Umi Hafilda.

Continue reading

Terkini DUN Kerdau: BN Melonjak Di Hadapan…

Mahu tidak mahu Pas pasti akan gigit jari sekali lagi. Situasi semasa di Kerdau bersandarkan laporan-laporan terkini daripada rakan-rakan petugas jentera kempen di kedua-dua belah pihak menyimpulkan BN melalui calonnya makin jauh meninggalkan pencabarnya.

Berikut dipaparkan ringkasan hasil pengumpulan data-data daripada rakan-rakan yg bertugas dalam jentera kempen parti masing-masing.

Kedudukan Terkini: Barisan Nasional (BN)
(Maklumat oleh 8 rakan petugas kempen UMNO)

+ Sehingga jam 10 malam, 02 Mac 2010 arah sokongan dikalangan pengundi terutama di kawasan Felda 22, 23 & 25 semakin kuat bersama UMNO/BN. Hasil kajian & culaan sikap menunjukkan BN mampu meraih hampir 2000 undi dari 3 kawasan ini berbanding hanya sekitar 1500 undi semasa PRU 2008. Continue reading