Pas Bakal Melepas di Merlimau & Kerdau…

6 Mac 2011 nanti negara akan menyaksikan 2 pilihanraya kecil serentak di DUN Merlimau Melaka dan DUN Kerdau di Pahang berikutan kematian penyandang masing-masing.

Apa yg agak menarik ialah kedua-dua kawasan tersebut adalah kawasan majoriti Melayu dan merupakan kawasan kubu kuat UMNO/BN sejak sekian lama.

Pun demikian, kedua-dua kawasan itu juga turut tidak terlepas daripada kesan tsunami politik tahun PRU 2008 yg mana menyebabkan calon UMNO/BN mengalami penyusutan perolehan undi dan majoriti walaupun kekal menguasai kerusi terbabit.

Di Merlimau misalnya BN hanya memperolehi 4,981 undi dalam PRU 2008 berbanding perolehan sejumlah 6,332 undi semasa PRU 2004, penyusutan sebanyak 1,351 undi dipercayai ada kaitan dengan undi protes terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Manakala di DUN Kerdau BN turut mengalami penyusutan sokongan setelah kehilangan sejumlah 301 dalam PRU 2008 setelah sebelumnya semasa PRU 2004 mencatat sokongan 4,436 undi.

Baik di Merlimau mahupun Kerdau, kedua-duanya pasti akan kekal ditandingi oleh UMNO yg mewakili BN manakala lawannya dijangkakan masih lagi daripada parti Pas.

Berdasarkan situasi hari ini terutama sekali selepas UMNO terus menerus memperbaiki kelemahan diri dan bergerak kembali ke landasan perjuangannya terutama semenjak peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Dato’ Seri Najib, adalah dijangkakan BN bakal menguasai kedua-dua DUN tersebut dengan aliran sokongan yg lebih besar disamping peningkatan majoriti yg lebih baik.

Tambahan pula dengan suasana mutakhir di mana tahap sokongan orang Melayu, kaum Bumiputera lain dan pengundi India yg kian kuat ke arah BN dibantu pula dengan sedikit peningkatan sokongan kaum Cina terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib, tidak mustahil pilihanraya kecil ini akan mengulangi keputusan hampir sama seperti di PRK DUN Galas dan DUN Tenang tempohari yg menyaksikan calon Pas semakin terpinggir daripada sokongan ramai pengundi.

Bersandarkan hakikat itu, tidak janggal utk meramalkan BN mampu meningkatkan undi sokongan dengan anggaran perolehan lebih 5,500 di DUN Merlimau dan jangkaan hampir 5000 undi di DUN kerdau.

Jika jangkaan ini benar berlaku, ianya adalah signal yg amat baik utk UMNO memacu kemenangan BN dalam PRU ke-13 nanti, sebaliknya ia merupakan berita buruk utk Pas kerana kekalahan berterusan dengan penyusutan demi penyusutan undi bakal menyebabkan kebangkitan menyeluruh gelora penentangan ahli-ahli Pas terhadap pucuk pimpinan parti berbanding protes secara senyap sejak hampir setahun lalu. 

Menghadapi pilihanraya kecil di kawasan majoriti Melayu Islam pada ketika ini sebenarnya adalah sesuatu yg seboleh mungkin cuba dielakkan oleh Pas.

Untuk Pas memenangi pilihanraya kecil ini sememangnya jauh panggang dari api, hatta utk mengharapkan peningkatan sokongan undi pun hampir pasti akan gagal.

Sebaliknya, dengan keadaan Pas yg makin celaru dan keliru antara prinsip perjuangan asal yg dulu kononnya berteraskan Islam dengan kepentingan politik masakini yg berslogankan ‘Pas Untuk Semua’ nampak gayanya mahu tidak mahu mereka terpaksa menerima hakikat jumlah undi untuk calon mereka akan terus merudum sebagai manifestasi kebencian orang Melayu terhadap sikap dayus pemimpin Pas yg kerapkali tunduk di bawah pengaruh & tuntutan DAP.

Sebelum ini kita dimaklumkan dalam beberapa mesyuarat Pas pusat dan negeri terdapat cadangan menyerahkan hak bertanding di kedua-dua DUN kepada rakan kongsi dari PKR utk mengelakkan risiko kekalahan yg pastinya akan diikuti dgn penyusutan undi yg ketara di peti-peti undi kawasan Melayu & India.

Apatah lagi dengan wujudnya banyak desakan-desakan ahli & pemimpin bawahan yg berkehendakkan penilaian semula terhadap penglibatan Pas bersama Pakatan Rakyat, maka mengambil tindakan menyerahkan hak bertanding di kedua-dua kerusi kepada PKR dilihat mampu meredakan konflik dalaman daripada terus membuak keluar.

Bagaimanapun berikutan terdapat pandangan daripada beberapa pemimpin tertinggi Pas yg lantang mahukan Pas terus masuk bertanding utk mengelakkan mereka digelar sebagai menyerah kalah dan dayus berhadapan dgn pengundi Melayu, akhirnya tidak dapat tidak Pas terpaksa terus beraksi ‘jantan’ walaupun faham kejantanan itu sudah tiada nilai dimata khalayak ramai.

Keadaan Pas yg semakin tempang jauh tersasar dari asas perjuangan Islam yg sering digembar gemburkannya selama berdekad-dekad lamanya ditambah pula dengan keraguan yg makin mendalam dikalangan orang Melayu Islam terhadap pergerakan songsang Pas telah meletakkan pucuk pimpinan Pas seperti cacing kepanasan.

Hakikatnya bagi ramai orang Melayu Islam, peluang pilihanraya kecil ini amat dinanti-nantikan utk terus menghukum Pas bagi membuktikan bahawa sekarang ini bukan lagi masanya utk golongan aparat-aparat politikus Pas terus menerus memperalatkan Islam utk politik kepartian.

Rakyat sudah agak jelik dan muat dengan kaedah politiking sepanjang masa yg berorientasikan isu semata-mata di pentas politik dan sembang kosong yg menjanjikan bulan bintang seumpama penjual ubat jalanan yg bermodalkan air liur sambil berselindung disebalik jubah dan serban.

Pas telah membuktikan mereka hanyalah politikus yg mengejar kuasa, harta dan jawatan semata-mata kerana bila diuji oleh Allah s.w.t dengan sedikit kuasa akhirnya menjadi mabuk kepayang lebih teruk lagaknya malah lebih banyak masa dihabiskan di pentas ceramah sambil mengepau derma duit dari rakyat hingga lupa tugasan yg sepatutnya menjaga kebajikan & khidmat utk masyarakat.

Khalayak umum menuntut jasa bakti dan kesungguhan golongan politikus serta parti mereka yg mampu berkhidmat menjaga kebajikan & kepentingan agama, bangsa dan negara sebagaimana ditunjukkan oleh UMNO & BN bukannya janji muluk pemimpin Pas  yg gah seumpama ketukan tong kosong.

Nyata zaman pasca PRU 2008 telah membuktikan tembelang sebenar parti Pas yg kononnya ‘Islamik’ & kerap mahu menjadi lebih arab daripada orang arab sendiri, walhal pengisiannya hancur & tidak bermanfaat utk agama, bangsa mahupun tanahair tercinta.

Rakyat telah melihat kegagalan Pas mengurus tadbir kerajaan di Kelantan, Kedah dan Perak malah terpampang jelas kedayusan pemimpin Pas bilamana menghadapi pengaruh DAP yg kian membelit batang tubuh mereka, kini tiba masa bagi rakyat menjadi hakim buat sekian kalinya utk terus menghumban Pas jauh terpelosok ke dalam longkang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s