Menjelang PAU2014, Antara Yang Bercakap & Bekerja

Dalam minggu ini, parti yang terulung dalam negara kita, UMNO, akan sekali lagi, mengadakan perhimpunan agung tahunannya, didahului oleh mesyuarat ketiga-tiga komponennya, iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Saya tidak pernah menyebut pergerakan-pergerakan tersebut sebagai ‘sayap’, oleh kerana tiada ciptaan Allah SWT di dunia ini yang mempunyai lebih dari sepasang sayap, iaitu dua. Maka istilah ‘komponen’ UMNO digunakan, untuk menekankan bahawa setiap satu daripada pergerakan itu adalah sebahagian daripada tubuh badan UMNO. Kalau lemah dan cacat cela mana-mana satu pergerakan, maka ia akan melemah dan menjejaskan UMNO.

Sebaliknya jika semua pergerakan kukuh, bertanggungjawab, serta aktif berusaha di semua peringkat, khususnya di akar umbi, maka UMNO akan terus kukuh dan diterima baik oleh bukan sahaja ahli-ahli parti, tetapi sama pentingnya, lebih ramai orang Melayu dan bumiputera, dan juga rakyat Malaysia lain. Payung UMNO akan diterima sebagai tempat berlindung oleh rakyat berbilang kaum, yang mengharap untuk bersama-sama mendapat manfaat dari sebuah kerajaan Malaysia , di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), yang mana UMNO merupakan parti tunjang di dalamnya.

Maka, Perhimpunan Agung UMNO ini dilihat dalam konteks ke mana UMNO, sebagai tunjang kerajaan, akan membawa negara ini ke hadapan. Dan apakah tanda-tanda yang mencerminkan dasar-dasar dan langkah-langkah yang mungkin akan dilaksanakan, kesan daripada segala desakan kuat oleh mereka yang membahas usul-usul; serta haluan dan kecenderungan yang dapat disimpulkan oleh rakyat di luar dewan perhimpunan, melihat dan mendengar tepuk sorak kepada hujah berapi-api, dan gesaan-gesaan penuh emosi dan menggegar dewan.

Sejak saya mula menghadiri perhimpunan agung sebagai wakil atau pembawa usul, 43 tahun dahulu , itulah pesanan-pesanan yang diberikan oleh pucuk kepimpinan. Mereka sentiasa memperingatkan supaya berhati-hati bila berhujah, dan mengelakkan salah faham dan salah tafsir mana-mana pihak, dan lebih buruk lagi, membawa retak belah sesama sendiri dan dengan pihak lain, terutama sesama rakyat Malaysia.

Pesanan-pesanan tersebut bukan untuk menyekat kebebasan bercakap dan memberi pendapat oleh mana-mana pihak. Atau menghalang daripada sesiapa menyuarakan apa jua yang mereka hendak perkatakan. Tetapi sebaliknya, berpesan supaya kita sentiasa menghayati dan ingat akan hakikat bahawa Perhimpunan Agung UMNO diberi pelbagai tafsiran oleh banyak pihak, di dalam dan di luar negara, antaranya:-

– Sebagai suara kerajaan dan penentu haluan dasar-dasar akan datang, terutama dalam konteks rakyat berbilang kaum

– Sebagai suhu, kesihatan dan hala tuju politik orang Melayu dan bumiputera

– Tahap kematangan politik dalam UMNO, berlatar belakangkan masyarakat berbilang kaum dan perlunya perpaduan antara kaum serta persefahaman yang erat

– Sejauh mana parti yang mencerminkan hasrat dan harapan orang Melayu dan bumiputera, mengamalkan kesederhanaan, dan menerima bahawa negara ini mesti mampu menaungi rakyat berbilang kaum dan keturunan, yang juga menganggap Malaysia tanah air, serta tempat tumpah darah mereka.

– Dan sejauh mana mereka yang dianggap lambang kepimpinan UMNO di peringkat atasan dan bahagian, berjaya, secara matang dan berhemah, mengutarakan isu-isu dan perkara-perkara yang benar-benar merupakan suara rakyat, dan kepentingan negara.

Maka tidak wajar sesiapa yang berpeluang bercakap dan berhujah berbuat demikian didorong oleh motivasi yang terpesong jauh daripada apa yang diharapkan, seperti:-

– Didorongi oleh keghairahan untuk meraih tepuk sorak gemuruh, yang ditafsir sebagai hebat dan popular

– Untuk menjadi jaguh berpidato, walaupun tiada isi bernas dalam hujah-hujah berapi-api dan penuh emosi

– Semata-mata untuk mendapat perhatian, terutama bila berhujah menjurus kepada memuji-muji secara keterlaluan pemimpin-pemimpin sehingga tidak lagi kredibel, dan boleh ditafsir sebagai meraih perhatian baik pemimpin. Ini sebaliknya boleh menjejaskan pemimpin, jika keterlaluan pujian dan mengundang kritikan pihak lain.

– Membawa hujah-hujah yang akan mencacatkan imej perhimpunan agung, kerana ia mencerminkan pemikiran sempit, kurang keupayaan berfikir secara mendalam, atau pun tiada arah haluan dan ketentuan, hujah dan perbahasan. Lebih-lebih lagi jika cara perbahasan kasar, tidak tertib dan hanya setakat menjadi penglipur lara sementara.

Apatah lagi jika antara yang diperkatakan termasuk perkara-perkara yang nampaknya pada sepintas lalu adalah lucu, tetapi sebenarnya merendahkan maruah, seperti maruah kaum wanita, dan maruah bangsa sendiri.

Tetapi yang perlu sangat dielakkan ialah hujah-hujah yang akhirnya akan membawa unsur-unsur syak wasangka dan selisih faham. Terutama yang akan menggagalkan usaha membina satu Malaysia yang rakyatnya bersefahaman, benar-benar saling menghormati antara mereka, dan mementingkan perpaduan secara berterusan.

Kebebasan berhujah dan bercakap ada hadnya. Dan had-had ini wajar disedari dan dihayati oleh setiap daripada kita, dengan disedarkan sentiasa oleh kematangan kita, serta keazaman kita untuk menjadikan UMNO, dalam BN, sebagai parti pilihan dan harapan untuk majoriti rakyat Malaysia berbilang kaum.

Berhujahlah untuk menambah nilai kepada UMNO dan negara. Berbahaslah, supaya pendapat-pendapat dan idea-idea bernas dapat menjadi panduan kepada pemimpin , dalam menentukan dasar-dasar serta langkah-langkah yang sememangnya diharapkan oleh rakyat.

Bercakaplah dan menegurlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat untuk memperbaiki dan untuk membina. Dan jangan sekali-sekali bercakap sehingga terjadinya menang sorak kampung tergadai…
Selamat bersidang kepada para perwakilan! – Utusan Online

TAN SRI RAFIDAH AZIZ pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama 35 tahun, menteri selama 28 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO selama 38 tahun. Beliau kini ialah Profesor Adjung di Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM) selain menjadi Pengerusi AirAsiaX, Megasteel dan Pinewood Iskandar Malaysia Studio

One thought on “Menjelang PAU2014, Antara Yang Bercakap & Bekerja

  1. Secara jujurnya, UMNO dah jadi semakin tidak relevan. Tapi tu tak bermaksud yang pembangkang adalah alternatif yang elok.

    Secara tidak langsung, BN pun sudah jadi seakan-akan tidak relevan, lebih-lebih lagi di kalangan orang muda.

    Politik di Malaysia ni macam sampah sebenarnya. Terlampau banyak puak2 spesifik yang nak benda2 spesifik. Kita ada geng2 islamis, geng cina, geng india, lgbt, pengkid yang masing2 nak pertahankan kepentingan mereka. Xde unsur homogeneity langsung. semua berbeza – kaum, agama, bahasa, makanan, budaya dll. Negara yang terlampau berbeza usually hidup x lama.

    Macam PRU lepas, kita semua tahu cina undi dap. Jadi saya tanya, apa tujuannya BN menarik undi cina? xda guna, jadi baik mereka tumpukan kepada golongan bumitputera sahaja, dari buang masa dan tenaga mengejari benda yang xkan dicapai.

    n then of course kita ada geng melayu yang nak parti islam yang suci. macam semua benda lain, kalau xda label islam atau perkataan arab. mereka xkan percaya. sebab tu ada jenama macam zaitun – khusus untuk orang2 camni. orang2 macam ni pun sebenarnya x dapat diselamatkan lagi, sebab kepercayaan adalah dorongan yang kuat, biarpun kepercayaan mereka tidak rasional. kalau depa dah percaya geng2 x mau hudud semua condemned masuk neraka, x payah lah nak cuba convince depa tentang hal2 lain. fenomena sebegini sebenarya agak tipikal dalam negara2 islam mundur. disebabkan pemikiran yang tidak sophisticated, agak mudah untuk mereka “berbalik” kepada apa2 unsur keagamaan – especially dalam berpolitik. sebab tu parti2 konservatif agama macam PAS sangat popular di negara islam lain.

    Jadi, lebih baik kita tumpukan usaha kita kepada geng2 sekular tetapi konservatif dalam budaya. Kalau kita lihat contoh di Barat, selalunya parti parti berhaluan sebegini popular. Kenapa? Sebab mereka berjaya.

    Pada masa yang sama, kita harus menyedari hakikat bahawa agama tidak perlu memainkan peranan dalam pengurusan negara ataupun kehidupan sosial. Kerana agama itu adalah hal peribadi. Bila dunia semakin moden dan manusia semakin berpendidikan, mereka semua akan jadi kurang religious. Bukan di atas pilihan, tapi cuma hakikat nature manusia.

    Kita tidak boleh menghalang kemajuan ataupun pemikiran. Agama, seperti ideologi, akan mati apabila manusia tidak memerlukannya lagi. Macam agama mesir purba, ada lagi ke manusia yang menganutinya? tidak. seperti mana2 sistem, kalau ia tidak adapt dan evolve mengikut kesesuaian masa, ia akan mati. Barat bukan kristian, yahudi bukan judaism. mereka adalah sekular, cuma mengamalkan nilai2 tradisi judeokristian. jadi, x perlulah kita percaya mereka ada agenda terhadap islam, kerana label nasrani dan yahudi tu sudah lama tidak tepat.

    menggunakan agama sebagai dasar untuk govern manusia adalah usaha yang sia-sia. Seperti melawan dosa, boleh kah dosa di’hilangkan’? Kepercayaan idealis adalah tidak realistik – seperti juga cita2 untuk mengembalikan sistem kalifah.

    Aku lebih rela menggunakan sistem manusa yang 90% berfungsi, dari menggunakan sistem ‘agama’ yang belum tentu berfungsi. Cuba tengok timur tengah. dah beratus tahun berbunuhan, beratus tahun menggunakan sistem ‘islamik’, ada nampak improvement?

    Kalau x percaya, silalah rujuk perang siffin. sejak pembunuhan saidina Usman r.a sampai la ni, x pernah dunia islam aman. x habis2 perang. sesama islam pun boleh berperang. perang dalaman. satu masa tu ada 2 kalifah pada masa yang sama. La ni kita ada ISIS.

    mereka yang mengata sebaliknya tu buta sejarah. x payah la gembar gembur parti islam, kaler hijau, cakap anta ana, advertise hudud kat aku. pi tengok sedara hampa pak2 arab kat timur tengah tu. Ingat, sebelum kita semua muslim di melaka, kita semua buddhis. berjaya je kita capai peradaban Srivijaya. Langkasuka. Kedah Tua. Cuba tanya, betul ke agama tu memartabatkan bangsa? peradaban islam je yang berjaya? tengok Greek, Barat yang beribu tahun lebih tua, berjaya je, malah wujud sampai la.

    seperti beberapa aspek UMNO, PAS pun tidaklah relevan sangat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s