PPBM Mengamuk Rebut Kerusi Gara-Gara DAP The King Maker PH

Atas kertas, ada nama Melayu duduk di atas sebagai Presiden, Pengerusi dan Ketua Umum. Nama ketua sebenar dalam pembangkang tidak dimasukkan, hanya menjadi “King Maker” dari belakang.

Di atas nampak nama Melayu tetapi isinya penuh dengan nama nama DAP. Itulah pakatan pembangkang, pakatan yang diketuai dan dipimpin oleh DAP sepenuhnya. Barisan kabinet bayangan penuh dengan nama nama DAP.

Belum pun pilihanraya diadakan, Melayu yang ada dalam pembangkang sudah pun dipermainkan oleh DAP. Sedar atau tidak, kejadian yang berlaku di Negeri Sembilan minggu lepas adalah contoh bagaimana DAP berjaya mempermainkan Melayu.

Di Negeri Sembilan pembangkang jadi kecoh. Laungan “boikot”, “mana hak kami” dan “tak adil” diluahkan oleh mereka terhadap Wan Azizah dan Mukhriz. Mereka dakwa parti bunga ada 6,000 ahil di Negeri Sembilan tetapi hanya dapat 6 kerusi sahaja.

Berbanding PAN yang ada 500 orang ahli dapat 7 kerusi dan PKR yang dikatakan ada 10,000 orang ahli dapat 12 kerusi DUN. Itulah dakwaan yang dibuat oleh Mohd Sharul Anuar, Ketua Pemuda PPBM Negeri Sembilan.

Ini bukan kali pertama parti bunga di Negeri Sembilan bergolak. Sebelum ini pun, banyak sudah berlaku pergaduhan dalam PPBM di negeri tersebut. 6 April 2017, 500 ahli PPBM Rembau telah keluar parti. 19 April 2017, Pengerusi PPBM Negeri Sembilan, Cikgu Kamarul pun keluar parti bersama 821 orang ahli parti bunga yang lain.

Keretakan dalam PPBM di Negeri Sembilan hanya menanti belah sahaja. Agihan kerusi ini adalah bukti jelas pembangkang yang ada pada hari ini sebenarnya adalah dikuasai oleh DAP. Lihatlah bagaimana Wan Azizah yang dilantik sebagai Presiden Pakatan Harapan terus lari keluar dewan dan tidak boleh berbuat apa apa.

DAP yang dapat kerusi yang banyak iaitu 11 kerusi DUN, 11 kerusi itu jugalah yang DAP menang sekarang dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan. Maknanya, kerusi DAP tetap milik DAP. DAP tidak beri pun kepada mana mana rakan mereka dalam pembangkang.

Di Perak pun begitu juga, 25 Januari 2018, dalam Sinar Harian, Ketua Pemuda DAP Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Canning, Wong Kah Woh berkata DAP mahu menguasai negeri Perak. Dalam Dewan Undangan Negeri Perak sekarang, DAP ada 18 kerusi daripada 24 kerusi pembangkang. Bermakna 75% pembangkang di Perak adalah DAP.

Mengikut analisa yang dibuat oleh Dr Kamarul Yusuf dari UUM, DAP Perak sasar mahu rampas 32 kerusi. Jika itu pembangkang berjaya kuasai Perak, maka komposisi kerajaan yang naik di Perak jika Barisan Nasional tumbang adalah seperti berikut :

22 bukan Melayu bukan Islam, iaitu melalui:
(1) 18 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP.
(2) 4 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PKR.

10 Melayu Islam, iaitu melalui:
(1) 6 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari AMANAH.
(2) 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PPBM.
(3) 1 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PKR.

Kerajaan yang naik ini adalah kerajaan negeri DAP. Orang Perak sudah pernah merasa sekali detik hitam bila Barisan Nasional tumbang. Melayu dipergunakan sebagai boneka DAP untuk menjadi Menteri Besar. Di kiri dan kanan Nizar, diapit oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Khoo Ham dari DAP.

Lihatlah sendirilah bagaimana DAP mentadbir Pulau Pinang sebagai sebuah kerajaan. Penuh dengan skandal dan penyelewengan. Tanah digadai, tanah runtuh kerap berlaku. Banjir sampai lebih seratus kali. Duit kajian terowong yang berjuta juta lesap entah ke mana. Luluskan kilang haram, sampai mati orang kampung.

Mahukah rakyat Negeri Sembilan, Perak dan Johor melihat apa terjadi di Pulau Pinang ini berlaku di negeri mereka? Janji yang ditabur masa mengundi tidak dibuat. Rakan rakan pembangkang seperti PAS diterajang keluar begitu sahaja sesudah DAP mendapat kuasa.

Sama juga agihan kerusi di peringkat pusat, DAP tanding 37 kerusi, semuanya di tempat DAP. Tidak satu pun kerusi selamat DAP diberikan kepada PAN, PKR atau PPBM. Semasa umum di Konvensyen Pakatan, DAP hanya umum kerusi kerusi untuk Semenanjung Malaysia sahaja, belum termasuk Sabah dan Sarawak.

Jika dikira balik satu persatu, baki 57 kerusi di Sabah dan Sarawak akan dikuasai DAP. Oleh itu secara keseluruhannya, agihan kerusi pembangkang adalah seperti berikut :

1) DAP (gabungan DAP & PAN) – 71 kerusi
2) PKR – 70 kerusi
3) PPBM – 52 kerusi
4) PAN – 27 kerusi
4) Warisan – 2 kerusi

Jumlahnya adalah  222 kerusi. Siapa akan menang banyak kalau rakyat Malaysia mengundi pembangkang? Sudah tentu DAP akan menang banyak. Kalau pembangkang rampas Putrajaya, DAP yang akan jadi paling berkuasa.

Ingat balik apa yang Hew Kuan Yau, Superman DAP cakap. “Ini game terakhir untuk Mahathir, Kit Siang masih ada masa untuk banyak game lagi” kata Hew. DAP hanya mahu “screw” Melayu sahaja. Jika tumbang Barisan Nasional, DAP yang akan kuasai pembangkang.

Sebagai orang Melayu yang sedar dan tahu apa agenda DAP ini, jangan sekali kali kita benarkan impian “Malaysian Malaysia’ ini tercapai. Jangan benarkan Barisan Nasional tumbang, ayuh bersama sama jadikan BN parti yang menang.

Kredit Beruang Biru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s