DAP Takut Program Islamisasi Di Sekolah Kebangsaan?

betina-bodoh[1]Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mendakwa punca utama ramai ibu bapa bukan beragama Islam enggan menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan baik di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah disebabkan wujudnya program Islamisasi.

Katanya, program Islamisasi dan agenda agama di Sekolah Kebangsaan terlalu meluas sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan ibu bapa bukan Islam memaksa mereka memboikotnya dan lebih selesa menghantar anak masing-masing ke Sekolah Jenis Kebangsaan.Zairil Christopher - Islamisasi Di Sekolah Kebangsaan

Seimbas lalu kenyataan Zairil Khir Johari Bin Abdullah atau nama sebenarnya Christopher Ross Lim Christopher itu secara tersiratnya seakan-akan membayangkan sudah menjadi polisi pendidikan di Sekolah Kebangsaan untuk mengislamkan murid bukan Islam.

Barangkali silap faham sedemikianlah telah membawa kepada wujudnya perasaan prejudis dan ketakutan ibu bapa bukan Islam untuk menghantar anak mereka menuntut di Sekolah Kebangsaan. Benarkah begitu?

Jika bukan itu maksud anak tiri kepada bekas pemimpin UMNO, Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, adakah dia mahu menyatakan proses Islamisasi pendidikan yang giat dijalankan di Sekolah Kebangsaan khusus untuk murid beragama Islam telah menakutkan ibu bapa bukan Islam?

Kenapa perlu timbul rasa takut dengan proses menambah baik pengajaran Islam di Sekolah Kebangsaan? Ia hanya untuk murid Islam sahaja. Tiada walau satu pun Sekolah Kebangsaan di negara ini yang memaksa atau mewajibkan murid bukan Islam menyertai kelas pendidikan Islam.

Adakah Zairil sedar hakikat itu? Selanjutnya…

One thought on “DAP Takut Program Islamisasi Di Sekolah Kebangsaan?

  1. Nah.. Cina punya spin baik punya.
    Sy tahu game mereka. Itu cuma alasan.

    Agendanya: Mereka berharap kerajaan termakan kata-kata (kebimbangan mereka) lalu kerajaan (melalui agen mereka di Kementerian Pendidikan) mencadangkan kepada kerajaan agar menghapuskan subjek pendidikan islam daripada sekolah kebangsaan.

    ATAU ada juga kemungkinan mereka meminta matapelajaran semua agama dibenarkan diajar sekolah kebangsaan.

    Atas semangat keharmonian agama (kununnya), mereka akan meminta nasi tambah supaya pelajar islam diberi kebenaran belajar agama lain atas alasan agar mereka lebih memahami agama lain dan semangat keharmonian beragama tercapai.

    Matlamatnya: Supaya budak2 melayu kita terpisah terus daripada tiang dan sendi agama nenek moyang mereka.

    Kesimpulan: Apabila semakin ramai budak melayu yang liberal agamanya (tiada lagi roh agama dalam jiwa mereka), lebih mudah musuh islam ini mencucuk jarum untuk melemahkan & memcah belahkan melayu.

    Mereka akan cuba dan cuba sampai berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s