Suhardi ‘Mati’ Berkali-kali Buat Muka Selamber…

Setelah lebihkurang 3 minggu berdiam diri (bersembunyi?) akhirnya hari ini Suhardi Mat Isa tampil dalam sidang akhbar kononnya utk membersihkan maruah dirinya.

Dalam sidang akhbar tersebut Suhardi kata dia cuma pengsan & yg meninggal tu bukan dia tetapi arwah Baharuddin. Klik sini

Time awal tersebarnya berita kematian arwah Baharuddin memang benar ramai blogger & web pembangkang yg meletakkan gambar Suhardi sebagai arwah Baharuddin, tujuan & matlamat mereka ialah utk cetuskan kemarahan umum terhadap polis & kerajaan.

(Untuk mengetahui kisah & penjelasan awal kematian arwah Baharuddin, klik sini) Continue reading

Yayasan Selangor Nak Tutup Asrama…

Sejak pak-khatan rakyat menguasai Selangor ni, antara benda yg paling kerap mereka lakukan ialah tutup atau jual dgn alasan utk mengelakkan defisit ataupun nak cepat dapat duit utk cover kelembapan ekonomi & pentadbiran negeri.

Misalnya Kompleks PKNS di pusat bandar Shah Alam, Sacc Mall Shah Alam & Menara PKNS Petaling Jaya yg di bina sewaktu zaman pemerintahan kerajaan BN telah di jual dgn harga RM 270 Juta kepada Amanah Raya. klik sini & sini.

Manakala di Sabak Bernam pula sebuah Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) juga telah di tutup dgn alasan ianya tidak menguntungkan. Continue reading

Kekalahan Aggregat 4-6 Mengecewakan…

Agak mengecewakan tatkala semangat para penyokong Malaysia memuncak tinggi akhirnya gagal diterjemahkan kepada sebuah kemenangan yg manis.

Apa nak buat, kemampuan kita & skill permainan team Malaysia masih lagi memerlukan banyak penambahbaikan.

Kita sudah memiliki penjaga gol yg boleh di kira berbakat besar dan seorang penyerang yg berbisa, tapi keupayaan sebuah pasukan bola tidak terletak pada skil seorang atau dua tiga orang individu sahaja. Continue reading

Puluhan Ribu Penyokong PR Memenuhi Stadium Melawati…

Peh… ramai, sungguh ramai manusia pelbagai peringkat umur dari sekecil yg masih berada dalam perut hinggalah kepada tua bangka telah memenuhi Stadium tertutup Melawati yg mampu menampung sejumlah 15,000.. di ulangi 15 ribu hadirin pada satu-satu masa.

Tiada tempat yg kosong, tiada ruang yg tak terisi, tiada laluan yg tidak sendat… pendek kata kapasiti 15 ribu hadirin utk memenuhi Stadium Melawati, Shah Alam tu penuh sepenuhnya.

Tambah pulak yg datang memberi ceramah tu bukan calang-calang punya pemimpin. Hadi Awang ada, Wan Azizah ada, MB Selangor pun ada,.. peh.. mantap tu bro, mesti padat dan sendat punya la…. Continue reading

Pesta Bikini Berkebajikan Ala-PR…

ke..ke.. liberal & universal sungguh negeri berkebajikan ala PR. Kalau di Selangor takrifan berkebajikan tu sinonim dgn pembesaran kandang babun dan tumbuh bersepah bak cendawan lepas hujan pelbagai kelab malam, spa dan pusat mengurut, di Penang pulak pergi lebih jauh lagi dgn mengadakan pesta berbikini.

Jangan pelik dan jangan terkejut kalau lepas ni kita dengar ungkapan “itu hanya utk bukan Islam saja” ataupun “negeri Pulau Pinang majoriti penduduk bukan Islam” drpd mulut busuk pemimpin Pas.

Lagipun ramai pemimpin Pas terkenal sebagai pemimpin yg pandai mencipta sejuta satu alasan utk melepaskan tengkuk sendiri, jadi sama-sama kita nantikan apa komen depa kali ni. Continue reading

Kita Semua Made In Malaysia… Jom Balun Singapura…

Hayati video berikut, gambaran semarak semangat waja anak bumi Malaysia utk melihat team negara maju ke hadapan.

Ayuh semua rakyat Malaysia. Kita semua made in Malaysia, pastikan 28 Julai 2011 di Bukit Jalil nanti menjadi saat bersejarah kebangkitan berterusan Malaysia di arena antarabangsa.

Kibarkan bendera panji tanahair kita. Sepakat utk negara tercinta. Hidup mati kita seorang Malaysia.

Salute to all ultras geng.

Continue reading

UPDATE: Singa Tua 5, Harimau Malaya 3

Update:-

Malaysia tewas 3 – 5. Adui, agak mengecewakan tewas kepada Singapore. Harap permainan di Malaysia nanti dapat balas dendam la. Masih ada harapan.

Pada player Malaysia yg bermain bersungguh-sungguh tu, teruskan perjuangan. Yg kurang perform tu, masih ada masa utk upkan skill. Tolong la ye, demi negara kita.

…………………

Singapura jaringkan satu gol lagi. Skang 5-3, ntah sempat kejar atau tak. Banyak kena modified defender team negara ni.
………………… Continue reading

Arwah Baharuddin Mati Kerana Di Pukul Polis?…

Benarkah dakwaan pembangkang dan penyokong mereka yg menuduh polis telah melakukan kekejaman dengan membelasah arwah Baharudin hingga patah gigi, patah tulang dan akhirnya menyebabkan kematiannya?

Betulkah gas pemedih mata dan kekasaran pihak polis serta kelewatan bantuan perubatan menjadi punca kematian arwah? Adakah benar tulang rusuk dan gigi arwah patah disebabkan tindakan kejam anggota polis?

Untuk menjawab persoalan tersebut, jom sama-sama kita susuri beberapa info di bawah utk memahami lebih jelas kes kematian arwah Baharuddin ini seterusnya menilainya sendiri dgn akal & fikiran yg waras.

Continue reading

7 Keajaiban Dunia & Keajaiban Anwar…

Sejak sekian lama dunia mengiktiraf 7 keajaiban dunia yg diundi oleh masyarakat dunia sebagai tempat atau binaan yg menarik, ajaib dan mengagumkan.

Antara 7 keajaiban yg biasa kita dengar ialah binaan Piramid, Taman Tergantung Babylon, Kuil Artemis, Berhala Zeus di Olympia, Makam Maussollos, Patung Raksasa Rhodes dan Rumah Api Iskandariah.

Dan tempat-tempat atau binaan keajaiban nan 7 ni pulak akan berubah selang beberapa tahun mengikut undian masyarakat dunia. Continue reading

Gara-Gara Doa Pecah Perut, Nik Aziz Sakit Perut?…

Imbas semula sewaktu khutbah AidilAdha 2009, di atas mimbar masjid Nik Aziz secara tegas menyarankan para jemaah mendoakan kecelakaan ke atas Dato’ Seri Najib dan pemimpin UMNO berkait isu royalti minyak Kelantan.

Manakala pada 04 Disember 2009 pula, Nik Aziz sekali lagi secara terbuka telah menyatakan hasratnya utk memohon kehadrat Illahi supaya dipecahkan perut Najib selagi tidak diberikan royalti minyak tersebut.

“Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu,” kata Mursyidul Am PAS dengan sorak para penyokongnya.

Continue reading

Peminat MU Itu Adalah Lagenda – Wayne Rooney…

Kekecohan sewaktu Liverpool menjalani latihan tempohari rupanya tidak berakhir di situ sahaja.

Dalam kejadian yg nyata amat memalukan nama Malaysia itu, terpampang jelas di Youtube bagaimana aibnya seorang pemuda dipermainkan oleh penyokong-penyokong Liverpool yg memaksanya menanggalkan baju MU utk digantikan dgn baju Liverpool.

Pada 16 July lepas, dalam laman twitternya bintang MU Wayne Rooney telah menyanjung tinggi pemuda tersebut sebagai satu legenda. Continue reading

Anwar Magic… Kalah David Copperfield…

Sahih & jelas, legenda ahli magic terkenal dunia David Copperfield pun takleh nak lawan kehebatan Anwar dlm mempersembahkan seni magic yg memukau khalayak ramai.

Kalau dulu Anwar buat magic keracunan arsenik hingga disebarkan ke seluruh jagat alam yg nyawanya terancam dan hanya mampu hidup sehingga maksima 1 tahun, kemudiannya selepas setahun berlalu Anwar mampu meneruskan kehidupan baru hasil magic nyawa kucing. Continue reading

Malaysia Perlu Mantapkan Pertahanan…

Kekalahan 6-3 sewaktu menentang Liverpool membuktikan barisan pertahanan kita masih rapuh. Tapi ada peningkatan drastik bagi barisan serangan & bahagian tengah.

Kemampuan malaysia meledakkan 3 gol sebelum tewas muktamad 6-3, sedikit sebanyak telah memberi idea & ilham terbaik utk K.Rajagopal utk mempersiapkan anak buahnya menjelang perlawanan menentang Singapura kelak.

Bukan kerja mudah utk menewaskan sebuah kelab ternama dari England, namun kejayaan meledakkan gawang lawan patut diberikan sedikit pujian. Continue reading

Pas Bangga Pelacur Sokong Bersih 2.0…

Inilah perbezaannya antara Islam dengan Parti Pas yg memperalatkan Islam. Islam secara jelas melarang aktiviti pelacuran ataupun jual beli maruah wanita utk kepuasan nafsu.

Namun Pas pulak terbalik, seolah cuba meletakkan komuniti & bisnes pelacuran itu sebagai sesuatu yg legal, tidak salah dan memiliki hak kebebasan sama seperti komuniti yg lain.

Ntah di mana letaknya logik akal mahupun nas Al-Quran yg membenarkan umat Islam berasa bangga bilamana pergerakan atau pertubuhan itu mendapat sokongan para pelacur. Continue reading

Gara-gara Fanatik…

Jenuh sungguh memikirkan tingkah laku segelintir muda mudi kita yg ada kalanya menggunakan kepala lutuk berbanding memanfaatkan akal di kepala.

Kot ye pun begitu minat dan extremnya menyokong pasukan bolasepak kelab omputih, takkan sampai  nak di injak-injak maruah penyokong bolasepak kelab lain.

Dah la duk  beriya-iya menyokong pasukan luar negara yg akan menentang pasukan negara sendiri, ni tiba-tiba duk paksa orang sokong pasukan kegemaran hangpa ni buat apa?.. Takde pekdahnya. Continue reading

60 Tahun Hanya Tinggal Kenangan…

Selamat tinggal perjuangan… Selamat tinggal kenangan lama… Lebihkurang 60 tahun perjuangan yg kita lalui hanyalah suatu usaha sia-sia, tiada nikmat kemajuan, membazir masa dan menjadi punca ketidakmampuan utk kita pergi jauh ke depan.

Takyah fikir panjang soal prinsip kerana prinsip itu hanyalah umpama makanan yg kita makan dan esoknya pasti menjadi tahik. Usah bicara soal susur galur perjuangan lama kerana ianya umpama air minuman yg kita teguk seharian kemudiannya pasti menjadi air kencing.

Apa yg penting sekarang adalah membina wajah baru dgn satu matlamat menuju puncak. Itu yg lebih penting. Ayuh kawan-kawan hayati video klip berikut yg di buat khas sebagai secebis kenangan lama sebuah perjuangan yg gagal. Continue reading

Arsenal 4, Malaysia 0…

Aiseymen… parah kena titik 4-0 sama Arsenal. Dalam hati duk fikir-fikir kot-kot team Malaysia mampu paling tidak ikat kedudukan seri tanpa jaringan ataupun kalah sipi-sipi je.

Tak sangka pulak kena sampai 4 debik. Nampak gaya perjalanan masih jauh dan banyak lagi perlu dipelajari disamping timba pengalaman utk Malaysia pergi lebih jauh.

Perlu di akui semenjak dua menjak ni pasukan kebangsaan kita dah banyak peningkatan, dah ramai bintang2 baru berjaya di lahirkan. Cuma level permainan kita masih jauh lagi drpd menghampiri standard omputih punya skill. Continue reading

Demo 09/07/2011 – Ulasan Ringkas

Secara ringkasnya, demo yg digembar gemburkan oleh 3 pihak pada 09 Julai 2011 gagal mencapai matlamat masing-masing.

3 pihak yg dimaksudkan itu ialah Bershit 2.0, Patriot dan Perkasa.

Bershit 2.0 pada awalnya menjangkakan lebih 30 ribu penyokongnya akan memenuhi jalanraya, menghampiri jumlah peserta dalam demo Bershit pertama tahun 2007 dulu.

Kemudiannya Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang pula menjanjikan sejumlah 300 ribu rakyat malaysia akan menyertai Bershit 2.0. Manakala Pas pula sebagai parti tunggangan dalam PR telah mengeluarkan arahan supaya semua 200 ribu ahli pemudanya wajib menyertai perarakan Bershit 2.0. Continue reading

Demo Bershit 2.0 Di KL 09-07-2011…

Telah berbuih mulut PDRM meminta, merayu, memberi amaran dan mendapatkan perintah mahkamah, namun bebal dan bengap seseorang manusia tak mampu di atasi juga.

Demo golongan Bershit 2.0 tetap dilakukan juga dgn perarakan daripada beberapa kawasan malah hampir bertembung dgn pendemo Patriot. Beberapa tangkapan kepala pendemo termasuk Tian Chua, Ambiga, Khary dan beberapa yg lain telah dilakukan.

Apapun, apa yg menarik ialah soal keprihatinan dan sifat perikemanusiaan yg tinggi PDRM dan kerajaan BN bilamana ramai pendemo yg di tahan kemudiannya tetap diberikan kemudahan termasuk menyediakan tempat khas utk tahanan menjamu selera dan juga solat. Continue reading

Bershit 2.0 Yang Bebal…

Apekehel bebalnya Bershit 2.0 masih lagi nak menyesakkan keadaan lalulintas KL ni?..

Pilihan punya banyak stadium di luar KL seperti Stadium Shah Alam, Stadium Melawati di negeri pemerintahan PKR, alih-alih dipilihnya jugak Stadium Merdeka yg duk di pusat bandaraya KL.

Masih ada lagi tu busuk hati utk hiruk pirukkan keadaan lalulintas dan kehidupan harian bandaraya KL. Jahat sungguh punya nawaitu. Continue reading

Bershit 2.0 Di Perintah Melalak Dalam Stadium…

Akhirnya golongan-golongan Bershit 2.0 tidak jadi menyesakkan jalanraya KL yg dah sedia sesak dgn pelbagai kenderaan tu.

Ingatkan masih nak tunjuk degil dan keras kepala, mujurlah depa masih lagi ada sejemput akal yg berguna, kalau tak confirm pertembungan sengit yg menyusahkan penduduk KL mungkin berlaku gara-gara hanya nak hantar memo punya pasal.

Kerajaan Pusat melalui PM dan juga penjaga keamanan negara yakni pihak Polis sejak awal lagi sudah menyarankan supaya golongan yg suka buat perarakan ni berhimpun saja di stadium, tujuannya utk elak kemusnahan ekonomi dan kesan buruk pada kehidupan rakyat sekiranya perhimpunan jalanan ni di lakukan secara terbuka. Continue reading

Bersih 2.0 Kata Pilihanraya Malaysia Kotor…

Ye la tu, kot mana kotornya tak tahulah. Melainkan kalau haprak-haprak dan jibraun pemimpin Pas, PKR dan DAP tu anggap kemenangan besar mereka menguasai 5 buah negeri dan turut menawan 82 kerusi parlimen tu dilakukan secara kotor.

Kalau PRU dan PRK di Malaysia ni kotor jangan haraplah pembangang yg terdiri drpd Pas, PKR dan DAP tu nak tawan hatta sekelumitpun kuasa mana-mana negeri.

Sepanjang suku ketiga tahun 2008 hinggalah awal tahun 2011 ni ada 16 pilihanraya kecil dan 8 daripadanya dimenangi oleh pembangang samada Pas, Pkr mahupun Dap.

Lagi mahu kata kotor ke?… Continue reading