Kekecohan Mesir: Peluang Usung Uncang…

Jangan pelik dan jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti ceramah Pas atau PKR aktif secara mendadak berikutan bencana rusuhan di Mesir.

Nak buat ceramah, buatlah. Bukan kita tak tahu Pas dan PKR paling gemar manipulasi isu luar negara utk kepentingan sendiri. Namun pastikan tiada yg mengambil kesempatan mengutip wang ringgit disebalik kesusahan orang lain.

Dalam keadaan isu tersebut menjadi perhatian banyak mata yg melihat, tidaklah mustahil jika ada yg mengambil kesempatan sama ada utk kepentingan politik ataupun mengaut keuntungan wang ringgit.

Peristiwa Krisis Teluk & Perang Teluk pertama dan kedua dulu entah sudah berapa banyak duit rakyat Malaysia dikumpul melalui pelbagai ceramah politik & majlis ilmu berorientasikan politik parti. Duit entah ke mana, debit kredit aliran tunai tidak diketahui.

Demikian halnya sewaktu pencerobohan Israel dan sekatan ekonomi ke atas Gaza dan Tebing Barat, situasi sama mengutip duit derma melalui ceramah parti politik kerap di adakan.

Semuanya diiringi dgn solat hajat, ceramah kepartian kemudian tabung dan uncang berjalan merata tempat sekitar majlis ceramah.

Jadi tak mustahil kali ini krisis di Mesir akan menyebabkan ada manusia-manusia terkutuk yg memanipulasikan keadaan darurat itu utk mengaut keuntungan wang ringgit sambil menyebarkan fahaman kepartian sempit yg meloyakan.

Hati-hati semua rakyat Malaysia, usah tertipu dengan ketayap putih di kepala atau serban sebesar bakul mahupun jubah yg melitupi tubuh seseorang manusia itu, niat kita yg baik kerapkali di ambil kesempatan oleh sesetengah manusia keparat dgn berselindung di sebalik imej yg warak dan ucapan bombastik.

Andai benar ada kutipan derma utk membantu meringankan beban bencana di sesebuah negara misalnya, pastikan ia dilakukan oleh pihak yg benar-benar mendapat mandat atau kelulusan pihak berkuasa. Atau setidak-tidaknya di pantau oleh organisasi yg boleh mengenalpasti ke mana sumbangan duit derma itu akan digunakan.

Menderma dan bersedekah itu bagus, namun biarlah bertempat dan benar-benar akan sampai pada pihak yg memerlukan.

Sambil itu, sama-sama berdoa mudah-mudahan saudara-saudara kita di Mesir sana akan kembali hidup aman damai.

Cukuplah ratusan nyawa yg berdosa melayang, sedangkan pintu perundingan itu lebih baik daripada keganasan. Tiada faedah yg dapat diperolehi hasil daripada ketidaktentuan hidup kerana yg bakal merana dan sengsara adalah rakyat jua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s