Anggap PR Masih Wujud Punca Azmin Tak Tubuh Organisasi PH Di Selangor?

27 Julai 2017, lima hari lepas, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan organisasi Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi negeri yang terawal mengumumkan organisasi pakatan pembangkang di peringkat negeri biarpun secara rasminya Pakatan Harapan masih lagi belum didaftar secara rasminya dengan ROS.

Dalam organisasi di Penang itu, lima daripada 11 orang anggotanya dimonopoli oleh DAP.  Dipengerusikan juga oleh Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Kini selepas hampir seminggu, orang sudah mula tanya, bila Selangor hendak umumkan barisan Pakatan Harapan? Dalam carta kepimpinan Pakatan Harapan, Azmin dilantik sebagai Naib Presiden.

Azmin masih lagi anggap Pakatan Rakyat masih hidup di Selangor namun dia sendiri terima jawatan Naib Presiden dalam Pakatan Harapan. Ini suatu yang melucukan. Mana satu yang Azmin hendak ikut?

Bila Guan Eng umum carta organisasi di Penang, itu sebenarnya adalah provokasi ke atas Azmin. Guan Eng sebenarnya mencabar Azmin untuk  mengisytiharkan organisasi PH di negeri Selangor juga.

Dulu, Guan Eng, Azmin serta pemimpin dari PKR bertelagah tentang kewujudan Pakatan Rakyat yang dikatakan masih hidup di Selangor kerana mandat rakyat. 16 Jun 2015, dalam Astro Awani, Kit Siang berkata “dengan terkuburnya Pakatan Rakyat, sudah tiba masa untuk memberikan harapan baru kepada rakyat”

Dalam Muktamar PAS yang ke 61 dan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP telah memutuskan bahawa Pakatan Rakyat telah mati pada 2015. Wan Azizah dalam satu kenyataan media pada 17 Jun 2015 turut mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tiada lagi.

Hanya Azmin Ali yang masih anggap Pakatan Rakyat masih hidup. Ianya amat bertentangan sama sekali, kerana wujudnya parti PAN adalah untuk melawan PAS. Parti PAN ada dalam organisasi baru Pakatan Harapan bersama PPBM, apakah Azmin anggap PAN dan PPBM ini tidak wujud di Selangor?

DAP sudah sepak terajang PAS di Pulau Pinang. Hanya di Selangor, Azmin bermain wayang dengan PAS kerana takut hilang kerajaan negeri. Sampai bila Azmin boleh bermain wayang sebegini?

Sampai bila juga lebai lebai PAS di Selangor mahu jadi bodoh dengan Azmin? Bila pilihanraya nanti, sudah pasti PAN akan ambil alih semua kerusi PAS di Selangor.

8 Februari 2016, Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim menyatakan akan bertanding di 8 kerusi PAS di Selangor. PAN dibiayai dan mendapat habuan dari DAP. Silap silap kalau kena percaturan, PAN dan DAP boleh bergabung bentuk kerajaan negeri.

Bukan itu sahaja, kombinasi PAN dan DAP mampu kuasai majoriti dalam dewan dan seterusnya memilih bakal MB yang baru gantikan Azmin. Itu belum dikira lagi PPBM yang bersama menyokong Pakatan Harapan.

Rugilah Azmin kalau masih anggap Pakatan Harapan ini tidak wujud dan enggan membuat organisasi PH di Selangor. Silap silap PAN dan DAP gulingkam Azmin nanti.

Kalau di Pulau Pinang, Guan Eng sudah pasti berada di posisi paling atas dalam organisasi itu kerana beliau adalah seorang Ketua Menteri, di Selangor mungkin Azmin akan berada di kedudukan kedua memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang adalah Presiden Pakatan Harapan iaitu Wan Azizah.

Tambahan pula, Wan Azizah adalah Ketua Pembangkang dalam Parlimen. Mungkin ini sebabnya Pakatan Harapan tidak ada organisasinya di Selangor. Hendak pilih Azmin atau Wan Azizah sebagai ketua PH di Selangor?

Situasi di Selangor bukti pembangkang ini tidak berpakat sebenarnya dan bila bila masa sahaja mereka boleh bergaduh sesama mereka kerana kuasa.

Rakyat jangan terpedaya dengan pembangkang. Semasa mereka pun tidak boleh diharap, macam mana hendak beri harapan pada rakyat. :: BB

2 thoughts on “Anggap PR Masih Wujud Punca Azmin Tak Tubuh Organisasi PH Di Selangor?

  1. Kepada semua penganut Buddha …
    YIP KUM FOOK (LAWYER, MCA GOMBAK) menghalau Sami-sami Buddha keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    Dia menggunakan samseng untuk mengusir Sami-sami Buddha itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu Sami-sami Buddha di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan Sami-sami Buddha ……Yip Kum Fook & Associates No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
    Thanks
    Ng, Kepong

  2. 親爱的佛教信士.
    佛教之地,都是要善伩修守戒律, 但令人痛心的是 Samnak Sambodhi Buddhist Association No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya 52100 Kepong Selangor, Malaysia.三宝寺却不以身作則。他们允许缅甸外劳庆祝佳日,隨心所意,在当地杀鱼.鸡. 猪.羊及飲酒做乐,醉身萝死耒污垢佛教神聖之地.至今 已引起居民的反感。

    針对以上的题,身为佛教伩徒,也是前任理事会成员,我依佛陀的教育,据理力争。但孤掌难呜,却被一手遮天,以商业利益为重的马华公会,鹅嘜区会主席叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak), 把我排除在外,其用意, 一目了然,想完全控(Yip Kum Fook, MCA Gombak)制甲洞帝沙再也,三宝寺耒达到私利賺钱.现在, 他应用外耒和尚主持三宝寺,其目的,也更清楚,因为外耒者不知内幕,不能久留,无杈过向。

    回顾10年前之事,由本地吉兰丹和尚仼壇主兼顾问之時, 此种现象,是不曾发生的,为何到了叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak)的領导乏下,却帶耒如此違反佛教的文化?难怪,前仼壇主 也一声不言就远离了,必有其苦衷。

    为了佛教的遵严,我不忍看它沦落为醉身耒萝死之地, 让人耻笑,在此, 我只好通过现代的管道,泣声敬请,佛教伩仰者及马耒西亜佛总能加以关注, 并给予该理事会劝导,尽速觧决此事,以免这种污点影响整体的佛教良好形象。

Leave a comment