Anwar Sokong SIS, Tidak Setuju Fatwa Haram Oleh MAIS

Geng SIS Liberal & Pluralisme AgamaRamai yang sudah maklum antara intipati utama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan Sisters In Islam (SIS) adalah berasaskan penglibatan aktif NGO itu dalam menyebarkan aliran pemikiran Islam Liberal & Pluralisme.

Umum juga sedar Fatwa pengharaman SIS sejak 17 Julai 2014 itu menepati ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dalam Muzakarah Kali Ke-74 pada 25 Julai 2006 yang mengharamkan aliran pemikiran Islam Liberal kerana mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dan bercanggah dengan akidah & syariah Islam.

Berikutan itu, pada 31 Oktober lepas SIS melalui Pengarah Eksekutifnya Ratna Othman telah memfailkan rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mempertikaikan kesahihan fatwa tersebut. Tiga perayu yang lain termasuklah Marina Mahathir, Zaid Ibrahim dan Zainah Anwar yang menamakan diri mereka sebagai ‘orang Islam yang prihatin.’Anwar Bantah MAIS Haramkan SIS

Menariknya, fatwa pengharaman SIS oleh MAIS rupanya tidak hanya dipertikaikan NGO yang mempergunakan label Islam itu sahaja tetapi turut mengundang kritikan daripada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang membantah tindakan tersebut.

Menurut laporan portal Malaysia Insider, selain tidak bersetuju dengan pengharaman SIS oleh MAIS, Anwar juga menggesa pihak berkuasa agama itu supaya membenarkan berlakunya perbezaan pandangan. Maksudnya walaupun SIS ada banyak pandangan yang tidak selari dengan Islam, maka MAIS kena benarkan.

SIS yang diharamkan Anwar pula yang kalut ribut. Pelik betul. Macam ada sesuatu yang diperjuangkan oleh SIS begitu dekat di hati Anwar. Persoalan apa?

NGO SIS yang umum kenali kebanyakan aktiviti dan pemikiran yang dibawanya cenderung ke arah liberal & pluralisme. Ambil contoh penglibatan SIS dalam IFC (IRC) yang dulunya menganjurkan hak bebas beragama yang turut merangkumi desakan supaya orang Islam berhak untuk bebas murtad, adakah ini pandangan berbeza yang Anwar mahu benarkan? Selanjutnya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s