Rusuhan Sana Sini Di Dunia Arab…

Selepas kebangkitan berdarah di Tunisia kemudiannya diikuti kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir, kini gejala rusuhan merebak ke negara Arab yg lain termasuk Bahrain, Libya, Iran, Yemen selain turut menjejaskan Jordan malah tak mustahil akan berjangkit pula ke Arab Saudi.

Pernah ke kita terfikir, selain faktor kemarahan sesetengah golongan rakyat di negera-negara tersebut akibat kecewa atau dendam dgn pemerintah, faktor lain yg boleh di ambil kira ialah cucukan jarum oleh pihak luar yg menggunakan pengaruh pembangkang tempatan.

Negara Arab kebanyakkannya di ketahui kaya dengan hasil galian minyak yg merupakan komoditi utama masa kini. Menjana puluhan juta malah billion US Dolar kerana permintaannya yg tinggi di seluruh dunia. Tambahan pula ketika ini harga minyak dunia agak tidak stabil sejak akhir tahun 2010 lagi.

Apatah lagi tumpuan pengaruh & imej Islam dalam konteks masyarakat dunia keseluruhannya tertumpu di dunia Arab sebagai simbolik pasak kekuatan Islam masakini.

Jika lebih banyak tragedi berdarah berlaku di sana bermakna lebih mudah jarum halus musuh Islam melebarkan pengaruh mereka di negara Islam yg lain seterusnya menjadikan lebih banyak negara Islam mengikut jejak Afghanistan & Iraq sebagai boneka mereka.

Kes pertama di Tunisia mungkin pure accident yg berlaku secara spontan, tapi tidak mustahil kes-kes berikutnya adalah hasil mainan jarum halus pihak berkepentingan dari luar dengan bantuan pihak berkepentingan politik dalam negara.

Sementelah lagi kebanyakkan kes selepas kejadian di Tunisia secara jelas melibatkan tangan-tangan politik pembangkang tempatan jadi tidak mustahil kita mengandaikan wujudnya golongan yg mengambil kesempatan utk merealisasikan teori domino di kebanyakkan negara umat islam terutama di dunia Arab.

Dengan berselindung di sebalik kemarahan sesetengah rakyat, tidak sukar utk membangkitkan kuasa jalanan demi menumbangkan kerajaan apatah lagi di ketika ekonomi rakyat bawahan terjejas dgn isu pengangguran, jenayah ataupun kebencian sesama etnik.

Kita di Malaysia mungkin bernasib baik kerana faktor pengangguran dan jenayah tidak begitu besar, namun sikap curiga antara kaum dan agama sementelah lagi wujudnya perpecahan politik sesama Islam, maka agak wajar langkah berjaga-jaga tetap perlu diambilkira.

Adalah diharapkan, tiada kumpulan politik di negara kita turut terjebak menggunakan method rusuhan jalanan yg sama utk meraih kuasa politik.

Setidak-tidaknya jika ada segelintir yg cuba membangkitkan gerakan yg seumpama itu, wajar memikirkan kembali kesan buruknya pada keharmonian rakyat kerana sehingga kini apa yg terjadi di Tunisia, Mesir dan Iran ianya telah mengorbankan banyak nyawa malah memburukkan lagi keupayaan ekonomi rakyat & negara.

Kita jangan jadi menang sorak kampung tergadai yg akhirnya bertepuk tangan ialah orang lain & pihak luar yg mungkin telah lama berhasrat mengawal pergerakan negara kita supaya tunduk kepada kuasa & arahan mereka.

Semoga majoriti besar rakyat kita terus kekal menyokong kehidupan harmoni dan menjauhkan diri daripada pihak yg berniat buruk. Demikian juga sama-sama kita doakan semoga saudara seagama kita di Tnusia, Mesir, Iran, libya, Bahrain serta Yemen kembali aman damai dan semua pihak dapat bertemu muka menyelesaikan masalah secara rundingan tanpa perlu terus mengorbankan nyawa rakyat & kehidupan harmoni penduduknya. InsyaAllah.

One thought on “Rusuhan Sana Sini Di Dunia Arab…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s