Isu Kalimah Allah Tak Akan Selesai Sebab DAP Dalangnya

pkrdap-buli-pasWALAUPUN Mahkamah Persekutuan semalam dah buat keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah sama sebelum ini yang menghalang The Herald dari menggunakan kalimah Allah dalam terbitannya, tapi penulis percaya isu ini tidak akan selesai begitu sahaja.

Pertubuhan gereja yang terbabit mungkin boleh terima keputusan, maklum, yang bawa pergi Mahkamah isu ini pun mereka juga. Yang kita bimbang ini ialah pihak yang cuba mempolitikkan isu ini pasti tidak duduk diam dan akan terus menghasut pertubuhan gereja berkenaan supaya memanjangkan isu ini selama boleh.

Terutama sekali DAP. Continue reading

Whatsapp Group Punya Cerita 10 Kali Nik Aziz Mati Hidup Semula

“Celako semua sekali ni.. yang tu group whatsapp celako.. group whatsapp celako, sekali lagi saya kata celako group whatsaap lagu nie…. Celako.. Celako… celako”… Mungkinkah itulah reaksi keras yang akan terhambur keluar dari mulut Nik Aziz Nik Mat bila diketahui banyak khabar angin mengenai kematiannya bertebaran dalam pelbagai group whatsapp sejak semalam?

Mungkin tidak kot, tapi satu yang penulis tidak lupa tidak berapa lama dulu bekas Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS itu pernah menghampurkan kata-kata yang mencelakakan orang lain apabila naik berang dengan tindakan beberapa blog tertentu menyiarkan kisah dalaman pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan yang sedang berantakan pada tahun 2009. Kisah lama sekadar imbasan sahaja. Continue reading