Kehebatan Nilai Seni Tembikar China

Kalau hari ini miskin tak semestinya sampai mati kita pun kita masih di takat lama. Adakalanya tuah datang ibarat “yg pipih datang melayang, yg bulat datang bergolek”.

2 orang adik beradik dari China tentu sekali antara insan yg bertuah kerana harta pusaka ibubapa mereka yg hanyalah sebijik tembikar yg mempunyai ukiran bunga serta dihiasai ukiran lautan dan ikan itu akhirnya menjadikan mereka jutawan sekelip mata.

Tembikar itu dijumpai sewaktu mereka membersihkan loteng rumah ibubapa mereka. Dipercayai terbikar tersebut berasal dari zaman Dinasti Qianlong dan mula dijaga oleh ibubapa mereka sejak 1930-an lagi.

Continue reading

Kelajuan Meja Makan Bergerak 113km/j?

Biar betul?.. Mana mungkin meja makan boleh bergerak apatah lagi dengan kelajuan 113km/j di atas jalan kerana asas penciptaan meja makan sepatutnya utk keselesaan kita menjamu selera.

Jika diikut pada konsep asal penciptaan maka tentu sekalilah perkara ini tak mungkin. Namun disebabkan manusia dianugerahkan dengan akal utk berfikir maka wujudlah di situ kreativiti dan inovasi utk mengubahsuai ciptaan asal menjadi satu benda yg pelik bagi sebahagian kita .

Demikian halnya dengan Perry Watkins yg berasal dari Britain apabila menggunakan dayacipta kreativitinya dengan mengubahsuai meja makan dan mampu dipandu laju mencecah 113km/j malah turut dimasukkan dalam Guiness Book Of Record. Continue reading

Azizan Bakal Hanyut?

Anda boleh saksikan 2 video berikut utk menilai sendiri tahap kepimpinan Pas Kedah sewaktu berhadapan dgn tekanan rakyat dan pihak media bilamana Kedah dilanda bencana banjir terbesar dalam tempoh 100 tahun. 

Baru saja sebulan lalu Kerajaan Pas Kedah menaikkan tarif bil air dan berdepan dengan kemarahan rakyat termasuk demontrasi bantahan kenaikan bil air kini terpaksa pula menghadapi air bah di kebanyakan tempat di Kedah.

Mungkin kerana tertekan dan gagal mengawal emosi, akhirnya YAB MB Kedah dengan wajah bengis dan lagak sedikit sombong mula ‘menyinga’ bila diajukan soalan-soalan oleh wartawan berkenaan banjir di Kedah.

Ramai sedia maklum selain kelewatan bantuan & sikap pilih bulu kerajaan negeri, mangsa banjir turut menghadapi bekalan air bersih yg terputus sejak bencana banjir besar melanda Kedah.

Continue reading

Galas Bakal Merintis Kebangkitan UMNO Kelantan

Mahu tak mahu, Pas terpaksa juga mengakui kekalahan dengan majoriti 1190 di tangan calon UMNO/BN pasti meninggalkan detik hitam buat parti itu. Pahit utk Pas telan apatah lagi ia berlaku hanya selang 2 tahun selepas kemenangan besar Pas di Kelantan dalam PRU 2008.

Perit yg Pas terima bukan hanya kekalahan tersebut, malah turut merosot sejumlah 265 undi berbanding perolehan undi tahun 2008. Lebih parah lagi Pas hanya mampu mengekalkan kemenangan di satu peti undi sahaja iaitu Sungai Terah itupun dengan majoriti yg makin mengecil.

Dalam PRU 12 lepas, Pas bukan sahaja menang dengan majoriti 646 utk kerusi DUN Galas malah turut menawan 6 daripada 13 peti undi kawasan tersebut. Kali ini 12 peti undi berjaya dikuasai oleh UMNO/BN termasuk kawsan majoriti Cina.

Continue reading

13 Mei dan 21 Julai: Fakta sejarah, mengapa perlu takut?

KETUA Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim minggu lalu digantung enam bulan daripada menghadiri sidang dewan kerana dia menggunakan perkataan ’13 Mei’.

Apa yang Lim Guan Eng takut sangat apabila ada pihak yang menggunakan perkataan bersejarah 13 Mei itu? Ia adalah tarikh keramat di negara ini kerana disebabkan tarikh itulah rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat disusun semula menjadi lebih baik dan makmur. Kerana tarikh itu jugalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk.

Kerana tarikh itu jugalah rakyat hari ini hidup aman, damai dan sentosa (walaupun belum sepenuhnya lagi). Tidak pastilah kita sekiranya DAP terlalu bencikan DEB itu sehinggakan tarikh 13 Mei pun dia tidak mahu ia disebut.

Continue reading

Anwar & Azmin Punca Masalah PKR?

Wah.. slamber betui Zaid ibrahim kasi sound sama Anwar Ibrahim & Azmin Ali. Kata Zaid, “Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam PKR)”.

Tu dia, memang kalah letusan Gunung Merapi di Indonesia. Nampak gayanya abu panas dan debu-debu kemarahan dalam hati Zaid betul-betul sudah bikin Anwar & PKR sesak nafas.

Dah jadik macam pelik bin ajaib. Parti yg direkacipta khas utk memperjuangkan Anwar tiba-tiba Zaid pulak yg kasi sound supaya Anwar pi berambus keluar bersama Azmin. Ini kes sudah pelik. Tetamu datang rumah di sambut ‘mesra’ tiba-tiba dgn slambernya mahu campak keluar tuan rumah dengan alasan tak pandai jaga kebersihan rumah. ha..ha..ha…

Continue reading