Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh Pemisah Ukraine?

Ini satu berita cukup mengejutkan dan tentunya perit untuk diterima kalau benar pesawat MAS MH17 jatuh terhempas setelah ditembak oleh puak pemisah Ukraine. Sukar nak dibayangkan perasaan sanak keluarga kepada 295 orang penumpang dan anak kapal MH17.

Menurut beberapa laporan luar negeri pesawat malang itu ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara jenis ‘Buk’ yang memiliki jarak tembakan 30km dengan kelajuan 830m/s. Pihak Keselamatan Dalam Negeri Ukraine telah mengesahkan perkara itu. Continue reading

Melayu Masuk DAP Untuk Jadi Balaci?

Seorang demi seorang anak muda Melayu direkrut sebagai alat DAP untuk mengambil alih kuasa politik Melayu dari UMNO.  Setiap dari mereka pula dikerahkan untuk merekrut lebih ramai lagi anak-anak muda Melayu untuk menyertai DAP.

Pastinya, janji-janji DAP pada anak-anak muda ini ialah ‘pentadbiran yang adil dan saksama’, ‘telus dan amanah’ dan berbagai-bagai ungkapan murni kononnya membawa perjuangan moral dan integriti yang tinggi.

Kononnya lagi, semua anak-anak muda Melayu yang direkrut DAP ini bijak-bijak belaka, jauh lebih bijak dari anak muda UMNO.    Continue reading