Filem Bukit Kepong Untuk Pengajaran…

Alang-alang Mat Sabu telah cuba menghancurkan kredibiliti & jasa pengorbanan anggota polis dan keluarga mereka semasa pertempuran dgn komunis di Bukit Kepong, eloklah sama-sama kita sekali lagi menghayati filem yg mengadaptasikan semula kejadian tersebut utk dijadikan renungan agar kita lebih memahami betapa peritnya peristiwa tersebut.

Peristiwa Bukit Kepong dan jugak filem Bukit Kepong berkisar pd pertempuran antara pihak penyerang dan pihak yg diserang.

Penyerang ialah pengganas komunis dgn kekuatan lebih kurang 200 anggota yg menyerang Balai polis Bukit Kepong dan pihak yg diserang pula ialah anggota polis dan keluarga mereka yg mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.

Continue reading

1 Syawal 1432H, Selamat Hari Raya Aidilfitri…

1 Syawal 1432 Hijrah telah pun tiba, sempena kedatangannya aku mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Salam Aidilfitri dan selamat berhariraya utk semua umat Islam.

Semoga hariraya ini semakin mngeratkan hubungan kalian semua sesama keluarga dan family tercinta.

Tatkala kita bergembira menyambut hari kebesaran ini, ingatlah tidak semua kalangan kita sedang bergembira kerana ada antara kita yg sedang berduka, ada yg sedang kelaparan dan ada yg sedang bergenang air mata kerana ketakutan. Continue reading

Video Mat Sabu Menghina Pengorbanan Polis Melayu…

Sebut saja nama Mat Sabu ramai yg kenal hatta kanak-kanak spastik pun boleh membayangkan bagaimana rupa Mat Sabu walaupun sekadar mendengar suaranya sahaja.

Sewaktu gawat kes khalwat Mat Sabu suatu ketika dulu, dia pernah meluahkan kebanggaannya bila mendakwa popularitinya jauh mengatasi ikon hiburan iaitu Siti Nurhaliza.

Diceritakan dgn bangga sewaktu berceramah di Kelantan bahawa kaset rakaman ceramahnya mencapai jualan yg kononnya lebih tinggi berbanding mana-mana artis di Malaysia. Continue reading

Bila Komunis Dijadikan Hero…

Mat Sabu terkenal sebagai salah seorang ayam tambatan Pas dalam menjalankan pelbagai propaganda dan ceramah membusukkan UMNO/BN dan Kerajaan Malaysia sejak sekian lama.

Merupakan seorang pemimpin politik Pas yg antara paling kerap bertukar kawasan pilihanraya. Pernah bertanding di Nilam Puri (Kelantan), pindah ke Kuala Kedah serta pernah juga bertanding di Kuala Terengganu sebelum tewas kerana seorang makcik tua bernama Mak Mun.

Jangan cuba tanya apa jasa Mat sabu pada negara atau apa jasa dia untuk rakyat setempat terutama sekali utk kawasan-kawasan Parlimen yg pernah dia wakili di Nilam Puri ataupun Kuala Kedah. Continue reading

Nik Aziz: Sosialis Tu Adik Komunis…

Bukan UMNO yg kata, bukan pemimpin kerajaan pusat yg sebut tapi kenyataan tersebut keluar drpd buah mulut Nik Aziz sendiri.

Al-kisah jijiknya Nik Aziz dgn sosialis dan komunis ni tercatit dlm sejarah politik tanahair sewaktu menjelang pilihanraya ke-11 tahun 2004 yg lalu.

Waktu tu, Syed Hussien yg juga Timbalan presiden PKR merangkap x-presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) telah dipilih oleh PKR Pusat untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu untuk menentang Dato’ Zaid Ibrahim (sekarang presiden parti  KITA). Continue reading

Anwar Raja Tangguh Yang Bacul?…

Menjadi kebiasaan bila mahkamah melalui hakim yg membicarakan kes-kes tertentu membenarkan penangguhan beberapa kali bergantung pada permintaan pihak tertuduh mahupun pihak pendakwaan.

Tapi adalah sesuatu yg amat luar biasa bila pihak pembelaan kerap sangat memanipulasi soal teknikal, menimbulkan isu pertikaian yg pelbagai ataupun mencipta banyak alasan demi untuk membolehkan sesuatu kes di tangguh hingga berpuluh kali. Continue reading

Libya Mengikut Jejak Langkah Iraq & Afganistan…

Kerajaan Libya pimpinan Ghadafi mungkin sudah jatuh jika mengikut laporan pelbagai media utama dunia.

Kejatuhan itu sekaligus meletakkan Libya sebagai negara terbaru yg akan mengikut jejak langkah Afghanistan & Iraq yg memiliki kerajaan baru yg dipengaruhi dasar pro Amerika atau dgn kata yg mudah kerajaan boneka.

Kejatuhan negara-negara tersebut menyimpan makna tersembunyi yg tersendiri. Sejarah membuktikan penglibatan Amerika dan NATO dalam konflik sesebuah negara kerapkali bermotifkan faktor ekonomi selain kepentingan politik. Continue reading

Lynas: Dr. Rosli Membongkar Pekung Pas & PKR…

PR terutama sekali Pas dan PKR kerapkali memanipulasi fakta utk mencipta kekalutan. Itu kemahiran & kepakaran mereka yg tidak ada pada UMNO & BN.

Lynas hanyalah secebis kisah bagaimana isu tersebut di propagandakan secara besar-besaran oleh Pas dan PKR selepas berlakunya tragedi kebocoran radioaktif di loji nuklear Jepun akibat gempabumi dan tsunami awal tahun ini.

Soal kepentingan bahan nadir bumi utk kegunaan industri dan manfaat projek Lynas kepada ekonomi tidak pernah di jadikan tajuk utama dlm segala propaganda mereka, sebaliknya rakyat di momokkan dgn berita bahawa Lynas bakal menjadi ancaman kesihatan rakyat. Continue reading

Khairy Nak Tebus Dosa?

Betul ke Khairy Jamaluddin bersedia utk tidak dicalonkan dlm pilihanraya umum akan datang? Bunyi macam pelik bin ajaib tu.

Khairy sudah berubah ke? Benarkah Khairy bersedia korbankan kepentingan dirinya demi menebus kembali segala onar yg pernah dibuatnya sewaktu Tun Abdullah yg jugak pak mentuanya menjadi Perdana Menteri dulu tu?

Payah nak percaya berita ni. Bukan apa, orang politik ni ada kalanya mulutnya bunyi lain dalam hati pula bermaksud sebaliknya. Continue reading

Video Gereja DUMC: Pemeriksaan atau Serbuan?

Permainan silap mata yg dipenuhi tipu daya psikologi yg di mainkan oleh pembangkang & media mereka nyata berjaya mempengaruhi ramai kalangan orang Islam utk percaya bulat-bulat kononnya Jais telah melakukan kesalahan undang-undang semasa melakukan pemeriksaan di gereja DUMC kira-kira 2 minggu lalu.

Dengan menggambarkan Jais dan pihak polis melakukan serbuan, seolah-olah wujudnya kekerasan dan keganasan ternyata berjaya menyebabkan sesetengan umat Islam terutama muda mudi yg berjiwa karat hijau (Pas) serta golongan liberal dalam PKR tiba-tiba menjadi sympathizers pd gereja dan pendakwah Kristian. Continue reading

Fakta: Perlembagaan Membenarkan Tindakan JAIS…

Tiada salahnya tindakan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) mengambil langkah memeriksa kehadiran orang ramai dalam majlis di gereja DUMC (Damansara Utama Methodist Church) tempohari.

Malah tindakan Jais dgn bantuan pihak polis  membuat pemeriksaan utk mengenalpasti kehadiran orang Islam di gereja tersebut sama sekali tidak bercanggah dgn mana-mana peruntukkan undang-undang mahupun perlembagaan. Continue reading

Umat Islam Bersatu Menentang Agenda Jahat…

Selepas solat Jumaat tadi ratusan umat Islam telah berkumpul di depan Masjid Shah Alam utk menyatakan bantahan dan tentangan terhadap agenda jahat yg cuba dilakukan sesetengah pihak di Selangor.

Turut serta dalam majlis tersebut termasuklah ahli politik seperti Ezam Noor, Zulkifli Noordin serta ramai lagi yg lain.

Yang agak menarik bilamana ramai jugak kalangan ahli & penyokong Pas telah turut serta menyatakan bantahan bersama-sama beberapa NGO Islam yg lain berkaitan isu hangat sekarang melibatkan agenda halus utk memurtadkan orang Islam. Continue reading

Video Rakyat Malaysia Mangsa Rusuhan Di London

Apalagi yg mampu kita ucapkan utk brader kita yg cedera selepas dipukul oleh perusuh-perusuh di UK? Mulut berdarah dan rahangnya mungkin patah.

Dari kejauhan kita cuma mampu bersedih, rasa marah dan geram.

Utk makluman, sebelum kejadian rusuhan yg kian merebak tu tercetus, telah berlaku demonstrasi jalanan.

Namun sebagaimana biasa demo jalanan, apabila kian ramai menyertai demo tersebut, tiada jaminan ianya akan kekal aman. Continue reading

ISA Itu Pencegahan Bukannya Hukuman…

Matlamat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebenarnya bersifat mencegah daripada berlakunya kejadian yg tak diingini disamping utk mengelakkan keselamatan negara daripada terancam.

Berbeza dgn hukuman yg dijatuhkan oleh mahkamah  yg matlamat utamanya adalah bersifat menghukum atas kesalahan yg telah dilakukan oleh seseorang individu berdasarkan bukti-bukti yg dikemukakan semasa perbicaraan.

Dalam Islam kita digalakkan mencegah sebelum berlakutnya sesuatu penyakit kerana utk mengubati penyakit kerap kali memakan masa dan ada kala belum tentu berjaya. Continue reading

Pas Dah Hilang Telur…

Pasca PRU 2008 memang membawa seribu satu macam gelora politik dgn pelbagai isu yg sensitif dan boleh menyentap jiwa terutama sekali isu yg melibatkan sensitiviti umat Islam.

Rupanya disebalik keributan tsunami politik yg memalukan UMNO & BN lebih 3 tahun sudah tu membawa banyak hikmah & rahmat utk sama-sama jadi renungan kita semua.

Siapa sangka dek kerana sedikit kuasa yg Allah s.w.t pinjamkan utk Pas akhirnya menyebabkan pekung di dada pecah membuak-buak bersama bau nanah dan darah busuk. Continue reading

Buta Mata Kerana Bolasepak…

Sukar nak diceritakan rasa sebak, simpati, marah dan geram yg bercampur baur bila baca berita kecederaan yg di alami oleh seorang penyokong bolasepak Malaysia.

Dek kerana wujudnya segelintir manusia keparat tak bertamadun, tak pasal-pasal seorang hamba Allah telah kehilangan sebelah matanya selepas kena serpihan percikan mercun.

Gila ke apa datang stadium utk main baling2 mercun sana sini. Ntah mak pak sapa yg melahirkan manusia jibraun tersebut yg mengakibatkan orang lain mengalami derita kehilangan bijik mata.

Tolol bin samdol, masa kecik taknak mampuih, bila besar membahayakan nyawa orang lain. Continue reading