Pas Nak Guna Masjid Untuk Politik Kepartian…

Tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) mengambilalih sementara 22 buah masjid sekitar DUN Kerdau seperti didakwa oleh calon Pas, Hassanuddin Salim rupanya membuka cerita tersendiri dan mengesahkan bahawa selama ini Pas memang berusaha menyebarkan pengaruh politik kepartian melalui rumah ibadat.

Kata Hassanuddin, “Kita tidak marah dia hendak kawal semua. Tetapi saya menyeru kepada kerajaan supaya memberika peluang sama rata kepada kita supaya rakyat dapat menilai (hujah masing-masing)”.

Maknanya bagi calon Pas, masjid itu merupakan salah satu tempat yg wajib utk beliau gunakan bagi menyebarkan pengaruh kepartian, sedangkan Islam menyarankan umatnya menggunakan masjid utk tujuan menyatukan ummah serta menjalankan aktiviti bermanfaat utk keseluruhan masyarakat setempat.

Sedangkan tujuan pengambilalihan sementara masjid tersebut bertitik tolak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian sepanjang beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini yang mana wujudnya tindakan memanipulasikan kesucian rumah ibadat oleh kalangan pemimpin pembangkang.

Mereka datang kononnya utk menyampaikan khutbah atau kuliah kemudian sambil menyemai benih-benih kepartian menyebabkan perpecahan dikalangan ahli kariah setempat.

Selain itu setidak-tidaknya dapatlah juga mencegah tindakan sesetengah petugas jentera kempen parti politik tertentu daripada menyalahguna kemudahan masjid utk tujuan penginapan sementara sepanjang kempen pilihanraya.

Sejarah sebelum ini membuktikan kebersihan masjid dan surau tidak terjaga setiap kali adanya pilihanraya seolah-olah menjadi tempat penginapan setinggan hingga mengganggu ibadat jemaah & ahli kariah yg lain. Lagipun masjid bukannya hotel murah atau chalet persinggahan sementara utk tujuan menjayakan matlamat mana-mana parti politik.

Kot ye pun nak jimatkan duit poket sendiri, pandai-pandailah cari rumah sewa atau hotel sepanjang kempen pilihanraya jangan duk main redah gunakan masjid sebagai kediaman sementara sepanjang kempen berlangsung.

Bukan kita tidak tahu, sejak tertubuhnya Pas hinggalah sekarang terlampau amat kerap mereka menyalahgunakan institusi masjid serta surau utk kepentingan politik mereka dengan alasan politik itu sebahagian daripada agama.

Betul politik itu sebahagian daripada agama, tapi hakikatnya parti Pas itu pula langsung tak termaktub sebagai sebahagian daripada Islam. Pas cumalah sebuah pertubuhan politik yg menggunakan nama Islam dengan nawaitu mencari kekuasaan dan jawatan sama seperti mana pertubuhan politik yg lain.

Dalam Islam politik siasah digunakan utk manfaat ramai dan kepentingan khalayak tanpa mengira politik kepartian atau segelintir kelompok.

Manakala politik kepartian ala Pas berorientasikan kepentingan sendiri dengan menabur benih kebencian sesama Islam hingga mengakibatkan perpecahan ummah. Jadi kalau nak kata Pas itu sebahagian daripada Islam amatlah jauh panggang dari api.

Tindakan JAIP adalah betul dan wajar disokong demi menjaga keharmonian masyarakat sambil mencegah kesan buruk berulangnya tragedi Rumah Allah menjadi pentas ceramah politik parti Pas.

2 thoughts on “Pas Nak Guna Masjid Untuk Politik Kepartian…

  1. Jauh bezanya tu antara manipulasi khutbah & kuliah agama oleh Pas berbanding dgn majlis berbuka puasa anjuran UMNO di masjid.

    Pas manipulate khutbah jumaat, kuliah agama dan takzirah utk parti sambil mencipta benih kebencian terhadap orang Islam lain sedangkan sepatutnya perkara tersebut digunakan utk menjurus kepada menyemai perpaduan dan mengingatkan ummah tentang kekuasaan Allah s.w.t.

    Manakala majlis berbuka puasa, sambutan maulud Nabi, Nuzul Al-Quran boleh saja dianjurkan oleh siapa saja umat islam, pertubuhan atau parti umat Islam samaada di surau, masjid selagi tidak diiringi dgn ucapan menyemai kebencian sesama Islam.

    faham ka perbezaannya tu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s