Pas & Hadi Awang Belum Ambil Iktibar…

Nampak gayanya Pas mahupun Presidenya, Hadi Awang belum mahu mengambil pengajaran disebalik kekalahan teruk Pas di DUN Tenang beberapa hari lepas.

Masih lagi menggunakan alasan streotype kononnya wujud ketidakadilan sistem pemilihan, ugutan, rasuah dan media massa sebagai punca kekalahannya itu.

Mentaliti terencat kerana gagal muhasabah menilai kelemahan dan salah silap sendiri masih lagi menghantui denyut nadi Pas.

Hadi sudah lupa, sistem pemilihan & daftar pemilih yg dikendalikan oleh SPR lah yg membolehkan Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu yg sebelumnya milik UMNO. Malah Parlimen Sibu berjaya di tawan oleh DAP, begitu juga kerusi Parlimen Permatang Pauh yg kekal dikuasai oleh PKR.

Demikian halnya kerusi DUN Penanti, Permatang Pasir, Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Manek Urai yg kesemuanya berjaya dimenangi oleh Pas dan PKR.

Hanya dek kerana ternampak jelas majoriti orang Melayu Islam dan India semakin menolak Pas dan pakatan, tiba-tiba sistem yg dulunya membolehkan Pas, PKR dan DAP menguasai 5 negeri kini di kecam bagi menyembunyikan kelemahan parti pimpinannya.

Hadi juga mendendangkan kononnya wujud rasuah undi, ugutan dan laporan media massa  turut menjadi punca sampingan yg menyebabkan kekalahan Pas, sedangkan hakikatnya kita tahu ianya hanyalah alasan rapuh untuk menutup kegagalan Pas meyakinkan pengundi dengan perjuangannya yg semakin jelas longgar dgn prinsip yg kerap berubah-ubah.

“Sebaliknya ia mestilah bertitik tolak daripada peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas serta persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan.

“Ia juga perlu bebas daripada rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, selain pelbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem demokrasi yang adil dan tulen,’’

Hadi Awang, Utusan Malaysia 04 Februari 2011

Bukankah sewaktu pilihanraya DUN Galas tempohari pihak Pas yg beria-ia mengumumkan wang belanja pengangkutan RM200 – RM250 kepada pengundi luar supaya balik mengundi?

Dan di DUN Galas jugalah pengundi Cina di ugut akan diganggu perniagaan mereka sekiranya mengundi BN malah sebelum itu Pas juga sudah mengarahkan penyokongnya memboikot media perdana.

Hasilnya?.. Pas tetap kalah di Galas walaupun pelbagai kaedah digunakan utk meraih sokongan rakyat dan kini lebih tragik Pas tertiarap pula di DUN Tenang.

Maknanya isu rasuah, ugutan dan media massa yg dijadikan kambing hitam itu hanyalah sekadar penyedap rasa utk mengurangkan kejatuhan moral dan semangat penyokong Pas sahaja.

Sedangkan berbeza dgn UMNO dan BN yg secara tradisinya sentiasa berlapang dada bila di duga dgn kekalahan dan secepat mungkin pemimpin serta anggotanya berusaha mencermin kelemahan diri sendiri utk belajar mengambil pengajaran demi memperbetulkan kembali haluan perjuangan.

Sebaliknya Pas bila kalah mereka gemar menuding jari hingga lupa melihat baju sendiri yg koyak rabak. Segala kelemahan dan silap sendiri di sapu masuk ke bawah karpet, kerapkali juga UMNO, BN dan SPR dimomokkan dgn segala macam tohmahan semata-mata utk menutup kelemahan dan kemandulan parti sendiri bagi mengelakkan pekungnya dihidu oleh ahli parti dan penyokong.

Pas masih gagal memahami denyut nadi kemahuan rakyat kerana itulah saat ini Pas sudah dibakulsampahkan. Rakyat sudah makin jelek bila melihat pemimpin Pas yg lupa daratan dan bodoh sombong tatkala di beri nikmat kemenangan besar dahulu.

Pas yg gah mendakwa diri paling Islamik kini tenggelam dalam keasyikan duniawi dan pemimpinya ramai yg alpa dalam pelukan isteri-isteri baru. Kereta besar bersilih ganti sedang rakyat masih menuntut janji, ceramah politik silih berganti, uncang dan tabung di usung ke sana ke mari menuntut rakyat memenuhinya dgn derma wang ringgit konon demi perjuangan.

Air liur dari pentas ceramah dan flyer adu domba hanya mampu utk seketika sahaja memancing segelintir rakyat, hakikatnya majoriti khalayak mendambakan kesungguhan khidmat dan sikap hamba diri pemimpin dan parti yg sanggup susah senang bersama dan berusaha memperbaiki kehidupan rakyat, memelihara kesucian agama dan maruah bangsa.

Tahukah Hadi apa yg rakyat mahukan? Ceramah politik? Uncang dan tabung milo? Air liur basi pemimpin? Janji manis bersilih ganti berkaitan Islam? Slogan Islamik yg gah?… Semuanya tidak.

Khalayak ramai menuntut khidmat bakti pemimpin dan kerjabuat parti yg mampu membela agama, bangsa dan negara mereka. Bila bercakap dan berjanji, ia ditunaikan. Bila keadaan mendesak dan kesusahan menimpa rakyat, pemimpin dan kerajaan sudi datang menyelusuri denai dan lorong bersama-sama membantu meringankan bebanan.

Bila saat rakyat dihimpit bencana banjir di DUN Tenang misalnya, awal-awal lagi pemimpin Pas cabut lari, penyokong dan jentera Pas hanya berani berkampung di tempat pembungan undi hingga lupa kesengsaraan rakyat yg hilang harta benda dilanda banjir.

Demikian halnya nasib rakyat kita di Mesir yg terhimpit dgn tragedi rusuhan di sana, Pas hanya gah berdemo sakan di Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur berteriak seolah panglima. Modal air liur dan sembang berdegar sahaja adakah cukup utk bantu bawa pulang mereka ke?

Sedang mereka bertempik terlolong tak tentu hujung pangkal penyelesaiannya namun yg sibuk menguruskan kelengkapan, persediaan anggota menyelamat pula ialah UMNO, BN dan Kerajaan Malaysia. Nampak sangat bezanya tu antara yg sembang banyak dgn yg kuat bekerja berkhidmat utk rakyat.

Selain itu kemantapan prinsip perjuangan. Adakah Pas memiliki prinsip yg jelas? Yang ada hanyalah prinsip bersadurkan Islamik & slogan hebat yg berubah-ubah mengikut haluan musim dan situasi. Gah dipentas ceramah, moyok bila di jeling rakan sepakatan. Tiada jati diri, dayus dan hanya tenggelam dalam halusinasi ciptaan sendiri.

Hakikat yg pahit buat Pas ialah kekuatannya hanyalah berlegar sekitar imej Islamik dan janji-janji kosong . Jadi tak peliklah bila masa bersilih ganti, sokongan kian merudum.

Lebih 50 tahun kewujudan Pas  hanya berkisar janji bulan bintang dan menyumbat halwa telinga rakyat dgn air liur basi pemimpin Pas yg  bermodalkan Islam sebagai umpan meraih sokongan. Masuk angin keluar asap. Itu sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s