DS Najib Akui Sentiasa Timbang & Menilai Kritikan Tun Dr Mahathir

Dr.M & DS NajibBaru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamed dalam tulisannya di blog Chedet.cc telah membangkitkan pandangan dan kritikannya terhadap Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dasar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang diperkenalkan sejak 2011.

Ada kalangan kita yang menyokong teguran bekas Perdana Menteri Ke-4 dan ada juga yang kurang bersetuju. Di kalangan penyokong pakatan pembangkang tentu sekalilah pendirian mereka terlebih-lebih pula ibarat lebih sudu dari kuahnya. Seronok mereka bila tengok Tun Dr Mahathir mengkritik Datuk Seri Najib.

Golongan oportunis dari PR barang tentu sahaja mengharapkan Datuk Seri Najib akan melatah dengan kritikan Tun Dr Mahathir. Tinggi harapan mereka untuk melihat Presiden UMNO membalas semula dengan kenyataan keras atau menempelak kembali kritikan Bapa Permodenan Malaysia itu.

Malangnya apa yang diharap-harapkan sangat oleh penyokong PR tidak kesampaian apabila Datuk Seri Najib dalam wawancara eksklusif yang disiarkan Mingguan Malaysia semalam memperlihatkan kematangan beliau apabila berlapang dada dalam menerima teguran dan kritikan Tun Dr Mahathir.

Datuk Seri Najib tanpa berselindung mengakui setiap kritikan, teguran atau pandangan oleh Tun Dr Mahathir mahupun yang disuarakan oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, sentiasa akan dinilainya dari pelbagai sudut dan bila perlu penambahbaikan atau pembetulan terhadap sesuatu dasar itu maka ia akan dihalusi sebaik-baiknya.

Merujuk kepada kekhuatiran Tun Dr Mahathir dalam isu BR1M misalnya, beliau sendiri menegaskan kesediaannya untuk mengkaji balik dasar pemberian wang tunai itu sekiranya itulah kehendak orang ramai. Malah jika ada kaedah lain yang lebih baik dari BR1M beliau terbuka untuk menimbangnya.

Berkait persepsi kemungkinan dasar BR1M menimbulkan tanggapan bahawa ianya adalah rasuah atau pembelian undi, Datuk Seri Najib menjelaskan bukan itu tujuan BR1M kerana matlamat utama bantuan tunai itu lebih kepada untuk mengurangkan bebanan rakyat yang terhimpit dengan masalah kos sara hidup. Selanjutnya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s