DAP Takut Program Islamisasi Di Sekolah Kebangsaan?

betina-bodoh[1]Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mendakwa punca utama ramai ibu bapa bukan beragama Islam enggan menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan baik di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah disebabkan wujudnya program Islamisasi.

Katanya, program Islamisasi dan agenda agama di Sekolah Kebangsaan terlalu meluas sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan ibu bapa bukan Islam memaksa mereka memboikotnya dan lebih selesa menghantar anak masing-masing ke Sekolah Jenis Kebangsaan. Continue reading

Menjelang PAU2014, Antara Yang Bercakap & Bekerja

Dalam minggu ini, parti yang terulung dalam negara kita, UMNO, akan sekali lagi, mengadakan perhimpunan agung tahunannya, didahului oleh mesyuarat ketiga-tiga komponennya, iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Saya tidak pernah menyebut pergerakan-pergerakan tersebut sebagai ‘sayap’, oleh kerana tiada ciptaan Allah SWT di dunia ini yang mempunyai lebih dari sepasang sayap, iaitu dua. Maka istilah ‘komponen’ UMNO digunakan, untuk menekankan bahawa setiap satu daripada pergerakan itu adalah sebahagian daripada tubuh badan UMNO. Kalau lemah dan cacat cela mana-mana satu pergerakan, maka ia akan melemah dan menjejaskan UMNO. Continue reading

Rayuan Mendayu Dewan Ulamak PAS Kepada DAP

030310-LEAD500%2B%25281%2529[1]Akhir-akhir ini semakin kerap kedengaran suara-suara yang menyerang kewibawaan Abdul Hadi Awang gara-gara pendirian Presiden PAS itu yang enggan tunduk kepada persetujuan bersama PR telah merencatkan usaha menobatkan ADUN Kajang, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Serangan demi serangan mempertikaikan kepimpinan Hadi tampak lebih hebat bila Ahli Parlimen PAS Marang itu memboikot Mesyuarat Presiden PR pada 27 Oktober lepas yang diadakan khusus untuk membincangkan persiapan menghadapi perbicaraan liwat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Continue reading

Tony Pua Yang Dapat Notis Tuntutan, Lim Kit Siang Pula Yang Demam

betina-bodoh[1]Dua tiga hari lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada Tony Pua meminta Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu meminta maaf dan menarik balik kenyataan fitnah olehnya yang menggambarkan Datuk Seri Najib sebagai pemimpin korup.

Kegagalan Tony Pua berbuat demikian dalam tempoh 14 hari atau jika jawapan balas oleh ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu tidak memuaskan hati maka terdapat kemungkinan Datuk Seri Najib akan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan perundangan berupa permohonan injuksi dan saman malu. Continue reading

DS Najib Akui Sentiasa Timbang & Menilai Kritikan Tun Dr Mahathir

Dr.M & DS NajibBaru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamed dalam tulisannya di blog Chedet.cc telah membangkitkan pandangan dan kritikannya terhadap Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dasar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang diperkenalkan sejak 2011.

Ada kalangan kita yang menyokong teguran bekas Perdana Menteri Ke-4 dan ada juga yang kurang bersetuju. Di kalangan penyokong pakatan pembangkang tentu sekalilah pendirian mereka terlebih-lebih pula ibarat lebih sudu dari kuahnya. Seronok mereka bila tengok Tun Dr Mahathir mengkritik Datuk Seri Najib.

Golongan oportunis dari PR barang tentu sahaja mengharapkan Datuk Seri Najib akan melatah dengan kritikan Tun Dr Mahathir. Tinggi harapan mereka untuk melihat Presiden UMNO membalas semula dengan kenyataan keras atau menempelak kembali kritikan Bapa Permodenan Malaysia itu. Continue reading

Bible Bahasa Melayu Dipulangkan, Tapi Tak Menjawab Persoalan Kenapa Ada Di Selangor

murtad[1]PENULIS menyokong penuh keputusan Istana Selangor ‘menghapuskan’ 351 bible bahasa Melayu/Iban yang dirampas 9 bulan lepas dengan cara menyerahkannya kepada pertubuhan gereja ACS yang berpengkalan di Sarawak.

Memang isu ini macam dah selesai tapi nampak sangat ada yang tak kena dengan MAIS sehingga nak tunggu pertukaran Menteri Besar baru nak buat keputusan tersebut. Mungkinkah ini kes politik polong (sendiri buat hal, sendiri selesaikan) untuk cemar pentadbiran terdahulu, penulis tidak tahu. Continue reading

Hadi Tunjuk Garang, Tapi…

030310-LEAD500%2B%25281%2529[1]“Saya tidak boleh diminta, nak hadir saya akan hadir. Atas sayalah nak hadir atau tidak,” itu antara kenyataan Abdul Hadi Awang apabila ditanya pemberita mengenai desakan rakan sepakatannya DAP yang mahukan Presiden PAS itu hadir ke Mesyuarat Presiden PR di masa akan datang.

Nampak lain macam reaksi Hadi kali ini, bunyinya garang seakan kuat sangat tekanan yang dah tak tertanggung dek tuan punya badan nak menahan perasaan geram. Amarahnya semacam menunjukkan makin sirna kesabaran Hadi selepas asyik ditekan bertubi-tubi oleh rakan sepakatan. Continue reading

Anwar Sokong SIS, Tidak Setuju Fatwa Haram Oleh MAIS

Geng SIS Liberal & Pluralisme AgamaRamai yang sudah maklum antara intipati utama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan Sisters In Islam (SIS) adalah berasaskan penglibatan aktif NGO itu dalam menyebarkan aliran pemikiran Islam Liberal & Pluralisme.

Umum juga sedar Fatwa pengharaman SIS sejak 17 Julai 2014 itu menepati ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dalam Muzakarah Kali Ke-74 pada 25 Julai 2006 yang mengharamkan aliran pemikiran Islam Liberal kerana mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dan bercanggah dengan akidah & syariah Islam.

Berikutan itu, pada 31 Oktober lepas SIS melalui Pengarah Eksekutifnya Ratna Othman telah memfailkan rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mempertikaikan kesahihan fatwa tersebut. Tiga perayu yang lain termasuklah Marina Mahathir, Zaid Ibrahim dan Zainah Anwar yang menamakan diri mereka sebagai ‘orang Islam yang prihatin.’ Continue reading

Kes Liwat: Penyokong Makin Menyampah Terpaksa PKR Sewa 15 Buah Bas

Hari ini perbicaraan rayuan terakhir kes Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari telah masuk hari keenam dan sekiranya pihak peguam bela Ketua Umum PKR itu sempat menggulung hujah mereka maka keputusan muktamad kes ini akan diketahui lewat petang nanti.

Seperti hari-hari sebelum ini, penyokong-penyokong Anwar akan berhimpun di sekitar perkarangan Istana Keadilan Putrajaya bagi memberi sokongan atau erti kata yang lebih tepat lagi mereka datang untuk memberi tekanan kepada para Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan kes tersebut. Continue reading

Langkah MAIS Haramkan SIS Tepat

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 17 Julai 2014 lepas telah mewartakan fatwa pengharaman NGO Sisters In Islam (SIS) setelah mendapati pertubuhan itu terlibat secara aktif dalam menyebarkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Pengharaman itu selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2006 yang menyimpulkan mana-mana aliran pemikiran atau fahaman liberal dalam beragama adalah menyeleweng dari aspek akidah dan syariah. Continue reading