Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh Pemisah Ukraine?

Ini satu berita cukup mengejutkan dan tentunya perit untuk diterima kalau benar pesawat MAS MH17 jatuh terhempas setelah ditembak oleh puak pemisah Ukraine. Sukar nak dibayangkan perasaan sanak keluarga kepada 295 orang penumpang dan anak kapal MH17.

Menurut beberapa laporan luar negeri pesawat malang itu ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara jenis ‘Buk’ yang memiliki jarak tembakan 30km dengan kelajuan 830m/s. Pihak Keselamatan Dalam Negeri Ukraine telah mengesahkan perkara itu. Continue reading

Tentera & Unit Khas Mengawal Mekah & Madinah…

Selalu kita dengar orang kata, Kota Suci Mekah & Madinah sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t.

Kenyataan tu betul sebagaimana kenyataan yg menyebut kitab suci Al-Quran akan sentiasa terjaga kesuciannya.

Namun, dalam pada kita yakin dgn penjagaan & lindungan Allah s.w.t, tidaklah pulak kita digalakkan berdiam diri berpeluk tubuh tanpa mengambil walau sedikit langkah pre-caution utk keselamatan Kota Suci Mekah & Madinah. Continue reading

Demo Mini Skirt…

Geng-geng mini skirt pun dah reti berdemo skang. Tapi ni bukan di Malaysia la, tapi di Jakarta.

Depa berdemo utk protes kenyataan Gabenor Jakarta yg menasihatkan supaya orang pompuan mengelakkan diri drpd memperagakan mini skirt kerana ia berisiko boleh menyebabkan berlakunya kejadian tak diingini.

Komen Gabenor tu berkait rapat dgn satu kes rogol  secara berkumpulan yg melibatkan seorang mangsa berumur 27 tahun pd 1 September lalu di Jakarta ketika mangsa menggunakan perkhidmatan minivan. Continue reading

Yusof Rono Diselamatkan Mat Indera?…

Antara cerita rekaan yg di mainkan oleh juak-juak PR dan gerombolan pemuja komunis ialah seorang anggota polis Bukit Kepong telah diselamatkan oleh Mat Indera.

Nama anggota polis yg dikatakan diselamatkan oleh Mat Indera tu ialah Sarjan Yusof Rono. Itu kata juak Pas dan gerombolan balacinya.

Mat Sabu pulak kata Mat Indera mengetuai serangan ke atas Bukit Kepong, si juak bawahan pula kata Mat Indera tolong selamatkan anggota polis. Ha..ha.. lawak spastik sungguh. Continue reading

Al-Fatihah: Jurukamera Bernama Mati Di Tembak Di Somalia…

Arwah (berdiri) semasa dalam perjalanan ke Somalia. Gambar oleh MinaqJinggo

Al-Fatihah utk arwah Noramfaizul Mohd. Nor, 41 yg disahkan meninggal dunia selepas terkena tembakan pemberontak di Somalia malam tadi.

Arwah merupakan antara sukarelawan yg menabur khidmat bakti dalam misi kemanusiaan ke Somalia  anjuran Kelab Putera 1 Malaysia yg berada di sana sejak 28 Ogos hinggalah 8 September nanti.

Misi tersebut yg dianggotai 53 orang sukarelawan termasuk doktor perubatan, bloggers dan wartawan pergi ke sana dalam usaha membantu meringankan bebanan kesengsaraan akibat masalah kebuluran yg melanda hampir keseluruhan Somalia. Continue reading

Sengsara Kebuluran Somalia Untuk Tontonan Mat Sabu…

Tatkala kita di Malaysia yg seronok berhariraya saudara seagama kita di Somalia sedang terhimpit dgn kesengsaraan akibat kebuluran & kekurangan ubat-ubatan berikutan kemarau panjang di tambah pulak dgn wujudnya konflik bersenjata yg tak berkesudahan.

28 Ogos 2011 lalu Kelab Putera 1 Malaysia yg mendapat tajaan dan sokongan Datin Rosmah Mansor telah berangkat ke Somalia bersama sejumlah 53 orang sukarelawan termasuklah blogger pro BN saudara PapaGomo serta para wartawan daripada TV3 dan Bernama. Continue reading

Video Rakyat Malaysia Mangsa Rusuhan Di London

Apalagi yg mampu kita ucapkan utk brader kita yg cedera selepas dipukul oleh perusuh-perusuh di UK? Mulut berdarah dan rahangnya mungkin patah.

Dari kejauhan kita cuma mampu bersedih, rasa marah dan geram.

Utk makluman, sebelum kejadian rusuhan yg kian merebak tu tercetus, telah berlaku demonstrasi jalanan.

Namun sebagaimana biasa demo jalanan, apabila kian ramai menyertai demo tersebut, tiada jaminan ianya akan kekal aman. Continue reading

Minyak Ron97 Naik, Kecoh… Bila Turun, Pun Kecoh…

Dulu waktu kenaikan minyak jenis RON97 ramai yg kecoh seolah-olah hampir 100% rakyat Malaysia adalah pengguna minyak jenis tu. Itulah namanya manusia, tidak pernah bersyukur dgn apa yg ada, sentiasa komplen dan mencari seribu satu alasan utk memuaskan diri sendiri.

Dan bila diturunkan pulak harga, masih ada yg komplen kata itu utk pilihanraya dan umpan sedangkan hakikatnya harga minyak dunia mula menunjukkan sedikit penurunan sejak awal bulan ni lagi. Continue reading

Nyawa Terus Melayang…

Selepas kejadian spontan rusuhan berdarah di Tunisia (pure accident), kemudian merebak ke Mesir dan lain-lain negara Arab, satu-satunya yg pasti ialah nyawa manusia terus menjadi taruhan selain turut meranapkan ekonomi negara dan kehidupun rakyat.

Di Mesir misalnya sejumlah 365 orang awam terbunuh, tidak termasuk korban dikalangan anggota keselamatan seperti tentera dan polis.

Pastinya ramai yg menjadi balu, ibu yg kehilangan anak dan keluarga hilang tempat pergantungan hidup selepas kematian ayah mereka berikutan kejadian rusuhan yg menggila. Continue reading

Baiknya Amerika…

Tidak sampai 2 minggu kejatuhan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir sejak 3 dekad lalu, tiba-tiba Amerika Syarikat mengumumkan pembiayaan dana sejumlah USD 150 juta (RM465 Juta) kepada Mesir.

Apa yg menarik pengumuman dana yg besar oleh Setiausaha Amerika, Hillary Clinton itu bertujuan menyokong ‘transformasi demokrasi & pemulihan ekonomi’ Mesir.

Begitu bermurah hatinya Amerika. Masihkah kita buta hati utk melihat wujudnya tangan-tangan ghaib yg ingin menentukan jatuh bangun negara Islam? Continue reading

Rusuhan Sana Sini Di Dunia Arab…

Selepas kebangkitan berdarah di Tunisia kemudiannya diikuti kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir, kini gejala rusuhan merebak ke negara Arab yg lain termasuk Bahrain, Libya, Iran, Yemen selain turut menjejaskan Jordan malah tak mustahil akan berjangkit pula ke Arab Saudi.

Pernah ke kita terfikir, selain faktor kemarahan sesetengah golongan rakyat di negera-negara tersebut akibat kecewa atau dendam dgn pemerintah, faktor lain yg boleh di ambil kira ialah cucukan jarum oleh pihak luar yg menggunakan pengaruh pembangkang tempatan. Continue reading

Anasir Jahat Sebar Propaganda Busuk…

Punyalah celaka manusia yg berhati busuk dan jahat, disebalik kesusahan orang lain ada haprak cuba di ambil kesempatan menyebar benih kebencian pada Kerajaan UMNO & BN.

Mentang-mentanglah kemampuan golongan aparat-aparat politik itu cumalah setakat gah berdemo berteriak tanpa hasil dan tanpa perlu berusaha berpenat lelah membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, kini disebarkan pula berita angin utk melengahkan usaha membawa pulang rakyat Malaysia.

Harapkan serban dan jubah besar tempayan, tapi hati busuk mengalahkan yahudi majusi. Continue reading

Kekecohan Mesir: Peluang Usung Uncang…

Jangan pelik dan jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti ceramah Pas atau PKR aktif secara mendadak berikutan bencana rusuhan di Mesir.

Nak buat ceramah, buatlah. Bukan kita tak tahu Pas dan PKR paling gemar manipulasi isu luar negara utk kepentingan sendiri. Namun pastikan tiada yg mengambil kesempatan mengutip wang ringgit disebalik kesusahan orang lain.

Dalam keadaan isu tersebut menjadi perhatian banyak mata yg melihat, tidaklah mustahil jika ada yg mengambil kesempatan sama ada utk kepentingan politik ataupun mengaut keuntungan wang ringgit. Continue reading

Kekecohan Di Mesir, Kekalutan Di Malaysia…

Sibuk serata dunia membicarakan gerakan rakyat di Mesir dalam percubaan mereka menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak yg telah berkuasa sejak 3 dekad lalu.

Kecederaan dan kematian bukan sedikit selama lebih seminggu kekecohan tercetus hasil inspirasi kejatuhan pemimpin Tunisia sebelumnya gara-gara gerakan yg sama.

Dalam sibuk mata kita tertumpu kekalutan di Mesir, tiba-tiba ada pulak segerombolan penyangak di Malaysia yg turut berdemontrasi utk menyokong gerakan di Mesir. Continue reading

Lanun Rampas Kapal: Tahniah PASKAL & TLDM

Anggota PASKAL yg terkenal sbg pasukan komando TLDM yg serba boleh & cekap telah berjaya menyelamatkan sebuah kapal dagang MT Bunga Laurel yg disewa oleh  MISC Berhad.

Semua anak kapal dilaporkan selamat. Manakala 7 orang lanun Somalia berjaya di tahan, 3 daripadanya cedera sewaktu berbalas tembakan dgn unit komando TLDM.

Tidak sia-sia ATM & kerajaan Malaysia melabur sejumlah wang dlm memantapkan pasukan pertahanan negara.

Malah apa yg penting di samping meningkatkan kelengkapan ketenteraan, perlaburan itu juga turut membuahkan hasil apabila ia turut menyumbang kepada lahirnya ramai anggota tentera yg mahir dan memiliki kecekapan yg tinggi. Continue reading

Kehebatan Nilai Seni Tembikar China

Kalau hari ini miskin tak semestinya sampai mati kita pun kita masih di takat lama. Adakalanya tuah datang ibarat “yg pipih datang melayang, yg bulat datang bergolek”.

2 orang adik beradik dari China tentu sekali antara insan yg bertuah kerana harta pusaka ibubapa mereka yg hanyalah sebijik tembikar yg mempunyai ukiran bunga serta dihiasai ukiran lautan dan ikan itu akhirnya menjadikan mereka jutawan sekelip mata.

Tembikar itu dijumpai sewaktu mereka membersihkan loteng rumah ibubapa mereka. Dipercayai terbikar tersebut berasal dari zaman Dinasti Qianlong dan mula dijaga oleh ibubapa mereka sejak 1930-an lagi.

Continue reading

Kelajuan Meja Makan Bergerak 113km/j?

Biar betul?.. Mana mungkin meja makan boleh bergerak apatah lagi dengan kelajuan 113km/j di atas jalan kerana asas penciptaan meja makan sepatutnya utk keselesaan kita menjamu selera.

Jika diikut pada konsep asal penciptaan maka tentu sekalilah perkara ini tak mungkin. Namun disebabkan manusia dianugerahkan dengan akal utk berfikir maka wujudlah di situ kreativiti dan inovasi utk mengubahsuai ciptaan asal menjadi satu benda yg pelik bagi sebahagian kita .

Demikian halnya dengan Perry Watkins yg berasal dari Britain apabila menggunakan dayacipta kreativitinya dengan mengubahsuai meja makan dan mampu dipandu laju mencecah 113km/j malah turut dimasukkan dalam Guiness Book Of Record. Continue reading