Nik Aziz Mengaku Melayu?…

Selalu sangat kita dengar bila Nik Aziz menyampaikan ceramah, antara perkara yg utama di tekan olehnya ialah memperlekehkan perjuangan UMNO yg didakwanya sebagai assabiyah.

UMNO dituduh assabiyah kerana berfahaman nasionalis (kebangsaan) dan meletakkan perjuangan bangsa Melayu sebagai salah satu asas gerakannya.

Sedangkan Nik Aziz lupa, perjuangan UMNO bukan sahaja semata-mata kerana bangsa malah di masa yg sama sentiasa berusaha mendaulatkan kesucian Islam.

Jika UMNO adalah assabiyah totok sebagaimana amalan assabiyah kaum Arab terdahulu, nescaya tidak adalah perkongsian kuasa dengan kaum lain di negara ini sejak negara kita merdeka dulu lagi.

Sejak penubuhan UMNO tahun 1946 kemudian memasuki era menuntut kemerdekaan hingga sekarang UMNO tetap menerima hakikat bahawa peri pentingnya kerjasama sesama kaum utk keharmonian dan kesejahteraan bersama.

Malah lebih dari itu walaupun tidak meletakkan nama Islam di dalam nama UMNO, namun keutamaan mendaulatkan agama Islam menjadi prioriti sewaktu mengubal perlembagaan negara dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi yg boleh diamalkan serta disebarkan melalui pelbagai aktiviti termasuk menguasai siaran media elektronik kerajaan & swasta.

Berbeza dgn Pas yg sekian lama malu mengaku Melayu dan lebih gah menonjolkan kononnya lebih Arab daripada Arab akhirnya kini terjelupuk menyembah simpati DAP. Melayu hilang entah ke mana, perjuangan & prinsip Islam kian lama kian liberal gara-gara takut dan tunduk sujud kepada kekuatan DAP yg harbi.

Akhirnya selepas kekalahan demi kekalahan yg menyaksikan sokongan orang Melayu Islam kian menyusut terhadap Pas dalam beberapa pilihanraya kecil, tiba-tiba Nik Aziz dan Pas cuba menambat kembali hati orang Melayu yg pernah dihina dan dipandang remeh oleh mereka sebelum ini.

Kata Nik Aziz “Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu,”

Mengapa tiba-tiba kembali menyebut Melayu dan tidak semena-mena mula mengakui perlunya undi Melayu utk kekuatan Pas? Bukankah Melayu itu assabiyah? Jahiliyah dan sekular? Bukankah selama ini Pas menyebarkan ‘fatwa’ mengatakan UMNO adalah pengamal perkauman sempit kerana memperjuang nasib bangsa Melayu?

Atau adakah Pas sudah mula menerima hakikat bahawa Melayu dan Islam berpisah tiada sebagaimana sering ditegaskan oleh pucuk pimpinan UMNO? Atau hanya dek kerana takut hilang kuasa politik di Kelantan, Kedah dan Selangor barulah kini Nik Aziz dan Pas mengakui pentingnya mengambil kira kepentingan orang Melayu Islam?

Tapi sayang, masa sudah agak terlewat utk Nik Aziz dan Pas. Pas sudah terlampau jauh dari denyut nadi orang Melayu Islam. Selama 5 dekad kewujudan Pas hanya bertopengkan agama disamping kerap sangat memeras keringat orang Melayu utk memenuhi uncang & tabung parti.

Hati orang Melayu & Umat Islam kian jauh dari kelibat parti & pemimpin Pas. Kekalutan pemikiran dan sikap alpa yg kerap mengadai kepentingan agama dan bangsa dek kerana mengejar jawatan politik dan kuasa dikalangan pemimpin Pas masakini telah membuka ruang kesedaran yg agak luas di benak nurani masyarakat Melayu Islam.

Pasca PRU 2008 sebenarnya membawa seribu satu hikmah disebalik tsunami politik yg melanda kekuatan kuasa politik Islam yg diterajui UMNO semasa pilihanraya umum itu.

Pas tewas menghadapi dugaan kuasa dan kekayaan mengejut yg di kurniakan Allah s.w.t, nyata kedudukan yg tinggi yg dikecapi mereka tidak lebih sekadar utk dijadikan iktibar oleh orang Melayu Islam supaya melihat dengan mata kepala sendiri belang nafsu sebenar Pas yg sekian lama dilitupi jubah dan serban.

Tapi kita jangan terkejut bila Nik Aziz dan Pas kian hari selepas ini lebih kerap bertasbih menyebut, “Melayu”, “Melayu” dalam setiap aktiviti 24 jam mereka (ceramah), kerana peel perangai dan sikap mereka sentiasa berubah mengikut keperluan politik kepartian.

Sebagaimana Pas pernah mengharamkan calon perempuan sebagai calon kini tiba-tiba memuja muji betapa layaknya wanita menjadi pemimpin. Kemudian menjanjikan hudud yg dikatakan wajid syarie akhirnya sekarang senyap sunyi malu alah dengan jelingan DAP.

Demikian halnya dengan kerjasama dengan kafir yg dianggap menyebabkan jatuh akidah tetapi kini mereka berpeluk erat dalam dakapan DAP yg harbi, maka begitulah jualan halnya bila dulu menyebut perjuangan kepentingan Melayu adalah assabiyah kini mereka kembali mengakui diri mereka bukannya pak Arab lagi.

Selagi namanya ahli politik walaupun berjubah, berserban dan mulut kumat kamit menyebut firman dan hadis, nawaitunya tetap kuasa, jawatan dan wang ringgit. Ketakutan hilang kuasa menyebabkan ramai yg hilang pedoman. Itulah namanya politik.

Dan Nik Aziz hanyalah salah seorang daripada puluhan pak janggut yg bermodalkan agama di pentas politik sekadar utk memenuhi hawa nafsu kerakusan kuasa dan kesenangan hidup. Hari ini Nik Aziz dan Pas telah membuktikannya utk sekian kalinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s