Ustaz Noor Deris Jentik Nik Aziz…

Ustaz Mohd Noor Deris bukanlah nama asing bagi kebanyakkan kita. Beliau merupakan bekas pemimpin utama Pas negeri Kelantan malah pernah menjadi ahli Dewan Ulama Pas dari tahun 1981 hingga 1988. 

Perwatakannya sedikit keras, sealiran dgn pembawaan Haji Hadi  Awang, Presiden Pas.

Semasa pilihanraya kecil DUN Galas tempohari, beliau pernah secara terbuka ‘berdebat’ dgn Nik Aziz di rumah bekas wakil rakyat Galas bersabit isu kerjasama Pas dgn kafir harbi DAP.

Kalau dulu Ustaz Noor Deris adalah sekutu rapat kepada Nik Aziz  kini beliau dilihat seteru utama kepada pemimpin utama Pas tersebut.

Kali ini, Ustaz Noor Deris membuat satu lagi langkah kehadapan, tampil menjentik Nik Aziz melalui akhbar perdana. Keberanian beliau ini tentu sekali bakal menyebabkan Nik Aziz tidur tidak lena sekali lagi.

Gesa kaji kenyataan Mursyidul Am Pas

 
 
 

Mohd. Noor Deris menunjukkan kenyataan Nik Abdul Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam di negara ini di Kota Bharu, semalam.

 


KOTA BHARU 2 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja diminta mengkaji kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan yang bercanggah dengan syarak seperti menyifatkan Tuhan sebagai samseng, pencarut dan sebagainya.

Beliau berkata, amat malang apabila Menteri Besar Kelantan itu yang dikenali sebagai ulama, tidak mempunyai ciri-ciri ulama sebenar, lebih-lebih lagi apabila mengeluarkan kenyataan sanggup berkawan dengan syaitan dan musuh Islam, tetapi bermusuhan sesama Islam.

Baginya, Nik Abdul Aziz juga memfitnah Malaysia bukan sebuah negara Islam, UMNO tidak mahu Islam, undi Pas masuk syurga, pangkah bulan tiga kali (mengundi Pas) pilihan raya sama dengan pahala haji, imam UMNO tidak sah diikuti dan sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan.

Terbaru katanya, Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan umat Islam apabila menyatakan mereka yang tidak menyokong Pas ialah orang jahiliah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini.

“Kalau dibiarkan perkara ini dibimbangi ramai orang akan mati murtad atau keluar dari Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat itu seterusnya mencabar Nik Abdul Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai kenyataannya itu.

Mohd. Noor turut menganggap Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang bertopengkan Islam bagi mengejar kemenangan partinya dan menyahut seruan nafsu untuk menghimpun kekayaan termasuk dalam kalangan ahli keluarganya.

Malah dakwanya, selama ini Mursyidul Am Pas itu berpolitik atas dasar demokrasi ala-Barat tetapi diheboh-hebohkan kononnya berdasarkan al-Quran dan hadis.

“Sebenarnya, beliau berkubukan demokrasi untuk perjuangan Assabiyah partinya sebab itulah dalam sejarah pemerintahan Pas Kelantan, kuasa politiknya pernah disalahgunakan dan menyeleweng daripada syariat Islam atau sunah politik Rasulullah.

Jelas Mohd. Noor lagi, politik Islam berdasarkan kepada satu ummah, bukan berbilang jemaah, sedangkan Pas hari ini memporakperandakan ummah kepada beberapa jemaah atau parti dan akhir-akhir ini semakin sesat dan menyeleweng daripada dasar politik Islam.

Justeru itu, pihaknya akan memperhebatkan penerangan bagi menyedarkan umat Islam termasuk ahli Pas mengenai penyelewengan yang berlaku dalam parti itu.

Dalam pada itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib berkata, Nik Abdul Aziz tidak wajar menggelar dirinya sebagai pemimpin jika tidak berani berterus terang dalam soal menentukan seseorang itu masuk syurga jika mengundi Pas.

“Kalau dia (Nik Abdul Aziz) benar-benar berani, kenapa dia tidak katakan jika mengundi UMNO akan dimasukkan ke dalam neraka?

“Jelaslah status Nik Abdul Aziz sebagai ulama diragui kerana sanggup mempolitikkan soal syurga untuk meraih sokongan serta mengelirukan umat Islam,” jelasnya

8 thoughts on “Ustaz Noor Deris Jentik Nik Aziz…

  1. umno suka buat fitnah. Nik aziz berjuta kali lebih baik disisi Allah daripada najib yang hanya disanjung di dunia. Mana ada manusia diatas muka bumi ini pada masa sekarang sanggup memberikan kediaman mewah menteri besar dijadikan tempat pengajian dan tinggal di rumah kayu. Menteri UMNO boleh buat macam NIK AZIZ? menteri umno perompak duit rakyat rumah mewah macam istana, aset berjuta juta. Orang yang sokong umno menambahkan kekayaan menteri menteri umno fuck!

  2. TV1 and TV3 X payah tengoklah kerja nak perbodohkan rakyat . Kawan aku kat universiti semua meluat kat media umno. mahasiswa boleh berfikir sekarang nie. Lebih baik buka MTV tengok LADY GAGA lagi best pada tengok TV UMNO. perbodoh orang tua kat kampung yang x leh pikir waras yang nak mampus tu boleh la.

    • AHHHHhhh..aku pun benci tgk berita tv3 utusan..tulisan seolah2 pembaca ni bodoh..Deris ni pun satu, lagi dia mengutuk TGNA lagi ternampak kehinaan dari bicaranya..hitam sungguh hati deris

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s