Whatsapp Group Punya Cerita 10 Kali Nik Aziz Mati Hidup Semula

“Celako semua sekali ni.. yang tu group whatsapp celako.. group whatsapp celako, sekali lagi saya kata celako group whatsaap lagu nie…. Celako.. Celako… celako”… Mungkinkah itulah reaksi keras yang akan terhambur keluar dari mulut Nik Aziz Nik Mat bila diketahui banyak khabar angin mengenai kematiannya bertebaran dalam pelbagai group whatsapp sejak semalam?

Mungkin tidak kot, tapi satu yang penulis tidak lupa tidak berapa lama dulu bekas Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS itu pernah menghampurkan kata-kata yang mencelakakan orang lain apabila naik berang dengan tindakan beberapa blog tertentu menyiarkan kisah dalaman pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan yang sedang berantakan pada tahun 2009. Kisah lama sekadar imbasan sahaja.

Berbalik pada tajuk artikel, kalau kita imbas-imbas balik sejak setahun dua ini rasa-rasanya dah dekat sepuluh kali atau mungkin juga sudah berbelas kali Nik Aziz dikhabarkan sudah mati dan dekat sepuluh kali jugalah hidup kembali. Itu kalau nak diambil kira sebaran khabar berita yang dijaja dalam ruangan chit chat pelbagai group whatsapplah.

Apapun kalaulah betul segala macam sebaran berita mengarut dalam group-group whatsapp serta macam-macam lagi kisah poyo dalam facebook dan blog, kiranya sekarang ini Nik Aziz dah jadi simbol keajaiban kelapan dunia. Tiap kali Nik Aziz dikatakan mati tak lama kemudian Nik Aziz hidup kembali. Jenuh tukang gali kubur, asal gali saja kena timbus semula.

Entah-entah jika dibuat drama seram mahunya kisah Nik Aziz mati dah masuk sepuluh siri tak kalah lawan dengan siri ‘Bercakap Dengan Jin’ yang sedang hangat di channel Astro sekarang. Agaknya itu niat tersirat si penyebar berita palsu kematian Nik Aziz, berangan nak jadi macam Tamar Jalis barangkali. Mungkinkah?

Mitos kucing pun cuma ada 9 nyawa sahaja tau. Dia manusia bukan kucing. Bab 9 nyawa kucing itu cukuplah Anwar sahaja yang pegang (baca sini kalau tak faham apa kaitan nyawa kucing dengan Anwar). Takkanlah hidup mati Nik Aziz pun nak dijadikan mitos macam Anwar juga? Tak mahunya Nik Aziz disama taraf dengan Anwar yang kuat kelentong. Tak gitu?  … Baca Selanjutnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s