BN Menang Majoriti Besar N.05 DUN Tenang…

Update: Keputusan rasmi oleh SPR, BN menang dgn majoriti 3707. Berikut dipaparkan keputusan rasmi.

BN: 6699 Undi
Pas: 2992 Undi
Majoriti Menang: 3707 Undi
Undi Rosak: 142 Undi

Tahniah BN dan syabas utk calon BN. Keputusan terkini tidak rasmi menyebut BN menang dgn majoriti 3735 mengalahkan Pas yg kian menyusut undinya.

BN : 6698 Undi
PAS : 2963 Undi
Majoriti Menang: 3735 Undi
Undi Rosak : 35 Undi

Secara umumnya, BN berjaya memenangi 12 kawasan peti undi termasuk 3 peti undi majoriti Cina. Manakala Pas kekal di peti undi Bandar Labis Tengah dgn penyusutan majoriti dan undi. Continue reading

68.68% Pengundi Sehingga 4.00 ptg

Seramai 10,133 pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mengundi hingga jam 4.00 petang. Keadaan banjir yg berlaku dan banyak tempat di tenggelami air menyebabkan peratusan sasaran keluar mengundi 80% mungkin sukar di capai.

Dalam pada itu pemimpin UMNO dan anggota petugas pilihanraya BN sempat memberi bantuan dan menyelamatkan 2 orang muslimat Pas yg terperangkap dalam sebuah kereta MyVi yg hampir di hanyutkan air deras.

Continue reading

Kempen PRK DUN Tenang Labuh Tirai…

Tepat jam 12.00 thg malam tadi secara rasminya kempen pilihanraya kecil N.05 DUN Tenang, Johor telahpun tamat.

Selepas lebih seminggu para petugas dan sukarelawan kedua-dua parti bertanding berpenat lelah & bersengkang mata sekarang tiba masa utk hari penentuan parti mana yg akan menang dan siapa pulak yg akan berendam air mata.

Tanpa perlu bercerita panjang, berikut di paparkan ringkasan laporan, maklumat dan data yg telah diperolehi daripada rakan-rakan yg bertugas dalam kedua-dua parti sejak selepas maghrid tadi hinggalah hampir jam 1.40pg sekejap tadi. Continue reading

Terkini DUN Tenang: Jentera Pas Beransur Pulang…

Maklumat terbaru menyatakan 2 jentera pilihanraya Pas dari luar Johor beransur pulang. Manakala satu pasukan pilihanraya Pas Johor dari kawasan lain turut mengambil tindakan sama sekitar jam 3.00ptg dan 5.20ptg tadi.

Laporan yg diterima baru sekejap tadi itu bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa mereka pulang awal.

Kedudukan mutakhir meletakkan Pas dalam keadaan agak tersepit, bagaimanapun masih terdapat lagi beberapa jentera pilihanraya dari luar terutama unit amal Pas yg masih giat menjalankan kempen. Continue reading

Cuti Sakit & Kronologi PRK DUN Tenang…

Jentera pilihanraya Pas dan PR nyata agak tergugat selepas pembongkaran isu sijil cuti sakit (mc) milik Maarof B. Abd. Mutalib suami kepada calon Pas DUN Tenang, Normala Bt. Sudirman.

Benarkah cuti sakit itu di rancang dgn lakonan hebat menyebabkan doktor terpedaya atau sijil sakit tersebut diperolehi hasil konspirasi dalaman? Atau bagaimana?

Persoalan ini ligat bermain di fikiran orang ramai kerana dalam keadaan Maarof mendakwa dirinya sakit hingga diberikan cuti namun jelas di lihat ramai dia masih boleh menemani isteri berkempen dari pagi hingga ke malam. Continue reading

Terkini DUN Tenang: BN & Pas

Kedudukan Terkini: Barisan Nasional (BN)

Sehingga jam 11.00mlm tadi, laporan-laporan terkini berkaitan culaan undi & arah sokongan pengundi DUN Tenang yg di terima Bilik Gerakan UMNO & BN menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 2 hari lepas. Utk rujuk laporan sebelum ini, klik sini.

Rata-rata kawasan pengundi majoriti Melayu dan India menunjukkan mood sokongan yg agak kuat utk calon BN. Dijangkakan BN berpeluang meraih pertambahan hampir 700 undi dari kalangan pengundi Melayu dan India.

Manakala di kawasan majoriti Cina, laporan mutakhir itu menyebut Pas masih gah mendahului di peti undi Bandar Labis Tengah, dijangkakan tidak banyak perubahan undi utk kedua-dua pihak. Di peti undi Labis Timur pula keadaan semakin sengit, BN dan Pas di lihat bersilih ganti mendahului sokongan. Keadaan di sini agak sukar diramalkan oleh kedua-dua pihak. Continue reading

Penyokong Haprak Pas Buat Tahik Lagi…

Ini bukan pertama kali, tapi sudah masuk berpuluh kali para penyokong pembangkang terutamanya Pas cuba membusukkan nama baik UMNO, BN dan kerajaan dgn menggunakan kepala surat agensi kerajaan ataupun menciplak surat UMNO/BN.

Terkini seramai 198 orang peneroka Felda Chemplak Barat  dalam DUN Tenang hampir-hampir tertipu dgn psywar & reverse psyko yg cuba dimainkan oleh penyebar propaganda pro Pas.

Kesemua mereka menerima surat kononnya di hantar oleh Majlis Daerah Labis (MDL) utk tujuan majlis penyerahan bantuan kewangan RM300 kepada peneroka. Peneroka di Felda Tenang turut menerima surat tipu yg sama. Continue reading

Mustaffa Kamil Ayub Bakal ‘Disembelih’ PKR?

Ini kisah Mustaffa Kamil Ayub yg diketahui ramai antara penyokong setia Anwar Ibrahim. Diantara saki baki pro ABIM yg masih bersama Anwar beliau adalah yg paling top berbanding bekas pemimpin ABIM yg lain.

Di anggap sebagai ‘lelaki ABIM terakhir’ dalam PKR yg masih memegang sisa-sisa keyakinan terhadap kewibawaan Anwar sebagai pemimpin masa depan.

Dalam pemilihan PKR yg lepas beliau tewas teruk di tangan Azmin Ali utk jawatan Timbalan presiden PKR. Pemilihan parti yg dicemari banyak insiden ganas dan kekasaran itu turut menjadi bahan sendaloka serta bahan tawa orang ramai bila sekitar hanya 10% sahaja anggota parti yg keluar mengundi berbanding keseluruhan jumlah ahli PKR yg di dakwa hampir 400, 000 orang. Continue reading

Kedudukan Terkini DUN Tenang…

Momentum sokongan pengundi di DUN Tenang saban hari menunjukkan tanda-tanda positif semakin berpihak kepada calon BN, Azahar Ibrahim ataupun nama glamournya Tok Ai.

Sehingga jam 10.00 malam tadi, laporan mutakhir yg diterima memperlihatkan arah sokongan & mood pengundi meletakkan BN dalam keadaan selesa terutama sekali di kawasan majoriti Melayu & India.

BN mensasarkan untuk memperolehi 90% sokongan pengundi Melayu kali ini dan perkembangan terkini menyimpulkan ia hampir pasti boleh di capai. Manakala sasaran peratusan undi daripada kalangan pengundi Cina ialah 45% dan India 80%. Continue reading

Sidang Tergempar DUN Gagal: Khalid Patut Letak Jawatan

LETAK JAWATAN!

Salam 2 all.

Terbukti cubaan Pakatan pembangkang untuk meminda Undang-Undang Perlembagaan Selangor untuk memberi kuasa kepada mutlak kepada Menteri Besar memilih dan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri telah GAGAL! Gagal kerana mereka tiada dua pertiga majoriti, walaupun pelbagai usaha dan taktik kotor yang mereka lakukan, termasuk memecat keahlian ADUN Pelabuhan Kelang YB Badul Hisham.

Cubaan meminda Artikel 52 Undang-Undang Perlembagaan Selangor yang dikompangkan sebagai untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan sebenarnya adalah untuk “memperkudakan Tuanku Sultan”. Hakikatnya Tuanku Sultan Selangor akan hanya menjadi “tukang cop & rubber stamp” Pakatan pembangkang sahaja. Kerana walaupun atas kertas Tuanku yang memilih dan melantik, tetapi Tuanku perlu merujuk kepada Menteri Besar dan mendapat “perkenan” Menteri Besar” sebelum membuat sebarang perlantikan. Tindakan yang jelas menghina dan merendahkan martabat dan kedudukan Tuanku Sultan. Continue reading

Harimau Muda Kalahkan Singa Tua…

Boleh tahan peningkatan prestasi pasukan bolasepak bawah 21 tahun kita hingga mati katak dibuatnya singa seberang. Walaupun just perlawanan persahabatan, tapi kerana ia melibatkan Singapura maka kemenangan 2-0 memang satu isyarat yg bagus.

Kalau dalam edisi Piala AFF Suzuki yg lepas kita tidak berpeluang bertemu dgn Singapura, kali ini walaupun pasukan yg diturunkan adalah berbeza namun kejayaan ini boleh di kira agak manis dan petanda baik utk kebangkitan pasukan negara seterusnya. Continue reading

Sidang Tergempar DUN Selangor: Penjelasan BN

SHAH ALAM: Barisan Nasional menolak cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor yang dibentangkan oleh kerajaan negeri gabungan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS pada sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor pada Isnin kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.

“Percubaan hari ini sia-sia dan membuang masa,” kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Mohamad Satim Diman semasa membahaskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2011 bagi menjelaskan kenapa kesemua 20 Adun daripada BN dan seorang Adun Bebas tidak menyokong pindaan itu yang dibentangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang antara lainnya bertujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. Continue reading

Temberang Pas Terdedah di DUN Tenang…

Di kelantan suhu pengaruh Pas kian lama kian suram bilamana sambutan rakyat terhadap kepimpinan Nik Aziz semakin menjadi suam-suam kuku.

Kelebihan sokongan rakyat terhadap Pas dalam PRU 2008 yg lalu baik di Kelantan mahupun di seluruh negara nyata hanyalah seperti buih-buih di lautan yg kemudian kian menghilang.

Setelah sekian lama bertahtha di singgah sana Kota Darulnaim kini suara-suara kritikan yg mempertikaikan kemampuan Nik Aziz & Pas memerintah Kelantan semakin kerap kedengaran.

Continue reading

Matlamat Menghalalkan Cara…

Agaknya kerana terdesak & gundah dengan kejayaan UMNO & BN dalam menguasai sokongan besar pengundi di DUN Tenang, makin hari makin banyak taktik kotor dilakukan oleh pihak tak bertanggungjawab.

Sebelum ini masyarakat Dun Tenang telah dikejutkan penyebaran berita oleh Harakahdaily yg memutarbelit isu jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air yg kononnya terbiar tidak diuruskan oleh qariah dan imam. Klik sini utk penjelasan lanjut isu jenazah

Kini timbul pula cubaan memesongkan sokongan penduduk DUN Tenang dengan penyebaran poster yg mendakwa ‘Kelab Wanita Veteran BN’ menentang pencalonan bekas ADO Azahar Bin Ibrahim sebagai calon BN. Hakikatnya ‘Kelab Wanita Veteran BN’ langsung tidak pernah wujud di sana. Continue reading

Anwar Tidak Tenang…

Bila rakyat bangkit secara terbuka mencebik pemimpin, itu tandanya sudah hilang seri seorang pemimpin di kaca mata rakyat.

Episod duka Anwar di Dun Tenang sewaktu hadir berkempen utk Pas di Felda Tenang Sabtu malam yg lepas wajar menjadi renungan kita semua.

Bagaikan kehadirannya tak dialu-alukan membuat jiwa Anwar bertambah tidak tenang. Gambaran realiti saham politik Bung Anwar akhir-akhir ini nampaknya kian suram. Continue reading

Isu Jenazah: Pas Bakal Tersungkur Kerana Sebar Fitnah

Rakyat Johor khususnya di DUN Tenang bangkit lagi membongkar fitnah dan kemungkaran yg telah dilakukan oleh jentera pilihanraya Pas berkenaan isu jenazah arwah setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air.

Sesungguhnya fitnah dan adu domba seolah sudah menjadi asam garam kehidupan Pas dan penyokong mereka. Tiada rasa takut azab atau bimbang kemurkaan Allah s.w.t.

Sudahlah memperalatkan Islam dan kesucian Al-Quran utk meraih undi duniawi, lebih teruk lagi mereka mencemarkan masjid dan memperalatkan kematian arwah utk agenda politik sempit malah hingga mencipta fitnah yg turut menjatuhkan maruah imam dan ajk masjid berkenaan. Continue reading

Kail Panjang Sejengkal…

Kita kerap dengar ramai insan gemar membina harapan dan memberi harapan. Bercita-cita tinggi dan berhasrat memiliki atau mencapai banyak perkara yg diidamkan.

Dunia politik juga banyak berkait rapat dgn harapan dan pengharapan menggunung tinggi, bila harapan tercapai ia satu kemajuan yg dibanggakan, bila ia gagal ramai yg gila tak keruan.

Menjelang PRK DUN Tenang 30 Januai 2011 nanti, calon Pas Cikgu Normala Sudirman nampaknya begitu konfiden dan optimis hasratnya memenangi PRK itu bakal tercapai.

Baguslah kalau yakin, tapi dgn hanya berbekalkan keyakinan sahaja cukup ke Cikgu? Masa depan rakyat dan agenda pembangunan kawasan Tenang takkan terjaga hanya disebabkan yakin dan optimis sahaja.

Continue reading

Debat Sana Debat Sini… Siapa Yang Kena?

Anwar diketahui cukup bijak berpidato, bermain kata, bermadah pujangga dan terbukti hebat menyusun bait kata utk mengelirukan & memukau pendengarnya. Barangkali antara ahli politik yg setanding dgn kehebatan Anwar itu hanyalah Mat Sabu dan Nik Aziz.

Mereka bertiga berada dalam kelasnya tersendiri dan memilik persamaan yg jelas. Malah jika salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa tahik kambing itu adalah ubat makjun, tidaklah mustahil ada manusia yg membawa panji-panji berlogokan mata satu dan bulan purnama akan meyakininya serta sanggup menelan ‘makjun’ tersebut.

Mulut manis, kata-kata bombastik, pandai menyusun kata dan kemahiran pidato jelas aset yg penting bagi ahli politik utk mudah dikenali ramai. Continue reading

Surat Khabar Lama & DUN Tenang…

Selalu di hujung minggu sesetengah kawasan perumahan akan dikejutkan bunyi bising van atau lori kecil membunyikan hon diikuti teriakan “surat khabar lama”…”old newspaper”…”baterry lama”.. kemudian diikuti pula teriakan dalam bahasa cina mengulanginya.

Waktu zaman sekolah menengah hingga masuk sebuah ipta dulu (pertengahan 90-an – awal 2000), banyak duit saku dihabiskan semata-mata utk membeli pelbagai akhbar, majalah hinggalah buku-buku politik. Semuanya di simpan dengan satu hasrat utk dibukukan dan dijadikan rujukan kelak.

Utusan Malaysia, Berita harian, Minda pelajar, Mingguan Perdana, Harakah, Eksklusif, Tamadun, Massa dan beberapa lagi terbitan media lain. Habis berselerak bilik kecil aku di rumah dgn timbunan akhbar dan majalah hingga ruang utk tidur pun agak sesak dan agak panas. Continue reading

Jasa Nik Aziz Yang Akan Dikenang…

Sudah berpuluh tahun Nik Aziz menjadi wakil rakyat dan turut menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan. Dalam tempoh tersebut beliau sudah beberapa kali bertukar ganti kereta rasmi MB.

Gaji dan elaunnya juga sudah meningkat, jadi jika di ambil kira tempoh lama beliau sbg YB  kawasan DUN Cempaka juga sbg MB Kelantan paling lama tentu sekali banyak jasanya kepada rakyat setidak-tidaknya utk penduduk kawasan beliau sendiri.

Sebelum pilihanraya 2008, dikhabarkan wujud beberapa perancangan tersusun utk membantu para peniaga terutama sekali di bandar Kota Bharu. Nawaitu penstrukturan semula kawasan peniagaan tersebut menjadi fokus kerana ia dikatakan mampu menarik kembali undi para peniaga dan keluarga mereka seterusnya mengembalikan semula parlimen Kota Bharu yg berada di tangan Zaid Ibrahim ketika itu. Continue reading

Lanun Rampas Kapal: Tahniah PASKAL & TLDM

Anggota PASKAL yg terkenal sbg pasukan komando TLDM yg serba boleh & cekap telah berjaya menyelamatkan sebuah kapal dagang MT Bunga Laurel yg disewa oleh  MISC Berhad.

Semua anak kapal dilaporkan selamat. Manakala 7 orang lanun Somalia berjaya di tahan, 3 daripadanya cedera sewaktu berbalas tembakan dgn unit komando TLDM.

Tidak sia-sia ATM & kerajaan Malaysia melabur sejumlah wang dlm memantapkan pasukan pertahanan negara.

Malah apa yg penting di samping meningkatkan kelengkapan ketenteraan, perlaburan itu juga turut membuahkan hasil apabila ia turut menyumbang kepada lahirnya ramai anggota tentera yg mahir dan memiliki kecekapan yg tinggi. Continue reading

Bila Pas Memainkan Isu Jenazah…

Mengikut laporan Harakahdaily, PM tidak mempedulikan jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang yg dikatakan telah diletakkan  di Masjid Felda Tenang sejak jam 10.00 pg lagi.

Dalam masa hanya beberapa jam selepas siaran di Harakahdaily berita tersebut yg hanya bersandarkan kenyataan seorang saksi telah tersebar ke seluruh jagat maya hasil daya usaha ramai penglipurlara intelek murahan pro Pas.

Respon yg diperolehi sebahagiannya meletakkan Najib sebagai pemimpin yg tidak prihatin dan tidak berjiwa rakyat. Manakala sebahagian lagi kelihatan agak mual dan memandang jijik cubaan Pas mempolitikkan kematian seorang hamba Allah. Continue reading

Musim PRK: Ada yg bergembira tatkala yg lain bersedih

Agaknya demam Pilihanraya kecil (PRK) di Malaysia hanya akan kebas selepas cukup 3 tahun pilihanraya 2008 selesai. Sehingga kini kita sudah melalui sejumlah 13 PRK sejak berakhirnya PRU 2008.

Kini PRK ke 14 di DUN Tenang, Johor akan menyusul dan terbaru PRK ke 15 Dun Merlimau di Melaka turut bakal ditentukan SPR berikutan kematian wakil rakyat kawasan tersebut semalam.

Tatkala ini keluarga dan sanak saudara arwah tentu sedang bersedih kehilangan orang yg tersayang, takziah di ucapkan dan semoga rohnya di tempatkan dikalangan para mukmin dan kalangan orang yg soleh. Continue reading