Nyawa Terus Melayang…

Selepas kejadian spontan rusuhan berdarah di Tunisia (pure accident), kemudian merebak ke Mesir dan lain-lain negara Arab, satu-satunya yg pasti ialah nyawa manusia terus menjadi taruhan selain turut meranapkan ekonomi negara dan kehidupun rakyat.

Di Mesir misalnya sejumlah 365 orang awam terbunuh, tidak termasuk korban dikalangan anggota keselamatan seperti tentera dan polis.

Pastinya ramai yg menjadi balu, ibu yg kehilangan anak dan keluarga hilang tempat pergantungan hidup selepas kematian ayah mereka berikutan kejadian rusuhan yg menggila.

365 maut sepanjang demonstrasi selama 18 hari di Mesir

KAHERAH 17 Feb. – Sekurang-kurangnya 365 orang terkorban dalam insiden tunjuk perasaan yang yang berlaku selama 18 hari sejak 25 Januari lalu, menurut kementerian kesihatan Mesir hari ini.

Itu adalah jumlah menyeluruh pertama yang diberikan oleh kerajaan dalam pemberontakan yang menggulingkan pemimpin lama Hosni Mubarak.

Menterinya, Ahmed Sameh Farid berkata jumlah tersebut hanya bilangan awal orang awam yang terbunuh dan tidak termasuk polis dan tahanan. – Agensi

Sumber: Utusan Malaysia

Di sepanjang tempoh hampir 3 minggu rusuhan di Mesir, lebih 600 banduan mengambil kesempatan hiruk piruk utk membolosi penjara dan kini terus berkeliaran membahayakan nyawa & harta benda orang lain.

Sumbangan dana RM465 juta oleh Amerika tentunya tidak mampu mengembalikan kehilangan nyawa orang ramai melainkan sekadar memudahkan urusan pengambilahan dan pengukuhan pengaruh pemimpin politik yg di pilih oleh kuasa besar tersebut.

Kejayaan menyingkirkan Hosni Mubarak tidak lebih sekadar usaha pemilihan semula pemimpin lain yg berkiblatkan barat dengan cengkaman yg lebih kuat dikalangan rakyat Mesir hasil mobiliti kuasa jalanan. Seumpama membunuh seorang penyangak setia utk digantikan dengan seorang perompak garang dan lebih ganas yg lebih kuat sokongan di kalnagn rakyat bawahan.

Di Libya pula seperti kita ketahui Muammar Gadafi sejak dulu lagi agak kritikal dgn Amerika, kini kaedah sama cubaan menggulingkan beliau sedang berjalan. Demikian halnya di Iran. Rusuhan, demonstarasi jalanan saban hari berlaku mengambil inspirasi dari Mesir dan Tunisia.

Sehingga kini sejumlah 7 nyawa terkorban di Libya dan seorang di Iran. Angkanya akan terus meningkat kerana itulah hasil klimak dalam setiap kali demonstrasi jalanan yg bermotifkan kepentingan politik di mana-mana sahaja.

Kita di Malaysia bernasib baik kerana belum sampai peringkat sedemikian semasa zaman keributan reformasi jalanan sebelum ini kerana seboleh mungkin kerajaan cuba menggunakan pendekatan selembut yg boleh dan hanya keras sedikit bila keadaan mula tak terkawal.

Namun tetap perlu berhati-hati kerana sampai waktu, walaupun tidak sekerap di dunia Arab, pasti akan ada juga malaun dan jibraun politik yg akan menghasut rakyat utk bangkit di jalan demi mencapai maksud politik sendiri apatah lagi bila dibantu oleh dana-dana bantuan asing.

Semoga lebih ramai rakyat kita terbuka mata dan tidak terpesona dgn setiap kejadian yg kononnya berpaksikan kuasa rakyat, kerana kuasa sebenar hanyalah melalui sokongan di peti undi.

Jika tidak yakin dgn ketelusan melalui peti undi, lebih baik daripada awal lagi jangan bersusah payah bertanding dan membazirkan wang ringgit utk jentera kempen.

Ambillah iktibar tiap yg berlaku di luar sana. Hargai keamanan dan ketenteraman awam. Meruntuhkan sesuatu yg terbina lebih mudah berbanding jerih perih membinanya semula.

7 terkorban dalam demonstrasi di Libya

TRIPOLI: Tujuh orang terbunuh di Benghazi, Libya, semalam dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penunjuk perasaan antikerajaan.

“Tujuh penunjuk perasaan terbunuh dalam demonstrasi di Benghazi,” kata seorang pegawai perubatan tanpa menyatakan butirannya.

Tidak lama kemudian, akhbar Quryna yang rapat dengan anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, melaporkan perkara sama. Tembakan juga dilaporkan kedengaran di beberapa bandar pada hari ketiga demonstrasi terhadap Gaddafi. – AFP

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s