Rayuan Mendayu Dewan Ulamak PAS Kepada DAP

030310-LEAD500%2B%25281%2529[1]Akhir-akhir ini semakin kerap kedengaran suara-suara yang menyerang kewibawaan Abdul Hadi Awang gara-gara pendirian Presiden PAS itu yang enggan tunduk kepada persetujuan bersama PR telah merencatkan usaha menobatkan ADUN Kajang, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Serangan demi serangan mempertikaikan kepimpinan Hadi tampak lebih hebat bila Ahli Parlimen PAS Marang itu memboikot Mesyuarat Presiden PR pada 27 Oktober lepas yang diadakan khusus untuk membincangkan persiapan menghadapi perbicaraan liwat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Mengambil kesempatan dari gelombang keraguan penyokong PR yang sakan mengasak Hadi, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP kemudiannya secara sinis melabelkan PAS sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin dan kurang memberi komitmen kepada pakatan pembangkang.Dewan Ulama PAS Tegur Rayu DAP

Terkesan dengan senario itu termasuk sindiran tajam oleh Guan Eng, satu demi satu pemimpin PAS yang kebanyakannya dari kalangan pro Hadi bangkit mempertahankan maruah Presiden mereka. Mereka lebih berani ke depan lebih-lebih lagi bila Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sendiri tampil membela Hadi.

Namun seperti semua maklum sehingga kini api amarah penyokong PR tetap tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda. Di mana-mana sahaja portal dan blog pro PR komen-komen penyokong PR yang merendah-rendahkan kepimpinan Hadi Awang terus bergentayangan semacam kerasukan. Selanjutnya…

Leave a comment