Tak Rasmi: BN Kekal Kerajaan Pusat, Najib Menang Besar

Alhamdulillah, peluang untuk BN kekal menguasai Kerajaan Pusat semakin cerah apabila keputusan belum rasmi menyebut BN hanya memerlukan 2 lagi kerusi Parlimen yang perlu dimenangi bagi melengkapkan kemenangan dengan majoriti mudah 112 kerusi.

Laporan terakhir sebelum hari pengundian berlangsung menyatakan BN memiliki peluang cerah di 140 – 155 kawasan yang dianggap putih. Continue reading

SPR Bela Pengundi Hantu?…

Betulkah SPR tidak adil? Tidak telus dan memanipulasi daftar pengundi?

Kalau ikutkan hujah Pas dan PKR pendek kata SPR memang tak pernah adil waima utk memang sebijik kerusi pun kalau kita pegang hujah Pas dan PKR tu, memang jauh panggang dari api.

Hatta sapa-sapa daripada Pas, PKR dan DAP nak merasa memerintah negeri berketuakan MB dari parti sendiri atau ber’khalifah’kan KM drpd DAP pun jangan kata secuit sezarah pun tak dapat disebabkan ‘manipulasi’ oleh SPR. Continue reading

Dilema Penyokong PAS

https://i1.wp.com/din.huluselangor.net/wp-content/uploads/2013/01/Isu-Kalimah-Allah-Dan-Bible.jpgPendirian PR dalam isu kalimah Allah S.W.T sudah jelas di mana gabungan longgar tiga parti pembangkang yang turut melibatkan PAS itu telah sebulat suara bersepakat menerima gesaan DAP supaya kalimah Allah S.W.T dibenarkan penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam kenyataan susulannya  turut  menyokong penuh pendirian tersebut dengan mengumpamakannya sebagai peluang untuk orang Islam menyebarluaskan dakwah di kalangan orang Kristian. Continue reading