Menjelang Malam Tahun Baru…

Dah tak berapa lama lagi, dalam beberapa jam lagi malam tahun baru 2012 akan hadir dan tirai tahun 2011 akan dilabuhkan.

Actually aku baru saja melawat laman facebook kawan-kawan lama, salah sorangnya rakan pompuan yg pernah lalui sejarah hitam.

Teringat pasal kisah tragis dia yg dikongsikan time aku jadi kaunselor tak bertauliah utk dia dulu tu, jadi aku tulis entry ni hanya sekadar utk berkongsi pesanan terutama skali utk kebaikan rakan2 kita dari kalangan kaum hawa. Continue reading

Solat Berjemaah Umpama Perhimpunan Haram?…

Hari ni akan ada solat hajat & program munajat di Madrasah Salahiah Kanchut, Kedah sebagai salah satu usaha menyelamatkan Madrasah Salahiah dan tanah wakaf khas tersebut daripada menjadi mangsa kerakusan pihak berkepentingan duniawi.

Program Munajat Perdana yg akan bermula pada 12 tengahari nanti hingga jam 5 petang akan diisi dgn pelbagai program antaranya tazkirah dan ceramah.

Pada 28 Disember lepas, Ketua Dewan Pemuda Kawasan Alor Star telah membuat report polis dgn tujuan meminta pihak berkuasa menghalang Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salahiah (BBSMS) daripada meneruskan Munajat Perdana Madrasah Salahiah selain menuduh BBSMS telah menentang Sultan Kedah & Majlis Fatwa. Continue reading

Temuramah Eksklusif Bersama PapaGomo…

Hangpa kenal PapaGomo? Kalau ada yg belum kenal aku sarankan hangpa hantuk kepala hangpa kat dinding rumah Anwar, confirm Bung Anwar sepantas kilat keluar sambil mengomel panjang bercerita pasal marahnya dia pada PapaGomo.

Secara personal, aku sebenarnya belum pernah dapat bersembang dgn Bro PapaGomo ni cuma pernah tengok dari jauh sajalah time lepas berbuka puasa di sebuah hotel di PJ tempohari, time tu papaGomo, Parpukari dan bro MIK rasanya sedang sembang pasal misi ke Somalia. Continue reading

Sempoi Tapi Menghiburkan…

Aku tak mboh cakap banyak, cuma nak kongsi artikel yg aku copy drpd blogger dTenggara. Sempoi saja penyampaiannya tapi menghiburkan cukup utk  menyebabkan aku senyum sendiri selama beberapa minit.

Selalunya artikel yg simple, tak banyak tulisan ayat lebih bermakna drpd satu artikel yg ada kalanya mencecah 1000 patah perkataan (macam selalu aku duk mengomel panjang berjela.. ha..ha..)

Tapi tu style masing2 la, takleh nak ubah dah kot. Continue reading

YB Saifuddin Nasution, Parlimen Machang Apa Cerita?

Skang ni Saifudin Nasution masih sibuk lagi dgn isu lembu NFC, sibuknya Saifudin dgn kebajikan lembu hingga lupa hak kebajikan rakyat yg diwakilinya di parlimen Machang.

Ini yg orang kata kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat-buat tak peduli. Pagi petang siang malam hanya tahu duk check kain orang alih-alih kain sendiri yg koyak rabak dia tak tahu.

Saifudin Nasution ni antara beberapa player import yg carik makan utk jadi YB segera di Kelantan dgn bermodalkan sokongan solid ramai penyokong Pas. Continue reading

Seks Tandas Masjid Di Kelate…

Seminggu dua lepas kita dikejutkan dgn pengisytiharan ‘kenabian’ Nik Aziz oleh Ostaz Budak terencat. Sehari dua lepas pulak Ostaz badrul amin pi declare Anwar adalah bakal Imam Mahdi.

Setahun dua lepas, puak Pas dah declare Guan Eng sebagai kholipah lalu namanya di aminkan dlm doa khutbah jumaat oleh seorang pemuja Pas.

Pendek kata dah cukup ngam la. sorang di tabal sebagai ‘nabi’, yg soang lagi di angkat sbg ‘imam mahdi’ dan sorang kafir di anggap sebagai ‘khalifah’. Continue reading

Sesat Di Hujung Jalan, Balik Ke pangkal Jalan…

Malam tadi entah utk kali ke berapa aku hanyut dalam ‘kesesatan’. Dek kerana ‘jahiliah  & kesesatan’ itu menyebabkan aku menemui banyak ‘lorong-lorong kegelapan’.

‘Lorong kegelapan’ yg selama ini memang kerap aku temui semenjak 2, 3 tahun lampau, tapi malam tadi terasa macam makin banyak ‘lorong kegelapan’ baru yg menerjah kehidupan aku dan tentu sekali ramai yg lain di Selangor ni.

Entry kali ni aku nak berkongsi kelemahan aku yg amat kerap menyebabkan kehidupan aku berada dlm ‘kesesatan & jahiliah’. Continue reading

Menjelang Lambaian Sungai Buloh…

9 Januari 2012 hanya tinggal kira-kira 2 minggu lebih saja lagi. Pejam celik pejam celik akan sampai jugak detiknya tu.

Pada hari tu dijangkakan pihak mahkamah akan membuat keputusan samaada membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat Saiful Bukhari ataupun menghantar kembali Anwar ke  istana Sungai Buloh.

Kalau kita imbas semula perbicaraan yg mencatat rekod penangguhan paling banyak di Malaysia tu dek angkara pelbagai alasan remeh temeh ciptaan Anwar & peguam belanya, rasanya kita dah boleh agak ke mana perginya nanti Anwar selepas 9 Januari nanti. Continue reading

Bank Dunia: Bangang Seorang Bernama Anwar…

Anwar dah masuk tahap menopaus, akal dah jadi sejemput hingga ingat-ingat lupa bahawa sepanjang 8 tahun dia jadi Menteri Kewangan ada 10 pinjaman yang dilakukan dengan Bank Dunia.

Anwar sudah lupa agaknya yg Malaysia dah berurusan dgn Bank Dunia sejak 1958 dan peranan Bank Dunia dengan Malaysia lebih kepada pinjaman utk projek pembangunan.

Jauh bezanya dengan dana bantuan kewangan menyelesaikan krisis matawang yang nak dihulur oleh IMF pada tahun 1997 & 1998 yg bersifat cekik darah.

Continue reading

Demo Si Anti AUKU Bikin Peniaga Marah…

Demo anti AUKU kononnya bertujuan utk meminta ‘hak’ studnet utk berpolitik & bebas menyalurkan pendapat rupanya di masa yg sama depa terlupa yg depa telah memijak hak orang lain khususnya para peniaga.

Kehadiran pemimpin PKR terutama sekali Lathefa Koya membuktikan demo jalanan yg tak bertamadun tu di organize oleh PKR yg tentu sekali cuba memainkan sentimen segelintir student utk kepentingan politik PKR. Continue reading

Anaknya Termengandung Kerana UMNO?…

Sebutlah apa saja kesalahan, apa saja masalah… pastimya nama UMNO tak lepas daripada zikir harian penyokong & pemimpin Pas.

Hatta kalau ada sekor dua kucing peliharaan pemimpin Pas mati dek kerana di langgar jentolak, sure punya mangsa pertama yg akan dikutuk oleh Pas ialah UMNO.

Lepas tu bertebaranlah seluruh jagat raya, teori konspirasi itu ini. Lagi sensasi sesuatu kes maka lagi laju teori konspirasi yg dikaitkan dgn UMNO akan meniti dari mulut ke mulut penyokong & pemimpin Pas. Continue reading

‘Cerdik’ Seorang Pemimpin…

Ada pepatah menyebut “cerdik tak boleh ditumpang, bodoh tak boleh di ajar” yg menggambarkan tahap mentaliti seseorang yg cerdiknya langsung tak bawak faedah.

Biasanya pepatah ni sesuai utk seseorang yg suka menunjuk-nunjuk hingga akhirnya kelihatan terlebih bodoh dari resam biasa.

Gitulah yg terpapar dalam gambar di bawah. Aksi luar tabie seorang pemimpin pujaan totok Pas yg beria-ia menonjolkan sikapnya yg mahu digambarkan sebagai berjiwa rakyat & gemar bekerja, alih-alih malu yg dapat dek kebodohan sendiri. Continue reading

Ibu Ahli Parlimen DAP Dapat Bantuan BN?…

Biar betul seorang makcik tua terpaksa memohon bantuan daripada komponen BN walaupun anaknya adalah seorang ahli parlimen yang bergaji ribu riban tiap bulan.

Dengarnya si ibu sakit jantung tapi tak dapat perhatian sewajarnya daripada si anak yang bergelar YB walaupun khabarnya suami dia adalah seorang doktor di Hospital Serdang.

Hmm, biar betul. Rasa macam mustahil pulak kalau si anak gagal beri perhatian. Sesapa yg ada sumber asal drpd paper Cina elok sama-sama kongsi, sambil tu boleh kita study bahasa Cina. Continue reading

Bershit 3.0: Mat Sabu Ketuk Tong Kosong…

Wah.. bukan main garang Mat Sabu duk kempen keliling kampung sambil war-warkan planningnya utk mengadakan Bershit 3.0 Februari 2012 ni.

Ni katakanlah jadi Bershit 3.0, ntah sapa pulak yg akan berlakon mati hidup kembali, ntah sapa pulak yg akan menjauhkan diri daripada masjid semata-mata utk solat atas jalanraya dan sapa pulak la yg akan kelentong kata pajero polis langgar motor dia.

Pembangkang di Malaysia ni memang dah tahap kering idea dan makin lama makin nampak tembelang depa yg suka kepada demonstrasi jalanan berbanding kerjabuat berbakti kepada rakyat. Continue reading

Nik Aziz Tertekan & Keletihan…

Kesian Nik Aziz, tertekan berbenor gamaknya dgn isu ‘penabalan’ beliau sebagai ‘nabi’ oleh ostaz budak terencat.

Mana taknya, dalam duk pening kepala dgn perebutan jawatan MB oleh 3 kelompok berlainan dlm Pas Kelantan, skang timbul pulak ostaz terencat yg memandai pi declare dia sebagai ‘nabi’.

Jenuh Pok Nik duk bersilat mulut sampai terpeleot lidah, tai chi sana kungfu sini alih-alih dah tak larat sangat nak menjawab, senang cerita guna alasan keletihan sajalah sambil berharap isu ni akan pudar & dilupakan. Continue reading

Mat Sabu Gagal Saman Utusan…

Akhirnya kebenaran berjaya menerangi lorong-lorong kegelapan. Mat Sabu ataupun ada jugak sesetengah bloggers memanggilnya sebagai Marx Sabu telahpun hampir sampai ke penghujung hayat politiknya.

Kontroversi ucapan Mat Sabu yang pro Mat Indera Komunis bakal menutup tirainya dengan ending yang akan tercatit dalam sejarah tanahair sebagai titik noda yg memalukan parti Pas.

Ratusan ribu perwira tanahair dan sanak saudara mereka pastinya menadah tangan & meraup muka tanda kesyukuran betapa akhirnya terbukti fakta sejarah keganasan komunis tak dapat dipadamkan oleh satu dua ucapan politik kepartian yg jumud. Continue reading

Slogan Kebajikan Tapi Cekik Darah Bumiputera…

Beria-ia Pas & PR melaungkan slogan negeri berkebajikan di Selangor terutamanya hinggakan tiap kali tibanya khutbah Jumaat slogan negeri berkebajikan pun diselitkan sama.

Walhal hakikatnya slogan hanya tinggal slogan, sama seperti slogan kepimpinan ulama dan membangun bersama Islam yang kini sudah di tong sampahkan.

Kerja buat slogan paling mudah, senang dan enteng. Sebab tu ajalah kemampuan Pas dan PR. Continue reading

Pas Rela Jadi Kuda Tunggangan DAP…

Berat sangat dah Pas punya mentaliti ni. Terang-terangan Pas dah mengakui depa jadi kuda tunggangan DAP dan rela bila-bila masa dan di mana saja untuk diperkudakan oleh DAP.

Tapi kira ok la tu, sbb pemimpin utama Pas sendiri dah mengaku secara terbuka yg selama ni Pas memang diperkuda dan dikeldaikan oleh DAP & PKR dalam PR.

Tujuan asal Hadi tu konon nak tunjuk yg Pas ni lebih mulia berbanding UMNO, tapi tak pasal-pasal backfire semula atas dahi dia sendiri. Continue reading

Ulama Adalah Nabi: Nik Aziz Cuci Tangan…

Bukak mulut juga akhirnya Nik Aziz berhubung isu ostaz budak yg menyalahtafsirkan maksud “ulamak pewaris nabi”.

Cuma agak hampa bagi ramai penyokong Pas yg duk mengharapkan Nik Aziz akan bertindak berani dengan mengeluarkan kenyataan berunsur nasihat & teguran terhadap kelancangan mulut ostaz budak tu.

Harapan hanya tinggal harapan sajalah utk totok Pas yg ramai antara mereka kelu mulut dan terpeleot lidahnya utk menjawab keterbabasan ostaz pujaan depa tu. Continue reading

Baiah UMNO vs Baiah Pas…

Tak semena-mena timbul idea perwakilan UMNO yg mahukan ahli & pemimpin UMNO melakukan baiah sebagai satu cara akujanji untuk setia pada parti.

UMNO dah hilang pedoman ka hingga meniru gaya Pas dalam memastikan ahli & pemimpinnya kekal bersama parti?

Dalam Pas memang dah diketahui sekian lama, sumpah baiah dilaksanakan dgn satu tujuan utk mengelakkan wakil rakyatnya melombat parti atau berpaling tadah.

Galang ganti hukuman jika ada wakil rakyat Pas yg berpaling tadah atau menyeberangi ke parti lawan ialah jatuh talak 3 ke atas isteri wakil rakyat tersebut. Continue reading