Kekecohan Di Mesir, Kekalutan Di Malaysia…

Sibuk serata dunia membicarakan gerakan rakyat di Mesir dalam percubaan mereka menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak yg telah berkuasa sejak 3 dekad lalu.

Kecederaan dan kematian bukan sedikit selama lebih seminggu kekecohan tercetus hasil inspirasi kejatuhan pemimpin Tunisia sebelumnya gara-gara gerakan yg sama.

Dalam sibuk mata kita tertumpu kekalutan di Mesir, tiba-tiba ada pulak segerombolan penyangak di Malaysia yg turut berdemontrasi utk menyokong gerakan di Mesir.

Di masa yg sama mereka yg berdemo di kedutaan Mesir itu jugaklah mendesak kerajaan mempercepatkan proses menyelamatkan lebih 11,000 rakyat Malaysia yg terperangkap dalam kekecohan gerakan rakyat di sana.

Entah di mana letaknya akal fikiran penyangak di Malaysia melakukan demo itu, sedangkan tindakan tersebut nyata menyulitkan lagi usaha kerajaan Malaysia utk membawa balik warganegara kita dari sana secepat mungkin.

Urusan penghantaran bantuan makanan, kapal terbang dan kapal laut memerlukan kerjasama & keizinan kerajaan Mesir dan bila segelintir si bodoh sombong di Malaysia berdemo menghentam kerajaan Mesir sekarang ini, apa faedah boleh kita dapat?

Cuba bayangkan jikalau kerajaan Mesir enggan membenarkan kemasukan bantuan Malaysia ke sana dan menghalang pesawat serta kapal TUDM KD Bunga 5 memasuki ruang udara dan laut mereka, apa kesanya? Pernah fikir wahai si lancau politik Pas dan PKR?

Ini lah susahnya bila pemimpin politik bertindak ikut nafsu dan mengutamakan populariti berbanding khidmat utk rakyat. Tindakan mereka seperti mengsabotaj usaha kerajaan membawa balik para pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Itu belum di ambil kira wujudnya usaha segelintir blogger dan website pro Pas dan PKR yg mengadu domba isu kekecohan di Mesir hingga menyebabkan sesetengah ibubapa di sini ketakutan dan risau keselamatan anak-anak dan saudara mara mereka di sana.

Mereka menyebarkan berita kononnya ada pelajar Malaysia yg di rogol malah ada yg mati. Dalam pada menyebarkan cerita bohong dan karut, sempat pulak mereka menghentam kerajaan Malaysia kononnya lambat bertindak.

Mungkin kerana hidup seharian gerombolan penyangak di Malaysia ini dan juga penyokong mereka yg lain yg kerja harian mereka hanyalah terhad pada aktiviti ceramah dan jual air liur sambil mengutip derma upah berceramah, maka tak peliklah bila mereka sengaja melupakan tatacara dan prosedur yg perlu dilalui sebelum sebarang usaha menyelamat dilakukan melibatkan wilayah negara lain.

Di Mesir sekarang ada sejumlah 11 ribu lebih penuntut dan rakyat Malaysia lain, adakah kerja-kerja membawa balik mereka ke sini dgn selamat semudah Nik Aziz berceramah saban hari di pentas ceramah, hanya bermodalkan mulut dan air liur?.

Senangkah urusan menyelaraskan operasi menyelamat 11 ribu manusia yg berada merata tempat di daerah yg bukan milik kedaulatan Malaysia?

 

 
 


 

Bercakap dan komplen memang semudah Anwar Ibrahim menabur janji itu ini, hakikat perlaksanaanya memerlukan penglibatan ramai pihak termasuk tentera dan kelengkapannya, bantuan MAS dan AirAsia, pihak kedutaan Mesir di sini dan kedutaan Malaysia di sana, kebenaran memasuki ruang udara dan laut Mesir dan segala macam operasi yg pastinya memerlukan tindakan tersusun & prosedur teratur.

Dalam hal kekecohan di Mesir mereka ‘bijak’ mendesak kerajaan menyelamatkan rakyat Malaysia daripada menjadi mangsa kekalutan di Mesir, tapi mereka si penyangak di sini lupa yg mereka jugaklah kaki demo dan perusuh sialan yg banyak menyusahkan rakyat Malaysia sebelum ini dengan demo jalanan dan rusuhan sana sini.

Memang dasar sialan dan jahil tukil. Mereka tahu sebenarnya demostrasi jalanan boleh membawa kepada ketidaktentuan sekaligus menyebabkan kekacauan berlaku, nyawa boleh melayang dan ramai yg akan tercedera bilamana keadaan gagal dikawal dan semangat hantu naik atas kepala.

Mesir dan Tunisia adalah contoh mudah dan dekat utk difahami betapa kehidupan seharian bakal terganggu bila kemarahan dan kacau bilau menguasai jiwa. Anak kecil kelaparan, ibu ayah tua ketakutan, remaja dan anak muda di belasah, nyawa menjadi taruhan, ekonomi negara pula tergugat hasilnya kekacauan akan kian meningkat.

Di sudut hati mereka faham natijah buruk disebalik demo jalanan yg bila-bila masa boleh menjadi hilang kawalan, tapi benda itulah yg mereka gemar lakukan saban tahun demi politik hasil hasutan gampang pemimpin mereka sendiri.

Tapi pernah mereka ambil iktibar daripada setiap sesuatu kejadian buruk di luar negara itu utk kebaikan rakyat? Tidak sama sekali. Yang banyak mereka ambil adalah cedok kekalutan dan kecauan di sana utk di aplikasikan pula di sini demi hasrat memenuhi matlamat politik sempit hasil hasutan pemimpin mereka yg  fikirannya dihantui niat jahat celaka lagi sialan.

Itulah namanya politik gampang dan bodoh sombong yg menjadi pilihan dan method gerakkerja Pas mahupun PKR. Menyusahkan rakyat kemudian meletakkan bebannya utk dipertanggungjawabkan pada bahu kerajaan.

Pesawat pertama bawa rakyat Malaysia dari Mesir tiba di KLIA awal pagi esok

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Pesawat pertama dalam misi membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi esok.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, penerbangan pertama membawa 309 orang termasuk pelajar serta mereka yang uzur dan wanita mengandung itu akan berlepas dari Kaherah, pada 1 tengah hari ini waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).

Beliau berkata, satu lagi penerbangan akan turut berlepas pada waktu yang sama dan akan membawa 345 orang pelajar Malaysia namun pesawat itu akan mendarat di Jeddah sebelum berpatah balik ke Kaherah untuk menyambung misi.

Shahlan kini berada di Kaherah untuk memantau keadaan di negara yang bergolak itu atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, esok kerjasama antara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Air Asia dan Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) akan melakukan 12 kali penerbangan membawa pelajar dan rakyat Malaysia keluar dari Kaherah.

“Tiga pesawat iaitu dua Air Asia dan satu pesawat MAS akan terbang terus ke KLIA. Bagaimanapun tiga pesawat Charlie C-130 milik TUDM akan melakukan penerbangan ulang alik dari Kaherah ke Jeddah di Arab Saudi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Shahlan berkata, operasi membawa keluar melalui jalan udara melibatkan pemindahan kira-kira 1,000 orang rakyat Malaysia.

Beliau berkata Sabtu ini pula, sebuah kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) KD Bunga Mas 5 akan membawa keluar kira-kira 500 orang pelajar dan rakyat Malaysia dan dijangka terus belayar ke Pelabuhan Klang.

Shahlan berkata, keseluruhan operasi melibatkan 5,000 orang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir.

Katanya, kerajaan melalui Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara sedang melakukan yang terbaik untuk membawa keluar semua 11,000 rakyat Malaysia di Mesir.

“Kita gerakkan pelajar dari semua bandar seperti Kaherah, Iskandariah, Mansoura, Tartar dan Zagazig serta semua bandar-bandar kecil yang lain jadi ia memerlukan perancangan yang teliti.

“Kita berharap semuanya akan berjalan lancar dan operasi pemindahan seterusnya akan dirancang sebaik selesai perancangan pertama misi membawa pulang,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s