Tony Pua Yang Dapat Notis Tuntutan, Lim Kit Siang Pula Yang Demam

betina-bodoh[1]Dua tiga hari lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada Tony Pua meminta Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu meminta maaf dan menarik balik kenyataan fitnah olehnya yang menggambarkan Datuk Seri Najib sebagai pemimpin korup.

Kegagalan Tony Pua berbuat demikian dalam tempoh 14 hari atau jika jawapan balas oleh ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu tidak memuaskan hati maka terdapat kemungkinan Datuk Seri Najib akan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan perundangan berupa permohonan injuksi dan saman malu.Notis Tuntutan DS Najib Kepada Tony Pua

Kenyataan fitnah yang dimaksudkan itu diucapkan oleh Tony Pua di satu majlis anjuran DAP Petaling Jaya pada 3 November 2014 berkaitan isu hutang dan kerugian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang hangat disensasikan oleh pemimpin pakatan pembangkang sejak dua tiga minggu lepas.

Berikut adalah transkrip petikan kata-kata Tony Pua di majlis tersebut;-

“Inilah masalah Barisan Nasional. Tiada siapa yang berani bantah Perdana Menteri, dan Najib sekarang seperti raja. Raja yang menimbulkan skandal terbesar dalam sejarah Malaysia. Besar! Tiada siapa yang berani bersuara, tiada, sama ada pemimpin MCA atau Gerakan atau pemimpin Umno.

“Amat memalukan skandal milik 100% entiti Menteri Kewangan dengan Lembaga Penasihat dipengerusikan Perdana Menteri sendiri tidak mampu menyerahkan akaun tepat pada masanya terutamanya apabila syarikat besar dan menjadi tumpuan dengan hutang 36 bilion.

“Hanya satu sebab ini boleh berlaku. Sebabnya adalah semua MCA, MIC, Gerakan tidak berani mencabar Perdana Menteri mereka sendiri, semuanya kata okay okay terima kasih, teruskan dan rompak duit rakyat.”

Sesiapa sahaja yang mendengar atau membaca kenyataan Tony Pua di atas akan faham maksud keseluruhan tiga perenggan ayat di atas secara jelas telah memfitnah Datuk Seri Najib yang digambarkan sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur atau autokratik, terbabit dalam skandal terbesar, korupsi serta terlibat merompak wang rakyat.

Datuk Seri Najib walaupun memikul beban sebagai Perdana Menteri, namun beliau tetap ada hati dan perasaan, ada maruah harga diri dan beliau ada hak untuk mempertahankan diri dari terus difitnah sedemikian rupa. Oleh itu beliau berhak mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya.

Menariknya apabila kisah Perdana Menteri menghantar tuntutan kepada Tony Pua sampai ke pengetahuan Lim Kit Siang, tak semena-mena Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah itu menggesa Datuk Seri Najib supaya tidak menyekat perbahasan di Parlimen mengenai isu 1MDB. Selanjutnya…

One thought on “Tony Pua Yang Dapat Notis Tuntutan, Lim Kit Siang Pula Yang Demam

Leave a comment