Pengaruh Pas Kian Lemah…

Bukan lagi rahsia dikalangan umat Islam, parti Pas kini telah dianggap sebagai gunting dlm lipatan & api dlm sekam terhadap perpaduan & kekuatan politik Islam.

Ramai yg semakin menyedari peranan Pas dalam melemahkan kekuatan pengaruh politik Islam di Malaysia apatah lagi selepas pasca PRU 2008 tindak tanduk Pas lebih menjurus kepada kepentingan politik parti hingga mengadaikan prinsip perjuangan Islam kepada DAP.

Kalau dulu, Nik Aziz dan Pas pernah dianggap suara umat Islam kedua berpengaruh selepas UMNO malah hingga satu peringkat setiap kenyataan Nik Aziz dianggap karomah yg mesti ditaati sekarang sebaliknya yg berlaku.

Di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang misalnya pengaruh Pas kian lama  kian menyusut berikutan protes senyap yg berlaku dikalangan ahli & penyokong kuat Pas selepas PRU 2008 dulu semakin merebak menjadi barah yg merunsingkan kalangan think tank dalam Pas.

Percubaan Pas utk meletakkan diri sebagai juara isu masyarakat bukan Islam dan penyerapan ideologi liberal dikalangan pemimpin & penyokongnya menyebabkan ramai golongan sederhana dalam parti makin menjauhi Pas.

Mengubah asas kekuatan Pas daripada perjuangan Islam kepada pendekatan liberal bukan sahaja menyebabkan kejutan pemikiran dikalangan ramai penyokong kuat mereka malah seumpama meletakkan taraf Pas menjadi lebih rendah berbanding UMNO.

Sementelah lagi pembawaan ramai pemimpin Pas yg gemar menyapu masalah ke bawah karpet dan meletakkan beban kelemahan sendiri di bahu UMNO mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan yg gawat dikalangan penyokong bawahan mereka.

Kerana itu di Kelantan umpamanya kian ramai pimpinan peringkat kawasan dan ranting lebih banyak berdiam diri dan malu alah utk terus aktif dlm kebanyakan aktiviti Pas negeri.

Tambahan pula kebanyakan keputusan pilihanraya kecil termasuk terbaru di DUN Tenang, Johor secara jelas menunjukkan pengaruh Pas di kalangan orang Melayu Islam saban waktu kian mengucut termasuklah pengurangan undi yg agak ketara di Manek Urai dan Galas tempohari turut meyakinkan ramai penyokong & ahli Pas utk mula menyumbang tenaga dengan membantu UMNO.

Pandangan umum terutama dikalangan generasi muda dan lebiih separuh warga tua di Kelantan kini lebih memihak kepada UMNO & BN, faktor  Nik Aziz waktu ini seumpama liabiliti besar utk Pas di Kelantan dan Malaysia amnya.

Kalau dulu ramai beranggapan UMNO pasti terus gagal menguasai Kelantan selagi Nik Aziz menjadi MB, terkini pandangan sedemikian tidak lagi menjadi taboo sebaliknya semarak rakyat Kelantan sekarang umumnya menanti masa utk menghumban Nik Aziz dan Pas ke lembah hina.

Berdasarkan situasi hari ini, jika pilihanraya diadakan sekarang UMNO/BN diyakini mampu menguasai kembali Kelantan dgn menawan sekurang-kurangnya 9 Parlimen dan 29 kerusi DUN Kelantan.

Rata-rata di sekurang-kurangnya 36 kawasan DUN Kelantan, terdapat 3 kumpulan besar bekas pemimpin, penyokong & ahli Pas yg bergiat aktif membantu UMNO Kelantan memberi penerangan secara berkelompok terhadap pemimipin & ahli Pas kawasan dan peringkat ranting sejak hampir 2 tahun lalu.

Hasil bantuan mereka ditambah pula dengan suasana politik yg kian menyebelahi UMNO/BN diseluruh negara menyebabkan kebanyakan aktiviti Pas sedikit suram hingga beberapa kali dilaporkan pernah dibincangkan kesannya oleh pemimpin Pas negeri dan pusat dalam mesyuarat aktivit parti sedikit waktu dulu.

Jangan terkejut menjelang bulan Mei 2011 nanti Nik Aziz & Pas Kelantan bakal digegarkan dgn beberapa kejutan yg bakal merobekkan lagi kekuatan Pas di kalangan orang Islam. Ianya menarik kerana kejutan tersebut datangnya dari dalam Pas yg pastinya UMNO yg bakal meraih keuntungannya kelak.

Di bawah ini disiarkan petikan berita sekadar selingan permulaan yg tidak begitu mendebarkan utk Pas Kelantan terutamanya.

33 ahli Pas isytihar keluar parti

ZAWAWI Othman (dua kanan) bersama bekas penyokong Pas Cawangan Gong Kala di Pasir Puteh, Kelantan yang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO, semalam. – Utusan/ Torek Sulong

 

PASIR PUTEH 18 Feb. – Kubu kuat Pas di Cawangan Gong Kala di sini goyah apabila 33 ahlinya, termasuk bekas pemimpin bertindak mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Antara yang berbuat demikian ialah bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Gong Kala, Mohd. Zawawi Hanapi, 35, dan bekas Ketua Pas Cawangan Dalam Huma, Amran Mat Daud, 33, bersama pengikut serta ahli keluarga mereka.

Mohd. Zawawi berkata, tindakannya keluar Pas adalah ikhlas berikutan keprihatinan pucuk pimpinan UMNO dan pemimpin tempatan yang bersikap cakna terhadap kebajikan rakyat walaupun mereka bukan wakil rakyat.

Beliau berkata, pemimpin UMNO tempatan sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat dan berusaha membela nasib mereka dengan menyediakan pelbagai prasarana diperlukan.

“Kelibat dan perkhidmatan mereka lebih terserlah kalau dibandingkan dengan wakil rakyat kerajaan negeri. Kami berikrar untuk membantu UMNO mencapai kemenangan dalam pilihan raya akan datang,” katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis pengisytiharan menyertai UMNO dan ramah mesra bersama Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di kampung berkenaan di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung, Yassin Awang Kecil.

Mohd. Zawawi mengakui, tindakan keluar Pas yang seolah-olah sebati dengan diri mereka selama ini, turut didorong oleh penerangan bekas ahli-ahli Pas yang telah menyertai UMNO.

Sementara itu, Amran berkata, kenyataan mengelirukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pelbagai isu sejak kebelakangan ini memberi kesedaran kepada mereka untuk berfikir secara lebih rasional mengenai perjuangan Pas.

Menurutnya, pemimpin Pas juga sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap UMNO termasuk isu kafir-mengkafir dan memandang rendah sesama Islam.

“Sikap seperti inilah yang membuatkan kami sedar dan jemu dengan retorik politik Pas yang kami sanjung selama ini,” katanya

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi ketika ditemui berkata, pihaknya akan meningkatkan majlis penerangan dari rumah ke rumah dalam usaha menyedarkan ahli Pas mengenai perjuangan ikhlas UMNO membela agama, bangsa dan negara.

“Gelombang perubahan yang berlaku kebelakangan ini adalah petanda awal kemenangan akan memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

One thought on “Pengaruh Pas Kian Lemah…

  1. Sampai masanya perangai buruk PAS didedahkan demi kepentingan masyarakat Islam. Dedahkan bagaimana golongan yang pernah diingatkan oleh Rasulullah S.A.W akan kewujudannya, bahaya golongan ini yang bertopengkan Islam. Golongan yang mendakwa lebih Islam tetapi mengkafirkan golongan Islam lain semata-mata kerana bukan dari puak mereka. Ciri-ciri ini jelas ada dalam PAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s