Nik Aziz Lupa, Sejak Dulu Lagi PAS Dibuli DAP

Nik Aziz Lena Di Buai MimpiDalam artikel sebelum ini penulis mengupas perihal ketakutan Nik Aziz akan bahaya risiko jatuh kali kedua dalam lubang yang sama. Sekarang kita beralih pula pada hakikat bahawasanya PAS sebenarnya sehingga sekarang sudah tiga kali jatuh lubang yang sama.

Lubang Pertama di mana PAS mula-mula jatuh segala-galanya bermula sekitar tahun 1988, ketika itu UMNO berpecah dua gara-gara kewujudan kem atau puak dalam UMNO berikutan perebutan jawatan Presiden di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Continue reading

Tiga Kali Jatuh Lubang Sama, Nik Aziz Sudah Lupakah?

Sehari dua sebelum PRK DUN Pengkalan Kubor baru-baru ini, Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam salah satu kempen ceramahnya berkata antara sebab kerjasama dengan UMNO ditolak adalah bagi mengelakkan PAS jatuh dua kali dalam lubang yang sama.

Kata Nik Aziz, cukuplah kerjasama PAS dan UMNO pada pertengahan tahun 1970-an dulu waktu sama-sama membentuk dan merintis kepada penubuhan Barisan Nasional (BN) sebagai iktibar, yang mana kemudiannya berakhir dengan tindakan BN menendang PAS keluar dari gabungan tersebut. Continue reading