Bible Bahasa Melayu Dipulangkan, Tapi Tak Menjawab Persoalan Kenapa Ada Di Selangor

murtad[1]PENULIS menyokong penuh keputusan Istana Selangor ‘menghapuskan’ 351 bible bahasa Melayu/Iban yang dirampas 9 bulan lepas dengan cara menyerahkannya kepada pertubuhan gereja ACS yang berpengkalan di Sarawak.

Memang isu ini macam dah selesai tapi nampak sangat ada yang tak kena dengan MAIS sehingga nak tunggu pertukaran Menteri Besar baru nak buat keputusan tersebut. Mungkinkah ini kes politik polong (sendiri buat hal, sendiri selesaikan) untuk cemar pentadbiran terdahulu, penulis tidak tahu.

Bagaimanapun, jika tujuan semua pihak dalam perkara ini (MAIS & ACS) ikhlas betul – betul nak selesaikan masalah, maka penulis mahu dicari jawapan kenapa kitab – kitab itu boleh berada di Selangor? Apakah yang menyebabkan kitab – kitab yang sepatutnya digunakan di Sarawak – negeri yang tidak menghalang kalimah Allah digunakan dalam Bible, boleh berada di Selangor?

Soalan ini penting untuk dijawab sebab sebelum ini Selangor pernah dikejutkan dengan cubaan memurtadkan orang Islam di sebuah gereja di Damansara Utama. Penulis yakin semua ini ada kaitan dan perlukan siasatan. Selanjutnya baca di MyKMU.Net…

Leave a comment