Anwar Jaja Mata Lebam Untuk Raih Publisiti Murahan

Anwar RayuMakin dekat tarikh 28 & 29 Oktober 2014 kelihatan makin terdesak Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dibuatnya hingga terpaksa diolah semula kisah dia ditumbuk sampai lebam sebelah mata oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Nor pada 1998 dulu untuk meraih simpati dan publisiti murahan.

Kata Anwar kalau ditakdirkan dia dipenjarakan sekali lagi, “tolong jangan pukul saya lagi.” Alahai,… syaduhnya rayuan dari seorang politikus haprak yang berada dalam kebimbangan kalau-kalau hayat politiknya akan berakhir di sebalik tirai besi di istana Sungai Buloh.

Bagi balaci PR yang umur setahun jagung atau yang sudah tua bangka tapi hilang ingatan, mungkin bila mendengar rayuan sedemikian boleh membangkitkan kembali semangat untuk mereka meramaikan himpunan dan demonstrasi ‘Rakyat Hakim Negara’ anjuran PKR di perkarangan mahkamah persekutuan kelak. Continue reading

Kenapa DAP Menggelabah Bila Utusan ‘Serang’ Kongsi Gelap?

ADUN Kuala SepetangSejak Sabtu lalu Utusan Malaysia melaporkan beberapa siri pendedahan dan rencana khas mengenai kegiatan jenayah terancang di Kuala Sepetang, Perak yang turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada sabtu lalu Utusan menerbitkan laporan eksklusif, “Mafia Kuala Sepetang Bermaharajalela”. Pada Ahadnya, akhbar Mingguan Malaysia memaparkan lanjutan pendedahan tersebut di bawah tajuk “Di Sebalik Wajah Polos Kuala Sepetang”, dan hari ini sekali lagi tajuk muka depan akbarnya dengan tajuk “Robin Hood Berkuasa?”

Sungguhpun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan kewujudan kumpulan mafia menjadi dalang kegiatan haram dan jenayah di Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga seperti yang dilaporkan dalam akhbar hari ini. Continue reading

Chegu Bard Dedah 2 ADUN DAP & 3 ADUN PKR Tolak Wan Azizah

pas-dap-pkr[1]Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor yang baru dilantik lebih kurang sebulan yang lalu bagi menggantikan Khalid Ibrahim rupa-rupanya belum boleh merasa selesa kerana sudah ada pertikaian dan tanda-tanda awal wujudnya cubaan untuk mengganggu-gugat kedudukannya sekarang.

Gangguan yang dimaksudkan itu bukannya datang dari BN apatah lagi UMNO sebaliknya merupakan gerakan dari dalam PKR sendiri yang kelihatannya sengaja mahu mencabar kewibawaan Azmin selaku MB yang dipilih dan direstui Sultan Selangor.

Seminggu dua yang lepas perkhabaran sebegini dianggap sebagai perang saraf UMNO oleh penyokong PR, kali ini harus mereka meloncat sakan kerana yang mempertikaikan perlantikan Azmin sebagai MB datangnya dari pemimpin PKR sendiri iaitu Chegu Bard atau nama penuhnya Badrul Hisham Saharin. Continue reading