Imbasan Isu Komunis & Mat Sabu

Saat ini soldadu-soldadu pro Mat Indera Komunis sedang bertempik sakan konon kata mereka bagi meraikan kemenangan moral yang pertama selepas salah seorang pengadu dalam isu Bukit Kepung, Visva Nathan menarik semula laporan polis terhadap Mat Sabu.

Isunya mudah tak perlu berbelit. Bekas pesara polis tersebut membuat laporan mendakwa Mat Sabu memburukkan nama baik anggota polis dan keluarganya berikutan ceramah Mat Sabu mengangkat Mat Indera Komunis sebagai hero kemerdekaan. Continue reading

Kantoi Menipu Pendidikan Percuma, Pembangkang Beralih Ke Isu Kapal Selam Pula…

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu scorpene adalah isu paling hebat yang boleh dimainkan oleh pembangkang dalam menuju pilihanraya yang akan datang.  Dalam kebanyakan isu-isu lain, pembangkang begitu mudah terkantoi atau tertembak kaki sendiri kerana terlalu mudah untuk dipatahkan.

Tetapi, apabila sesuatu isu membabitkan angka dan juga pihak luar negara seperti pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, ia akan lebih mudah untuk dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat.   Continue reading

Senyap-Senyap Khalid Suruh UNISEL Merayu…

Chaiss… iya-iya je pendidikan percuma konon. Last-last diarahkan juga UNISEL pi merayu bantuan Menteri minta PTPTN diteruskan untuk pelajar Unisel.

Kot kalau hebat sangat, buat apa pi rayu kemudahan pinjaman PTPTN? Bagi je la terus yuran belajar percuma dan tanggung semua kos sara hidup student sampai habis pengajian.

Hangpa nasib baik pak menteri BN jenis hati lembut, kalau aku la… sah-sah aku beku pinjaman tu sampai September atau Oktober. Continue reading

Pendidikan Percuma Alaf Baru, Jual Tanah Gadai Aset…

Sehingga ke saat ini, aku belum mendengar walau seorangpun pemimpin puak Pakatan yang menyalahkan para mahasiswa yang mereka hasut dulu untuk berdemo agar pinjaman PTPTN dihapuskan dan hutang pinjaman sedia ada dimansuhkan.

Apa ke pemimpin Pakatan ni memang tak ada telur? Kenapa nak salahkan kerajaan BN? Kenapa nak salahkan PTPTN? Yang mintak hapus dulu bukannya kerajaan BN. Yang sokong bebudak sewel tu dulu juga bukannya pemimpin BN. Continue reading

Rafizi Nak Saman PTPTN…

Huk aloh la… karut sungguh puak-puak pakatan haramjadah ni. Ke hulu ke hilir maki dan fitnah PTPTN kononnya menindas pelajar dan membebankan.

Bila PTPTN jentik telur skit terus menggelupur tak cukup tanah. Puak dia yang duk gebang kata PTPTN tak diperlukan, bila dibekukan sebentar pinjaman untuk UNISEL, boleh pulak nak di saman PTPTN.

Kongkalikong sungguh pembangkang di Malaysia ni. Continue reading

Nurul Izzah Lari Ke Nibong Tebal?

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak nyenyak tidur kebelakangan ini. Punca utamanya ialah kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diserang saban hari oleh pakatan pembangkang tidak menunjukkan sebarang hasil.

Ini amat mengecewakan Anwar dan kuncu-kuncunya di dalam Pakatan Rakyat. Mereka mengharapkan kerajaan BN akan semakin lemah dan sokongan terhadap terhadap Perdana Menteri pula bertambah menurun. Continue reading

Kapal Dah Nak Karam… Pakat-Pakat Selamatkan Diri…

Jenuh Anwar Ibrahim sembang siang malam sampai basah lencun baju, tapi kian hari makin ramai pula yang lari. Mana boleh tahan beb… siang malam kena kencing dek Anwar, hancing satu kapal.

Yang masih mengekor belakang Anwar hanya tinggal golongan yang dah tertutup pintu hati saja. Yang mana ada akal, cerdik dan tahu menganalisis, cukup sekali dua kena kencing dan dikelentong dek Anwar, terus depa terjun kapal selamatkan diri. Continue reading

Agenda Jahat Pembangkang

Rusuhan peserta perhimpunan haram Bersih 3.0, lebih sebulan lalu, bukan sahaja telah menyerlahkan wajah sebenar pembangkang terutamanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mengejar impian hidupnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Malah Bersih membuka mata dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat sekelumit daripada perancangan jahat pembangkang jika berpeluang memerintah negara. Anwar akan sanggup membuat apa sahaja, walaupun membakar lebur negara dan bangsanya sendiri, asalkan beliau menjadi Perdana Menteri. Continue reading

Demi Kepentingan Peribadi, Anwar Memusuhi PTPTN… Kesannya?…

Cadangan Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak berpandangan jauh dan tidak mampu mencongak kesan atau akibat dari tindakan tersebut.

Menggunakan akal Pengajian Melayunya, Anwar melihat PTPTN hanya dari sudut sempit iaitu pinjaman kepada pelajar semata-mata.

Sedangkan impak dari penghapusan PTPTN bukan saja akan melibatkan para pelajar, tetapi semua pegawai dan kakitangan pentadbiran dan pengurusan pusat-pusat pengajian tinggi sama ada awam atau swasta serta termasuklah pejabat PTPTN itu sendiri. Continue reading

PRU 13: Berebut Kerusi Petanda PR Mahu Bungkus

https://xpressminda.files.wordpress.com/2012/06/anwarliwat.jpg?w=300Titik temu di antara DAP, PKR dan Pas yang melahirkan gabungan haram PR (tidak berdaftar) hanyalah bersandarkan faktor BN adalah musuh bersama, bukannya kerana mahu berkhidmat & menjaga kebajikan rakyat apatah lagi berhasrat memajukan negara.

Pengelutan dalaman terbaru yang melanda Pakatan Rakyat (PR) sekarang ini membabitkan perebutan kerusi DUN & Parlimen antara DAP & Pas Kedah misalnya hanyalah satu daripada ratusan bukti yang menunjukkan PR bakal menempah maut dalam PRU 13 kelak. Continue reading