Bila Anwar Komen Rusuhan Jalanan Di Mesir…

Rusuhan jalanan di Mesir yg turut menyebabkan kira-kira 11 ribu pelajar dan rakyat Malaysia terperangkap di sana turut mendapat perhatian daripada bapa demostrasi jalanan Malaysia, Anwar Ibrahim.

Benarkah Anwar mengambil berat hal ehwal rakyat yg terjejas dan kesan buruk demostrasi dan rusuhan jalanan terhadap rakyat? Entah daripada mana timbul rasa prihatin Anwar sukar dikesan. Adakah ini mimpi, illusi ataupun realiti?

Umpama melihat kucing dah tumbuh tanduk, macam tengok bapa ketam mengajar anaknya berjalan lurus. ha..ha..ha..

Kata Anwar “Keadaan semakin tidak menentu, keselamatan orang awam tidak lagi terjamin. Lebih membimbangkan adanya laporan bahawa wujudnya kumpulan samseng yang melakukan jenayah sewenang-wenangnya”.

Selanjutnya lagi Anwar mendendangkan kata-kata berikut “Adalah tidak munasabah membiarkan rakyat kita terdedah kepada bahaya dan tersepit di celah-celah keributan menuntut Perubahan. Saya menggesa kerajaan segera membawa pulang rakyat kita di sana. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur”.

Baca sepenuhnya di bawah;-

Segera Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Ketegangan di Mesir jelasnya tidak akan mengendur dalam beberapa ketika ini. Protes menuntut Perubahan disertai puluhan jika tidak ratusan ribu rakyat setiap hari di beberapa kota utama negara tersebut. Keadaan semakin tidak menentu, keselamatan orang awam tidak lagi terjamin. Lebih membimbangkan adanya laporan bahawa wujudnya kumpulan samseng yang melakukan jenayah sewenang-wenangnya.

Saya difahamkan rakyat Malaysia yang kini tinggal di Mesir hampir mencecah 11 ribu orang, 10,328 dari jumlah tersebut merupakan pelajar yang mendaftar dengan kedutaan Malaysia di sana. Saya khuatir kedutaan kita menghadapi kesukaran untuk mengawasi serta menjamin keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia. Beberapa hari ini regim Hosni Mubarak telah mengambil tindakan untuk merencat penggunaan internet terutamanya jaringan media sosial seumpama Facebook dan Twitter. Malah, perkhidmatan telefon mudah alih juga sukar diperolehi. Adalah mustahil buat kedutaan Malaysia mengawasi serta menjamin keselamatan seluruh rakyat kita di sana kerana sistem telekomunikasi sudah lumpuh dan tidak lagi berkesan.

Perkembangan ini sewajarnya menyedarkan Kerajaan Malaysia bahawa mereka perlu segera merencana kepulangan rakyat kita dari Mesir. Adalah tidak munasabah membiarkan rakyat kita terdedah kepada bahaya dan tersepit di celah-celah keributan menuntut Perubahan. Saya menggesa kerajaan segera membawa pulang rakyat kita di sana. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur.

ANWAR IBRAHIM

 

Ha..ha..ha.. Tahu pulak dia bahana demostrasi dan rusuhan jalanan ini hanya membawa kepada ketidakstabilan negara dan menyebabkan kucar kacir dalam kehidupan masyarakat.

Hakikatnya?… Kita tidak lupa Anwar adalah legenda kerosakan besar landskap politik dan ketenteraman awam terutama sekali sewaktu sekitar tahun 1970-an dan di zaman reform terlepas kerusi pada akhir tahun 1998.

Semua orang tahu bahawa manusia hipokrit yg mempelopori gerakan pelajar berdemo di jalanan sekitar tahun 1970-an dulu tu dengan hanya bermodalkan cerita kononnya ramai rakyat di Baling Kedah mati kebuluran adalah Anwar Bin Ibrahim. Wal hal kisah sebenarnya tiada seorang pun yg mati kebuluran di Baling tika itu.

Lebih ironik lagi sepatutnya Anwar  mencermin diri sendiri bila mahu bercakap soal kesan buruk disebalik demostrasi dan rusuhan jalanan. Siapa perintis yg menyemarakkan suhu politik negara sejak 1998 hingga sekarang?

Dengan mencedok idea reformbasi Indonesi yg berjaya menjatuhkan Suharto dari tampuk pemerintahan, kemudian idea itu cuba digunakan utk mobilize rakyat Malaysia utk melakukan tindakan sama.

Dek kerana terlepas peluang menduduki kerusi PM habis di hasut rakyat membenci kerajaan dan mengakibatkan ramai penyokongnya hilang pedoman. Semuanya atas nama reformbasi terlepas kerusi.

Malahan sejak tercetusnya reform terlepas kerusi tahun 1998 dulu itu sudah puluhan juta wang ringgit dan harta benda awam jahanam disebabkan kegagalan Anwar mengawal penyokongnya. Pernah dia ambil tahu?.. Yileks.. Yang dia tahu lebih ramai menyertainya lebih bagus utk kerjaya politiknya kelak.

Ada Anwar terfikir betapa segala gerakan jalanan itu telah banyak menyebabkan keresahan dalam hidup rakyat? Pernah dia terfikir ratusan ribu pengguna jalanraya terperangkap dalam jem gara-gara pelbagai demostrasi anjuran dia dahulu tu?

Pernah terlintas di benak Anwar kerugian dan kesan buruknya pada ekonomi dan kehidupan seharian rakyat?.  Kemasukan pelabur asing terjejas dan ekonomi yg ketika itu dalam keadaan teruk diserang penyangak matawang tiba-tiba terpaksa pula berdepan dgn krisis politik hasil sandiwara maha hebat ciptaan Anwar.

Kedai, klinik, supermarket dan pejabat terpaksa di tutup awal, jalan terpaksa ditutup, kerosakan cermin dan pintu premis perniagaan, bangunan di pwtc di pecah masuk, kereta dan kenderaan polis serta media di bakar, harta benda awam di sepanjang jalan di cabut dan tong sampah terbakar pabila hantu menguasai naluri pengikut Anwar ketika itu. Ada Anwar ambil pusing?

Konon reformbasi utk keadilan Anwar sedangkan natijah buruknya rakyat sekitar KL dan Selangor yg menjadi mangsa terperangkap di tengah-tengah.

Dalam tempoh antara 1998 hingga 1999 ramai pelajar universiti terkandas pengajian mereka kerana terlalu excited utk menyertai kempen reform terlepas kerusinya itu. Ada Anwar ambil kira nasib mereka selepas itu?

Selain itu ramai para suami yg sanggup bergolok gadai demi menyediakan sumber kewangan utk penggerak-penggerak reformbasi dan ada yg meninggalkan anak isteri kelaparan di rumah semata-mata utk bersama-sama menjayakan gerakan reformbasi di sekitar KL terutama di Jalan Tunku Abdul Rahman, Chow Kit dan CM. Pernah Anwar fikirkanya?

Dan sekarang, tiba-tiba Anwar ingin menunjukkan rasa prihatin dan kerisauan dia terhadap rakyat Malaysia yg terperangkap di sebalik rusuhan jalanan di Mesir.

Haprak.. ptuiii.

Pelik bin ajaib bila pakar penggerak demostrasi jalanan tersohor negara tiba-tiba ambil berat soal hidup mati dan ketenteraman awam. Sejak bila sudah insaf?..

Anwar insaf? Anwar ambil berat keselamatan dan kesejahteraan rakyat? Ha..ha..ha..

Lawak pokemon sungguh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s