Minyak Ron97 Naik, Kecoh… Bila Turun, Pun Kecoh…

Dulu waktu kenaikan minyak jenis RON97 ramai yg kecoh seolah-olah hampir 100% rakyat Malaysia adalah pengguna minyak jenis tu. Itulah namanya manusia, tidak pernah bersyukur dgn apa yg ada, sentiasa komplen dan mencari seribu satu alasan utk memuaskan diri sendiri.

Dan bila diturunkan pulak harga, masih ada yg komplen kata itu utk pilihanraya dan umpan sedangkan hakikatnya harga minyak dunia mula menunjukkan sedikit penurunan sejak awal bulan ni lagi. Continue reading

Kekeliruan Kes Rogol & Mesej Kartun…

Memang ramai yg keliru dan kartunis Miki akhirnya berjaya memperbetulkan kekeliruan itu secara mudah, ringkas tapi penuh sindiran, jelas dan terang tapi mengelirukan bagi mereka yg blur dan slow.

Tajuk kartun itupun sudah cukup utk difahami “Kekeliruan Kes Rogol” bagi kita yg waras, tapi ia sukar difahami oleh segolongan jumudan hanya disebabkan beberapa ayat misalnya “dia hanya besi”  yg dilihat sebagai menyindir dan menjentik dahi pemimpin mereka.

Meh kita hayati semula kartun tersebut dgn jiwa tenang, pandang dari mata burung bukannya lihat dari dalam tempurung. Continue reading

Piala FA & Sukma: Tahniah Terengganu

Peh.. mantap aaaa Terengganu membelasah Kelantan sekaligus menjuarai Piala FA buat julung kalinya. Benar bagai di kata, bola tu bulat, apa saja boleh berlaku. Kekuatan sesebuah pasukan belum tentu menjamin kemenangan yg hakiki.

Pahit utk Kelate telan kekalahan ni apatah lagi bila di kenang salah satu puncanya ialah hadiah gol tandukan sendiri.  Hanya beberapa saat sebelum waktu kecederaan habis alih-alih tertanduk masuk gol sendiri, parah. Jatuh merudum terus semangat pemain Red Warrior. Continue reading

Piala FA: Kelantan vs Terengganu, Sapa Menang?

Malam ni ada games Kelate lawan Terengganu, utk rebut kejuaraan Piala FA. Kalau ikutkan kekuatan agaknya maybe Kelate akan menang, tapi sbb bola ni bulat macam2 boleh berlaku sepanjang 90minit perlawanan tu.

Aku  bab bola ni tak reti sangat nak ulas sebabnya minat tu kurang sikit, kadang-kadang tengok la kalau berkesempatan. Walaupun aku ni asalnya Kelate tapi semangat nak tengok bola melibatkan pasukan Kelate ni takdelah semacam rakan-rakan lain.

Just follow gitu-gitu sajalah. Continue reading

Negara Islam: Pemimpin Pas Malu-Malu Kucing…

Teruk Pas kena kali ni dgn TV3 melalui siaran berita Buletin Utama semalam (09 Jun 2011). Lebihkurang 10 minit slot berita membawa imbasan sejarah perjuangan Pas mendaulatkan Negara Islam ala Pas termasuklah kisah sejarah ikrar Dokumen Negara Islam oleh Hadi Awang pada tahun 2003 dulu tu.

Paling takleh tahan apabila di minit-minit terakhir slot tersebut menyiarkan rakaman panggilan telefon oleh wartawan TV3 yg cuba menghubungi beberapa orang ‘ulamak’ Pas utk mendapatkan pandangan mereka selepas Hadi Awang selaku Presiden Pas secara terbuka menggugurkan projek ikrar penubuhan negara Islam yg kemudiannya di ganti dgn negara berkebajikan.

Continue reading

Kempen 1 Juta Facebooker 1Malaysia…

Makluman utk semua pengguna aktif facebook anda dijemput menyertai rangkaian Facebooker 1Malaysia anjuran Blogger Panglima Perang Cyber.

Pesanan : satu group fb baru nama ‘Facebooker 1Malaysia’ telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Continue reading

Islam Bukan Sekadar Hudud Semata-Mata…

Hadi Awang sewaktu Pas memerintah Terengganu dan ketika itu beliau adalah Menteri Besar Terengganu, katanya hukum Hudud hanyalah 0.0001% daripada Islam.

Mungkin kerana Hudud itu hanya 0.0001% sahaja, maka dek kerana itulah agaknya hingga sekarang perlembagaan Pas tetap memasukkan penghormatan dan sanjungannya terhadap Perlembagaan Negara.

Walaupun seringkali mereka berkata Perlembagaan negara adalah perlembagaan manusia ataupun perlembagaan penjajah Lord Reid, namun ia tidaklah menghalang utk Pas menerimanya malah mengguna pakainya bila perlu.

Fasal 6 (11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Continue reading

Imbasan Sejarah – Dokumen Negara Islam Pas, 12 November 2003

Seperti dijanjikan walaupun sedikit terlewat, berikut dipaparkan petikan isi kandungan janji-janji politik Pas dalam Dokumen Negara Islam Pas (DNI) yg dilancarkan oleh Hadi Awang & Haron Din pada 12 November 2003.

“Membangun Bersama Islam” akan digarap dan dihayati untuk membina negara Islam. Islam penyelesai kepada semua masalah termasuk masalah dalam masyarakat majmuk. Penghayatan Syura Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat disuburkan melalui pemerintahan Islam. Negara Islam menjamin kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup. Negara makmur dan mendapat keredhaan Allah swt” – Dokumen Negara islam oleh Pas, 2003 / Cetakan pertama Oktober 2003 / Perlancaran rasmi 12 November 2003.

Continue reading

Tiada Lagi Janji Negara Islam…

Dah lama tak menulis disebabkan sedikit sibuk dgn urusan kerja harian. Tak sangka walaupun lama tak di update tapi tiap hari tetap ada juga pengunjung yg datang melihat entri-entri lama dlm blog yg tak berapa panas ni. Tima kasih utk semua.

Ok, memandangkan malam ni sedikit lapang dan hatipun sedikit lega sbb baru saja berjaya menyelesaikan 2, 3 kerja yg tertunggak lama, rasanya belum terlambat aku nak mengulas skit kenyataan terbaru Pas melalui Presidennya Hj Hadi Awang yg mengisytiharkan Pas sudah tidak lagi memperjuangkan kewujudan sebuah Negara Islam.

Ni aku quote kata-kata tok gundu yg suatu ketika dulu cukup hebat melaung-laungkan slogan Negara Islam, Hudud dan segala macam penentangannya terhadap konsep perpaduan & perkongsian kuasa antara kaum yg sekian lama diterajui oleh BN. Continue reading