Hadi Tunjuk Garang, Tapi…

030310-LEAD500%2B%25281%2529[1]“Saya tidak boleh diminta, nak hadir saya akan hadir. Atas sayalah nak hadir atau tidak,” itu antara kenyataan Abdul Hadi Awang apabila ditanya pemberita mengenai desakan rakan sepakatannya DAP yang mahukan Presiden PAS itu hadir ke Mesyuarat Presiden PR di masa akan datang.

Nampak lain macam reaksi Hadi kali ini, bunyinya garang seakan kuat sangat tekanan yang dah tak tertanggung dek tuan punya badan nak menahan perasaan geram. Amarahnya semacam menunjukkan makin sirna kesabaran Hadi selepas asyik ditekan bertubi-tubi oleh rakan sepakatan.

Tidak syak lagi reaksi keras dan garang Hadi itu ada kaitan langsung dengan asakan DAP. Barangkali ia sebagai respon terhadap sindiran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang melabelkan PAS sebagai parti yang cakap tak serupa bikin dan tidak memberi komitmen.

Atau mungkin juga disebabkan Hadi rasa tercabar dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memandai-mandai mengarahkannya hadir dalam mesyuarat PR akan datang. Mana-mana satu pun ia tetap berkaitan dengan DAP yang dulunya dianggap rakan tahaluf siyasi PAS sampai ke mati.

Dek kerana reaksi keras Presiden PAS itu, ramailah juak-juak DAP, macai PKR dan balaci PAS Anwarinas di kebanyakan portal dan blog pro PR bingkas bangkit melatah menyelar kenyataan Hadi yang dikira tidak mencerminkan kesabaran seorang pemimpin yang dianggap bertaraf ulamak.

Marah betul balaci PR, tak terjangka di fikiran mereka yang Hadi Awang tiba-tiba berani memberi reaksi sedemikian. Selama berminggu-minggu mereka menghentam membalun batang tubuh Hadi tapi kini Hadi masih lagi ada kudrat nak tunjuk garang dan kuat.

Dalam pada itu, sebahagian penyokong PAS yang masih berdiri teguh di belakang Hadi pula nampaknya kembali bermaya bila melihatkan Presiden mereka seakan bertenaga semula bila berani menyergah DAP. Mereka mungkin mengharapkan kali ini PAS pula yang akan mengajar DAP erti hormat pada rakan sepakatan.

Tapi persoalannya, sampai bilalah agaknya Hadi nak tunjuk garang dengan DAP? Sampai bila keras dan garangnya akan bertahan? Mampukah reaksi keras Hadi itu membangkitkan kembali semangat dan jati diri pimpinan PAS yang lain untuk menyanggah dominasi DAP dalam PR?… Selanjutnya sambung di MyKMU.Net…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s