Baiknya Amerika…

Tidak sampai 2 minggu kejatuhan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir sejak 3 dekad lalu, tiba-tiba Amerika Syarikat mengumumkan pembiayaan dana sejumlah USD 150 juta (RM465 Juta) kepada Mesir.

Apa yg menarik pengumuman dana yg besar oleh Setiausaha Amerika, Hillary Clinton itu bertujuan menyokong ‘transformasi demokrasi & pemulihan ekonomi’ Mesir.

Begitu bermurah hatinya Amerika. Masihkah kita buta hati utk melihat wujudnya tangan-tangan ghaib yg ingin menentukan jatuh bangun negara Islam?

Sia-sia pengorbanan ratusan nyawa rakyat Mesir. Inilah dia kesan kuasa demostrasi & rusuhan jalanan, rakyat bangun kononnya utk menjatuhkan sekutu Amerika namun kemudiannya kelak yg akan naik mungkin lagi kuat menyokong Amerika & Israel.

Keluar mulut naga, masuk pula mulut harimau.

AS peruntuk RM465 juta untuk Mesir

WASHINGTON 18 Feb. – Amerika Syarikat (AS) akan memperuntukkan AS$150 juta (RM465 juta) untuk membantu Mesir dengan transformasi demokrasi dan pemulihan ekonomi selepas pengusiran Presiden Hosni Mubarak, menurut setiausaha negara AS, Hillary Clinton semalam.

“Saya senang untuk mengumumkan hari ini kita akan memperuntukkan AS$150 juta (RM465 juta) kepada Mesir bagi menyokong peralihan di sana dan membantu pemulihan ekonomi mereka,” kata Clinton kepada wartawan. – Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s