Perbezaan Waktu Twitter & Facebook Terjawab…

Terjawab sudah persoalan kenapa wujud perbezaan sejam antara twitter dgn Facebook. Maka hilang sudahlah omong kosong pembelaan alibi yg kononnya Anwar sedang meng’update’ twitter & facebook sepanjang kehilangannya selama 2 jam antara waktu sebenar jam 9.20pm – 11.38pm 21 Februari 2011 yg lalu.

Syabas dah tahniah utk brader MIM kerana berjaya menganalisis dgn tepat perbezaan waktu tersebut sekaligus memberi tamparan hebat kepada PKR terutama Pengarah Strateginya yg tergopoh gapah ingin membuktikan alibi ketuanya itu.

Adui la, langsung takde strategi akal si Pengarah yg kununnya strategik tahap gaban ni.. ka..ka.. Sia-sia je pegang jawatan yg bunyinya hebat mengalahkan predator, tapi last-last kantoi pulak.

Berikut dipaparkan beberapa bukti pemberitahuan oleh pihak facebook serta pengguna mereka yg memperingatkan tentang penambahan masa sejam bermula 13 Mac 2011 yg bertujuan utk penyelarasan semula perbezaan waktu ketika musim panas.

Daylight Savings Time is coming March 13th

by Memphis VA Medical Center on Monday, March 7, 2011 at 10:32am

In order to avoid the possibility of a late appointment or other schedule mistakes, we would like to remind Veterans and their family members who may have appointments or visiting plans to make adjustments for the approaching Daylight Savings Time.

Effective Sunday, March 13, 2011, at 2:00 AM, this facility will observe Daylight Saving Time, and all clocks will officially be advanced one (1) hour.
Sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150115091999825

Daylight Savings Time 03/13/2011

by Brookside Fire Co. St 24 on Saturday, March 12, 2011 at 4:04pm

Don’t forget to “Spring Ahead’ your clock one hour before going to bed. BFC also reminds you to change your batteries in your Smoke and CO Detectors.

Sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150151708376291

Makna kata, sebelum 13 March 2011, waktu yg tercatat pada facebook akan lewat sejam berbanding waktu sebenar.

Jadi tidak peliklah bilamana mesej yg sama di twitter oleh Anwar pada jam 9.20malam tercatat sebagai 8.20malam di facebook pada 21 februari 2011 kerana ketika itu belum ada penyelarasan waktu oleh pihak facebook.

Maklumat seterusnya berkaitan perkara ini boleh diikuti di blog Minda Intelek Melayu.

Berikut pula ulasan oleh Utusan Malaysia yg turut memaparkan penjelasan berkaitan isu perbezaan masa tersebut.

Ke mana Anwar?: Penjelasan PKR jadi ‘senjata makan tuan’

KUALA LUMPUR 27 Mac – Tindakan terdesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadikan Facebook sebagai bukti alibi, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di hotel ketika rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang berlaku, bertukar menjadi ‘senjata makan tuan’.

Ini kerana PKR melalui Pengarah Strateginya, Mohd. Rafizi Ramli, mungkin tidak sedar terdapat perbezaan waktu antara laman sosial Facebook dengan Twitter sebelum 13 Mac lalu, akibat Waktu Musim Panas (DST) yang menyaksikan masa di Facebook sejam lebih awal berbanding Twitter.

Ini kerana Facebook bergantung kepada server (pelayan Internet) di Amerika Syarikat yang mempunyai perbezaan waktu (cepat sejam) akibat DST tetapi server Twitter tidak bergantung kepada Amerika sebaliknya, ia mengikut waktu sebenar sesebuah negara pengguna.

Perbezaan waktu tersebut hanya kembali sepadan di antara Twitter dan Facebook apabila Amerika Syarikat pada 13 Mac lalu, menambah sebanyak sejam waktu di negara tersebut bagi menyelaras semula perbezaan waktu siang yang lebih panjang ketika musim bunga dan musim panas.

Sebab itu, berlakunya perbezaan masa antara mesej Anwar di Twitter dengan Facebook untuk kandungan yang sama pada 21 Februari lalu, iaitu tarikh di mana rakaman video seks membabitkan seseorang yang didakwa sebagai pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah bilik hotel.

Bagaimana mesej di kedua-dua laman sosial tersebut tetap mempunyai persamaan iaitu Anwar didapati ‘hilang’ lebih dua jam dari pukul 9.20 hingga 11.38 malam (Twitter) dan 8.20-10.40 malam (Facebook) tanpa sebarang penjelasan kukuh daripada Ketua Pembangkang itu sendiri.

Sedangkan, dalam tempoh itulah aksi seks yang mengaitkan seorang pemimpin pembangkang dengan wanita China dirakamkan (10.20-10.41 malam) dan dengan mengambil kira fenomena DST (perlu tambah sejam), waktu sebenar ‘kehilangan’ Anwar di Facebook adalah dari pukul 9.20 hingga 11.40 malam.

Menurut penulis blog Minda Intelek Melayu (MIM), Dr. Novandri Hasan Basri, akibat tindakan terdesak Mohd. Rafizi itu, semakin banyak rahsia ke mana Anwar ‘menghilang’ pada waktu aksi seks tersebut dirakamkan kini terbongkar sedikit demi sedikit.

“Sungguh memalukan sebagai Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi cuba mengelirukan rakyat dengan jam di Facebook tetapi hakikatnya, jam di Twitter adalah waktu semasa iaitu waktu ketika mesej ditweet. Jika Anwar tweet pukul 9.20 malam, ia bermaksud pukul 9.20 malam.

“Tetapi Mohd. Rafizi sendiri telah menyulitkan isu Anwar ‘hilang’. Disebabkan kenyataan beliau mahu membuktikan kehadiran Anwar, MIM juga dapat tahu bahawa Anwar turut ‘hilang’ dalam Facebook lebih dua jam (8.20-10.40 malam),” katanya dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Mohd. Rafizi, berdasarkan waktu di Facebook itu (belum ditambah sejam) adalah mustahil ‘aktor’ yang melakukan hubungan seks tersebut adalah Anwar sebagaimana didakwa oleh banyak pihak.

Namun semalam, Anwar ketika diajukan soalan ke mana beliau ‘menghilang’ dalam tempoh lebih dua jam itu langsung tidak mahu menjawab sebaliknya mempersoalkan mengapa mereka yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video tersebut tidak ditahan oleh pihak berkuasa.

Sedangkan sebelum ini, ketika menafikan dirinya ialah pemimpin pembangkang dimaksudkan, Anwar dengan tegas memberitahu, dia berada bersama keluarganya dan sedang mengemas kini laman sosial Twitter dan Facebook ketika aksi seks itu berlangsung.

Jadinya,… di manakah Anwar Ibrahim selama 2 jam tempoh gap twitter & facebook tersebut? Ha..ha.. What u did last summer Mr. Anwar?…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s