Harakahdaily, Iklan Seks & Isyarat Lucah Berpisah Tiada…

Haru dibuatnya. Sudahlah dalam Harakahdaily banyak disiarkan iklan yg berunsur seks, kini terbaru di siarkan pula gambar edit superimposed Umi Hafilda yg menunjukkan isyarat lucah.

Memang tahap sampah sungguh haprakdaily, barangkali kerana kerap terdedah dgn pelbagai iklan seks dan ubat kuat utk lelaki telah mendatangkan inspirasi utk Harakahdaily menyiarkan gambar fitnah isyarat lucah jari tengah dgn mengubahsuai photo asal Umi Hafilda yg dirakamkan sewaktu di salah satu sidang media sebelum ini.

Agak mustahil berlakunya kesilapan penyiaran, sebaliknya ternampak jelas secara tersiratnya Harakahdaily cuba membina persepsi negatif terhadap Umi Hafilda.

Tambahan pula dgn corak pemberitaan haprakdaily sejak sekian lama gemar memprovokasi, menyemai benih keraguan dan acapkali menyiarkan berita sensasi yg tak tentu hujung pangkal, logiknya tidak sukar utk kita memahami motif  penyiaran gambar isyarat lucah yg diedit itu.

Bagi segelintir pihak benda sebegini nampak kecil terutama dikalangan golongan yg kepala mereka asyik memikirkan keseronokan seks & nikmat bersetubuh.

Hhakikatnya fitnah itu dilarang dlm Islam apatah lagi bila ianya dipraktikkan oleh media rasmi sebuah parti politik yg kononnya memperjuangkan Islam.

Jika perkara ini disedari oleh Umi dan ketika itu Harakahdaily belum mengambil tindakan pembetulan, harap tiadalah wartawan atau editor mereka yg terjun bangunan pabila isu ini di bawa ke muka pengadilan.

Secara terbuka Anwar & pemimpin Pas cuba mengambarkan kehadiran kelibat Umi umpama seekor ‘nyamuk’ yg berterbangan, tapi dek kerana ‘nyamuk’ inilah juga mereka menjadi resah dan gelisah hingga tanpa sedar menonjolkan ketakutan yg bersarang jauh disudut hati.

Maka tidaklah pelik bilamana Pas melalui lidah rasmi sejak kebelakangan ini agak kerap menyiarkan artikel & berita yg sedaya mungkin cuba memperlekehkan dan memburukkan imej Umi Hafilda di mata umum kerana sedar impak pendedahan oleh Umi berkaitan tingkahlaku Anwar sebenarnya telah menyebabkan ramai penyokong & ahli Pas mula menjauhkan diri serta semakin meragui keperibadian Anwar.

Mudah-mudahan ada kalangan wartawan di media arus perdana yg menyedari perkara ini segera ke pengetahuan umum. Jangan disiakan bola tanggung ini.

Tahniah kepada Pas dan pemimpin mereka kerana memiliki organ propaganda rasmi yg memiliki kegemaran menyiarkan iklan-iklan utk kenikmatan seks di masa sama tanpa segan silu turut menyiarkan gambar edit isyarat lucah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s