Mutakhir PRK DUN Merlimau & Kerdau…

Berikut adalah hasil pengumpulan info dan culaan terbaru yg diperolehi daripada rakan-rakan yg bertugas dlm jentera parti kedua-dua pihak berasaskan situasi mutakhir di DUN Merlimau & Kerdau yg berjaya dikumpulkan sehingga hampir jam 11.3omlm tadi (05-03-2011).

Maklumat Mutakhir & Terkini Kedudukan Barisan Nasional (BN) & Pas di Merlimau & Kerdau

i] MERLIMAU

+ Kedudukan BN agak kukuh di semua peti undi majoriti Melayu Islam dan semua info yg diterima menyimpulkan arah sokongan utk BN menunjukkan peningkatan ketara dikalangan pengundi Melayu Islam. Demikian menurut 6 rakan dari jentera UMNO yg berjaya dihubungi sehingga jam 11.30mlm tadi.

+ Sambutan pengundi dan penduduk setempat utk UMNO & BN ternyata lebih baik berikutan penerimaan ramai dgn corak pentadbiran Dato’ Seri Najib dan Dato Seri Ali Rustam, selain dibantu oleh faktor kesedaran terhadap kegagalan Pas & PKR membela orang Melayu & agama Islam.

+ Sebahagian besar majlis anjuran UMNO & BN nyata lebih mendapat sambutan dikalangan pengundi dan penduduk Merlimau, selain itu hampir 30 ceramah berkelompok turut di adakan secara santai di rumah pengundi melibatkan ahli keluarga dan jiran terdekat penghuni rumah termasuk 7 darinya adalah rumah pengundi Pas semasa PRU 2008. Sesi soal jawab bersemuka turut disertakan dlm kebanyakan majlis tersebut utk memudahkan penjelasan dan kefahaman.

+ Di peti undi Jasin Lalang pada malam Jumaat lepas seramai 8 orang bekas ahli & penyokong UMNO serta 5 orang bekas ahli MIC yg berpaling tadah semasa PRU 2008 lalu turut sama membantu jentera kempen UMNO & MIC.

+ Selain itu di peti undi ChinChin pd petang khamis seramai 13 orang bekas penyokong MCA mengisytiharkan kembali menyokong BN.

+ Terdapat sedikit peningkatan sokongan dari para pengundi Cina walaupun pada awalnya Pas mendahului sokongan hasil bantuan DAP. Peratusan undi masyarakat Cina utk BN dijangka naik sehingga sekitar 5% berbanding pilihanraya umum 2008.

+ Rata-rata pengundi India semakin ramai kembali menyokong BN walaupun terdapat cubaan pihak lawan dan media mereka memainkan isu perkauman dan cuba menyemai kemarahan kaum India terhadap BN.

+ Secara umumnya, Bilik Gerakan BN menjangkakan sasaran awal perolehan sehingga 5500 undi sokongan pengundi di Merlimau bakal menepati sasaran, selain itu berikutan arah sokongan yg kian mantap mereka meletakkan sasaran maksimum perolehan undi kepada sekitar 5900 dgn anggaran baru mampu menarik sekitar 400 undi asal Pas dlm PRU 2008 disamping anggaran perolehan undi tambahan drpd sekitar hampir 500 undi pengundi muda dan undi penyokong/ahli UMNO yg protes dgn tidak keluar mengundi semasa PRU 2008 yg lepas.

– Laporan drpd kem Pas pula seperti dinyatakan oleh 3 orang rakan penulis yg berjaya dihubungi lewat petang sabtu tadi, menyebut keadaan agak genting utk Pas mengekalkan jumlah undi PRU 2008 terutama sekali dikalangan pengundi Melayu Islam.

– Kedudukan Pas dilaporkan agak tergugat terutama dikalangan penyokong tradisional mereka terutama selepas kehadiran Anwar Ibrahim di Merlimau sebelum ini.

– Seramai 29 orang penyokong & ahli Pas turut secara terbuka sejak 2 hari lalu berganding bahu membantu jentera UMNO di peti undi Merlimau Pasir, ChinChin & Ayer Merbau mereka termasuk 5 orang yg merupakan bekas jentera kempen Pas yg menarik diri drpd membantu calon Pas dlm pilihanraya kecil ini pada hari Selasa & Rabu lepas.

– Satu kejadian menarik di peti undi pengkalan Samak apabila sebuah markas Pas hampir-hampir lumpuh bila sebahagian besar petugas kempen mereka memboikot tugasan disebabkan terhadap sikap calon Pas & penglibatan Anwar dlm kempen ini.

– Culaan undi oleh Pas Kawasan dan ranting menunjukkan perolehan undi utk Pas mungkin hanya sekitar 2,300 undi sahaja berbanding lebih 2,800 undi semasa PRU 2008.

– Mereka merumuskan faktor kebangkitan semula UMNO, kembalinya ramai pengundi Melayu Islam dan pengundi India serta sedikit peralihan sokongan pengundi Cina terutama selepas Dato’ Seri Najib mengambilalih jawatan PM sebagai punca utama Pas akan kalah dgn majoriti lebih besar berbanding sebelumnya.

– Selain itu, faktor kegagalan Pas memegang prinsip perjuangan dan protes ahli terhadap calon Pas yg dilihat berimej kurang baik mungkin menyebabkan undi Pas boleh berkurangan dgn perolehan hanya sekitar 2000 – 2200 sahaja dlm PRK ini.

+++++++++++++++++++++++++

ii] KERDAU

+ Manakala di Kerdau, semua kawasan peti undi dilaporkan semakin erat bersama UMNO & BN dgn culaan terbaru menunjukkan peningkatan sokongan mendadak di peti undi Jengka 22, Kuala Kerdau, Rumpun Makmur dan Jengka 23.

+ Selain itu, kesemua 5 orang rakan yg dapat dihubungi sehingga jam 9.00 malam tadi yg terlibat dlm dalam jentera UMNO di sana jugak berkongsi maklumat yg hampir sama menyebut beberapa kejadian memalukan pemimpin Pas dan PKR berlaku di beberapa kawasan peti undi di sekitar Kerdau. Antaranya pemulauan ceramah oleh beberapa kumpulan penyokong Pas serta tindakan 16 orang ahli & penyokong Pas menyertai gerakan kempen UMNO secara aktif selepas mereka dilaporkan terkilan dgn kehadiran beberapa pemimpin DAP dan PKR ke kawasan mereka beberapa hari lepas.

+ BN menjangkakan perolehan minima 4500 undi sudah pasti dlm tangan dan sejak Jumaat lepas telah memulakan gerakan lebih aggresif utk mencapai sasaran sehingga 5000 undi kali ini berbanding hanya 4,135 undi sahaja pada PRU 2008.

+ Rata-rata sambutan kempen UMNO dan BN menunjukkan sambutan agak baik drpd penduduk setempat dan para pengundi, kebanyakkan anak muda dan pengundi tua lebih serasi bersama UMNO begitu jugak dgn sebahagian besar pengundi wanita kali ini.

+ Jentera kempen Wanita dan Puteri dilaporkan diterima baik oleh ramai pengundi semasa kempen dr rumah ke rumah malah ada antara mereka yg mahu Wanita UMNO menggunakan kediaman mereka sebagai tempat majlis ceramah berkelompok utk kaum ibu.

+ Sebahagian besar pemuda anak Kerdau dilaporkan sepakat membentuk beberapa kumpulan sukarela membantu jentera kempen UMNO & BN selain turut mengadakan rondaan keselamatan di setiap bilik gerakan UMNO yg di dirikan di semua kawasan peti undi.

– Sementara itu, laporan drpd 4 rakan yg bertugas bersama jentera Pas yg berjaya dihubungi sehingga jam 10.15mlm tadi menyebut 2 rombongan jentera Pas Pahang dari luar Temerloh telah meninggalkan daerah Kerdau selepas kegagalan mereka mempengaruhi pengundi di Jengka 25 dan Jengka 22.

– Sehingga lewat dinihari hari Jumaat, sebanyak 2 mesyuarat tergempar diadakan oleh Pas negeri bersama Pas Kawasan yg turut dihadiri oleh 2 orang pemimpin Pas pusat membincangkan 2 isu utama berkenaan kekurangan sambutan pengundi terhadap kempen Pas dan tindakan protes terhadap calon Pas dan penglibatan Anwar yg dibangkitkan oleh pengundi asal Pas di 4 peti undi.

– Petang tadi pula, satu mesyurat khas membincangkan keadaan semasa di Kerdau hampir menimbulkan kekecohan selepas laporan terkini yg dibentangkan menunjukkan Pas semakin di tolak oleh pengundi Melayu Islam selain kegagalan aktiviti kempen Pas mendekati pengundi Muda serta bantahan yg kian terbuka oleh ramai ahli Pas yg kurang senang dgn penglibatan terbuka DAP yg menyebabkan keraguan pengundi terhadap Pas.

– Pada akhir mesyurat itu juga selepas kekecohan reda, laporan culaan undi terkini Pas itu meramalkan Pas akan kehilangan sehingga sekitar 600 undi dan turut menjangkakan sekiranya protes ahli & penyokong Pas gagal dikawal tidak mustahil Pas sekadar mampu meraih hanya 1500 undi sahaja kali ini berbanding 2520 undi dalam PRU 2008.


Sekian itu sahaja hasil maklumat yg dikumpul daripada rakan-rakan yg bertugas di Merlimau & Kerdau, dan hari ini menjelang pagi nanti pengundian akan dilangsungkan dgn jangkaan keputusan rasmi mungkin sekitar jam 8 – 9 mlm.

Blog XPressMinda mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan yg sudi berkongsi maklumat utk dipaparkan kepada pembaca blog ini. Secara umumnya selepas meneliti semua info-info yg diperolehi drpd rakan-rakan yg bertugas di kedua-dua PRK ini, Blog XPressMinda menjangkakan BN akan memenangi pilihanraya kecil Merlimau dgn majoriti melebihi 3000 undi manakala di Kerdau BN mampu meraih kejayaan lebih manis dgn anggaran perolehan majoriti menang sehingga 2,500 undi.

Selamat mengundi kepada semua pengundi Merlimau & Kerdau. Gunakan kuasa anda secara bijak utk kepentingan agama, bangsa dan tanahair. HIDUP UMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s