Kebangkitan UMNO/BN, Kejatuhan Pas…

Rakyat Hakim Negara itulah slogan yg pernah diipopularkan oleh Pas, PKR & DAP sedekad yg lalu. Kini terbukti rakyat telah bersuara dan menggunakan kuasa mereka sebagai hakim utk menghukum kejahilan dan sikap kemaruk kuasa yg ditonjolkan oleh pembangkang.

Majoriti rakyat Malaysia baik orang Melayu Islam, Cina, India mahupun lain-lain kaum bangsa nyata telah kembali menyokong UMNO & BN sebagai satu-satunya wadah yg benar-benar menepati citarasa dan aspirasi rakyat.

Tahniah utk UMNO kerana tetap berusaha gigih berkhidmat disamping tidak pernah malu utk memperbetulkan kembali kesilapan lampau demi utk kebaikan agama, bangsa dan tanahair.

Demikian juga dgn parti komponen lain dlm BN yg sebahagiannya sudah kelihatan bangkit kembali dan mula membina semula sedikit demi sedikit kekuatan masing-masing berbanding situasi sebelumnya ada segelintir yg mabuk terikut dgn tarian pembangkang.

Hasil kesedaran dan sikap sedia berubah utk kebaikan nyata memberi manfaat apabila buah hasilnya ialah kebangkitan dan momentum sokongan utk BN terus bersemarak menyebabkan pembangkang makin lama makin dipencilkan oleh rakyat.

BN menang kedua-dua kerusi

MERLIMAU 6 Mac – Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang ditandingi dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi masing-masing sebanyak 3,643 dan 2,724 undi.

Calon BN di Merlimau Roslan Ahmad mempertahankan kerusi dengan undi sebanyak 5,962 berbanding calon Pas Yuhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad meraih sebanyal 5,060 undi berbanding calon Pas Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.

Sumber: Utusan Malaysia

Utk Pas & PKR, anda semua sudah boleh mengira hari-hari terakhir sementara menanti proses penghukuman muktamad rakyat dalam PRU 13 nanti.

Kalau masih belum menyedari kelemahan dan kesilapan sendiri serta masih tenggelam dlm propaganda kosong sambil mengusung uncang di pentas ceramah, maka jangan disalahkan para pengundi bilamana kehinaan terus terpalit di dahi pemimpin Pas & PKR.

BN pertahan DUN Merlimau, Kerdau

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang dengan majoriti lebih besar apabila kedua-dua calonnya menewaskan calon PAS pada pilihan raya kecil serentak hari ini.

Di Merlimau, BN menang dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad meraih 5,962 undi manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah, memperoleh 2,319 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, Roslan Eusoff, di Dewan Platinum Politeknik Merlimau pada 8.15 malam tadi.

Sebanyak 130 kertas undi ditolak.

Seramai 8,435 atau 78.76 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar di DUN Merlimau keluar mengundi hari ini berbanding 76.18 peratus pada pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, menang dengan majoriti 2,154 undi ke atas calon PAS, Jasme Tompang.

Di Kerdau, BN menang dengan majoriti 2,724 undi. Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, meraih 5,060 undi manakala calon PAS Hassanuddin Salim, memperoleh 2,336 undi.
Keputusan rasmi pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Tarif Abdul Rahman, kira-kira 8.20 malam tadi.

Sebanyak 90 kertas undi ditolak.

Sejumlah 7,486 pengundi atau 83.20 peratus daripada 8,999 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi berkenaan dimenangi calon BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, dengan majoriti 1,615 undi.

Sumber: Berita Harian

Selepas kejayaan BN di Kerdau dan Merlimau ini, kedudukan keputusan PRK sejak berakhirnya PRU 2008 hingga sekarang ialah 8-8. Andai kata ditakdirkan wujud lagi pilihanraya kecil di kawasan majoriti Melayu dalam tempoh sebulan lebih ini, pastinya bakal menjadi igauan amat buruk utk pemimpin Pas & PKR.

Tidak dapat tidak tidur malam para pimpinan Pas & PKR pastinya terganggu dgn mimpi ngeri mungkin hingga ada yg terkencing atas katil dan hilang selera seks berumahtangga sementara menunggu debaran berakhirnya tempoh 3 tahun pada April 2011 ini.

Apapun tahniah utk semua calon BN yg kini sah sebagai wakil rakyat pilihan majoriti, mudah-mudahan sentiasa rendah diri sedia berkhidmat utk rakyat sebagai membalas kepercayaan besar khalayak utk anda berdua. HIDUP UMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s