Video Lucah & Standard Pemikiran…

Kecoh umpama baru lepas kena hempas dgn tsunami sejak seminggu ni berikutan pendedahan wujudnya rakaman video lucah mengaitkan Anwar Ibrahim.

Tiba-tiba rasa macam mahu muntah hijau bila baca ulasan ramai penyokong Pas dan pemuja Anwar berkaitan isu ini.

Tak semena-mena hebohlah seantero pelusuk negara dikalangan pemuja-pemuja Anwar dan balaci Pas yg menekankan perlunya 4 saksi yg melihat kejadian seks terlarang yg dirakamkan itu disamping memfokuskan isu haram dan salahnya menonton video lucah.

Agaknya mereka ni jenis spesis yg gemar bercakap main lepas asal saja dapat melegakan tekanan dalam jiwa raga dan fikiran depa.

Sepatutnya sebelum kalangan penyokong Pas dan pemuja Anwar nak melontarkan ulasan perlunya 4 saksi yg melihat kejadian dan dosa pahala serta halal haram menonton dan menyebar video lucah ni, eloklah dulu kencing dalam tempurung kemudian cerminkan muka sendiri.

Jangan buat-buat lupa bilamana video Chua Soi Lek yg membedal perempuan simpanannya dulu diketahui umum, puak-puak penyokong Pas dan pemuja Anwar jugaklah yg asyik usung dan sebar ke sana ke mari video tu di merata tempat dunia internet. Waktu ini tidak pula timbul soal halal haram menonton dan menyebar video lucah sbbnya mudah kerana ia melibatkam pemimpin BN, jadi agaknya halal la kot utk maslahat umum. ha..ha..

Demikian halnya bila Dato’ Seri Najib di tuduh membunuh Altantunya serta turut di dakwa memliki anak zina dgn Altantuya, tidak pula masa itu terfikir dalam kepala puak-puak hipokrit ini utk menyediakan 4 saksi kejadian, sebaliknya bangga menyebarkan berita tersebut dalam ceramah politik dan forum-forum internet.

Tanpa perlukan 4 saksi kejadian, malah video pun tiada sebaliknya yg ada ialah gambar superimposed Najib yg di buat oleh Tian Chua, itupun sampai sekarang rata-rata pemuja Anwar dan penyokong Pas masih percaya Najib terlibat berzina dgn Altantunya dan seterusnya membunuh model Mongolia tersebut.

Dulu juga pernah kecoh isu Najib beromen dgn Ziana Zain yg dijaja oleh penyokong Pas dan pemuja Anwar, tak perlukan kesaksian 4 orang manusia mahupun video, sampai skang mereka masih duk ratibkan isu ini tanpa sekelumitpun terfikir soal 4 saksi utk membuktikan dakwaan tersebut.

Begitu juga kes Rahim Tambi Chik yg diusung serata ceruk dunia kononnya telah merogol gadis bawah umur, walaupun akhirnya gadis tersebut tampil menafikannya, namun sampai la nie puak-puak kahak hijau Pas dan pemuja Anwar masih yakin Rahim Tambi Chik telah terbabit kejadian rogol yg tidak wujud tu.

Jangan kata 4 saksi, video pun takde, gambar pun tak nampak, tapi boleh pulak puak lahabau Pas dan pemuja Anwar ni percaya dan yakin dgn cerita rogol tersebut.

Masih ingat lagi pasal Azalina bekas Ketua Puteri UMNO? Hidup-hidup puak Pas Pas dan pemuja Anwar yakin yg Azalina tu adalah lesbian dan banyak buat projek haram dgn puteri-puteri UMNO, itupun tanpa memerlukan 4 saksi, hanya cukup sekadar cakap-cakap hearsay sudah lebih daripada cukup utk terpahat dlm minda mereka bahawa Azalina adalah lesbian.

Sekarang bila kena batang hidung sendiri, terkena pada pemimpin pujaan sendiri.. terus kecoh minta 4 saksi yg sudi menyaksikan projek seks dgn pelacur di hotel malah utk sedapkan lagi hati, depa gembar gemburkan bertapa berdosanya dedahkan aib orang lain apatah lagi menonton video kelakuan sumbang.

Hipokrit tahap gaban. Yang lagi kelakar siap ada yg konfiden menceritakan perut Anwar tidak buncit dan punggungnya tidak berisi. Ha..ha.. Macamlah Anwar pernah berbogel tanpa baju dan seluar depan dia hingga mampu dia ingat bentuk punggung dan perut Anwar. Ha..ha.. Spastik sungguh ulasan penafian tu.

Kot ye pun nak defend tuan sendiri, cariklah alasan lain yg tak memalukan diri sendiri. Tak pasal-pasal jadi bahan gelak tawa orang ramai je.

Apapun, Anwar sudah pun buat report polis dan pihak polis pun sudah tubuhkan pasukan khas utk siasat kebenaran di sebalik isu video lucah tu. Jangan nanti bila kebenaran di temui ada pulak yg terjun bangunan kerana tidak mahu terima hakikat.

Sambil tu bacalah info berkaitan kamera iCatch yg dipaparkan oleh brader kickdefella utk pengetahuan lanjut pasal hidden kamera dan teknologinya sebelum ada lagi balaci-balaci Pas & pemuja Anwar yg mahu mengungkit soal 4 saksi dan haramnya menonton video lucah.

Pun begitu 2 persoalan penting yg masih menanti jawapan selain soalan utama utk mengetahui adakah benar lelaki dalam video lucah itu adalah Anwar Ibrahim atau tidak, ialah;-

1) Di manakah Anwar di antara jam 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari 2011?

2) Benarkah jam tangan Omega milik Anwar kini dalam simpanan Azizah?

Kita tengok siapa yg kena nanti. Yang pastinya di permulaan kecohnya isu video lucah ini, tak pasal-pasal UMNO & BN yg jadi kambing hitam walaupun yg sedap melanyak pelacur itu ialah orang lain. Orang yg jumpa rakaman video lucah adalah rakan karib Anwar (Dato’ Eskay), yg kena makinya UMNO & BN. Mudah sungguh corak pemikiran penyokong Pas dan pemuja Anwar yea…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s