Terkini DUN Kerdau: BN Melonjak Di Hadapan…

Mahu tidak mahu Pas pasti akan gigit jari sekali lagi. Situasi semasa di Kerdau bersandarkan laporan-laporan terkini daripada rakan-rakan petugas jentera kempen di kedua-dua belah pihak menyimpulkan BN melalui calonnya makin jauh meninggalkan pencabarnya.

Berikut dipaparkan ringkasan hasil pengumpulan data-data daripada rakan-rakan yg bertugas dalam jentera kempen parti masing-masing.

Kedudukan Terkini: Barisan Nasional (BN)
(Maklumat oleh 8 rakan petugas kempen UMNO)

+ Sehingga jam 10 malam, 02 Mac 2010 arah sokongan dikalangan pengundi terutama di kawasan Felda 22, 23 & 25 semakin kuat bersama UMNO/BN. Hasil kajian & culaan sikap menunjukkan BN mampu meraih hampir 2000 undi dari 3 kawasan ini berbanding hanya sekitar 1500 undi semasa PRU 2008.

+ Di peti undi Rumpun Makmur, Kuala Tekal, Kuala Kerdau, Kg Batu Sawar & Desa Murni jentera Pas agak kebelakang. Kebanyakan majlis ceramah anjuran Pas & PKR gagal menarik perhatian khalayak. Sebahagian besar rumah penduduk sekitar peti undi ini memasang bendera BN & UMNO.

+ Sejumlah 3 markas pilihanraya Pas di Kerdau hampir lumpuh selepas penyertaan 4 orang kuat Pas bersama 50 pengikut membantu jentera UMNO kawasan tersebut smentara itu di sekurang-kurang 2 markas Pas berlaku tindakan boikot oleh petugas parti kerana membantah pencalonan Hasanuddin sbg calon Pas.

+ Kebanyakkan penduduk sekitar peti undi Teluk Sentang dan Kerai enggan menerima kedatangan perayu undi muslimat & pemuda Pas. 2 orang pemilik rumah di Teluk Sentang misalnya yg diketahui kuat menyokong Pas sebelum ini dan seorang penyokong PKR di Kerai turut acuh tidak acuh melayan kedatangan jentera perayu undi Pas.

+ Bilik Gerakan UMNO menjangkakan sasaran awal utk mencapai 5000 undi mampu dicapai berdasarkan pergerakan sokongan pengundi yg memihak kepada calon BN.

 

Kedudukan Terkini: Pas
(Maklumat oleh 5 orang rakan petugas kempen Pas)

– Sehingga jam 11.30 malam 02 Mac 2011, maklumat daripada 3 rakan petugas Pas merumuskan perolehan undi Pas dalam PRK ini dijangkakan merosot kepada bawah 2000 undi berbanding pencapaian 2520 undi dalam PRU 2008 yg lalu.

– Dalam satu mesyuarat khas jentera petugas Pas petang semalam, 3 orang pemimpin Pas Pahang mendesak seorang pemimpin Pas Pusat supaya mengurangkan penonjolan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim dalam kempen di Kerdau berikutan penurunan mendadak sokongan ramai pengundi asal Pas selepas 4 hari kempen berlangsung.

– Seramai 16 orang petugas kempen Pas negeri Pahang dilaporkan memboikot tugasan di peti undi selepas berlaku pertengkaran dgn seorang pemimpin Pas negeri berkenaan pencalonan Hasanuddin.

– Laporan daripada 2 orang lagi rakan petugas jentera Pas menyebut asakan kuat jentera UMNO di Jengka 22 dan 23 menyebabkan sambutan ceramah Pas dan PKR menjadi kurang memberangsangkan.

– Pas Pusat dgn kerjasama Pas Negeri dilaporkan mengadakan mesyuarat tergempar pada awal pagi merangka strategik utk mengurangkan impak penurunan undi terutama dikalangan penyokong tradisi Pas yg dilihat agak kecewa dgn penarikan diri  Tuan Ibrahim Tuan Man utk bertanding kali ini.

– Di beberapa majlis UMNO, kelibat seorang ADUN Pas dan 2 orang pemimpin Pas negeri kerap kelihatan bersama-sama calon UMNO telah menjadi isu hangat dikalangan petugas Pas menyebabkan timbul desakan keras daripada seorang pemimpin Pas Pusat yg mahu tindakan susulan diambil segera oleh Pas negeri terhadap ketiga-tiga mereka.

– Esok (03/03/2011) pada petangnya akan diadakan satu perjumpaan khas dgn Pas Kawasan dan Pas negeri utk membincangkan tindakan alternatif selepas kelesuan yg dirasai sepanjang 4 hari kempen di Kerdau.


Sekian dahulu ringkasan laporan dan info yg diperolehi daripada rakan-rakan yg bertugas di DUN Kerdau. Blog XPressMinda akan terus mendapatkan maklumat-maklumat mutakhir daripada kalangan rakan yg terlibat langsung dlm kempen kali ini.

Sementara itu buat masa ini, maklumat terkini culaan undi daripada rakan2 di Merlimau Melaka setakat ini hanya diperolehi daripada 2 orang rakan yg bertugas di sana sahaja. Kedua-duanya daripada kem UMNO. Mungkin menjelang petang atau malam nanti  (03/03/2011) ringkasan maklumat berkenaan situasi semasa PRK Merlimau dapat disiarkan selepas lebih banyak info tambahan dapat dikumpul daripada beberapa orang lagi rakan lain setelah semuanya berjaya dihubungi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s