Yusof Rono Diselamatkan Mat Indera?…

Antara cerita rekaan yg di mainkan oleh juak-juak PR dan gerombolan pemuja komunis ialah seorang anggota polis Bukit Kepong telah diselamatkan oleh Mat Indera.

Nama anggota polis yg dikatakan diselamatkan oleh Mat Indera tu ialah Sarjan Yusof Rono. Itu kata juak Pas dan gerombolan balacinya.

Mat Sabu pulak kata Mat Indera mengetuai serangan ke atas Bukit Kepong, si juak bawahan pula kata Mat Indera tolong selamatkan anggota polis. Ha..ha.. lawak spastik sungguh.

Selepas Pas gagal meletakkan buku Pengukir Nama Johor sebagai backup nyawa politik Mat Sabu kemudiannya kantoi pulak cuba memujuk keluarga dan waris anggota polis Konstabel Marin Abu Bakar Daud, kali ni kita ikuti pula kisah Sarjan Yusof Rono.

Kisah ni merupakan pengalaman yg dikongsi oleh Dr Rahman Kadir, doktor yg bertanggungjawab menjaga, merawat dan menemani arwah Yusof Rono sepanjang arwah berada di Hospital Melaka.

Pengalaman Akhir Dr Rahman Kadir Bersama Yusof Rono Yang Kononnya Diselamatkan Oleh Pengganas Komunis Mat Indera!

Sekali lagi AS bawakan artikel dari Dr Rahman Kadir yang telah menyumbangkan banyak artikel yang berkualiti dan mendapat sambutan ramai pembaca di blog AS.

Antara artikel yang telah disumbangkan boleh dibaca di
SINI ,SINI &SINI.

Kali ini beliau berkongsikan pengalaman beliau sebagai orang terakhir selaku Doktor yang bercakap dengan Arwah Sarjan Yusof Rono, yang mana kononnya orang yang telah diselamatkan oleh pengganas komunis Mat Indera.

Harap dapat disebarkan untuk dikongsi bersama.

Saya menulis artikel ini bagi menangkis pembohongan yang disiarkan oleh Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat di dalam Malaysiakini bahawasanya Pengganas Komunis Mat Indera telah menyelamatkan Sarjan Yusof Rono.

1. Saya adalah doktor terakhir yang merawat Sarjan Hj. Yusof Rono pada tahun 2005 di Hospital Melaka.

2. Pada masa itu saya bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka.

3. Yusof Rono adalah merupakan satu-satunya wira terakhir Peristiwa Bukit Kepong yang masih hidup pada ketika itu.

4. Beliau dimasukkan ke ICU kerana masalah pendarahan pada usus yang amat banyak (Lower GI bleed initially attributed to Angiodysplasia).

5. Setelah percubaan merawatnya secara konservatif gagal, dan pendarahannya tidak berhenti, maka keputusan dibuat oleh Pakar Bedah untuk membedah Tn Hj Yusof Rono.

6. Sayalah doktor bius baginya yang telah intubate dan menjaganya sepanjang pembedahan yang memakan masa hampir 3 jam tersebut.

7. Saya masih ingat, sebelum pembedahan tersebut, Allahyarham seorang yang sungguh berani dan tabah. Apabila diajar mengucap kalimah, sebutannya lancar sebelum saya memberinya ubat bius.

8. Malangnya keadaan Allahyarham sangat tidak stabil semasa pembedahan dan dihantar ke ICU untuk rawatan lanjut. Beliau meninggal dunia di ICU dan sebab kematiannya adalah disebabkan oleh pendarahan akibat ketumbuhan pada usus kecil (gastro intestinal stromal tumour).

9. Sepanjang saya menjaga beliau sebelum pembedahan di Ward High Dependency Unit (kini ICU Orkid), saya tidak melepaskan peluang bertanya tentang pengalamannya berjuang menentang komunis.

10. Beliau seorang pejuang sejati. Darah yang mengalir dalam tubuhnya, darah patriot. Seorang yang cukup cintakan negara. Dalam keadaan yang lemah sakit itu, beliau begitu berkobar-kobar menceritakan kepada saya peristiwa tersebut seolah-olah ia baru berlaku semalam.

11. Dengan bangganya beliau menyelak pakaiannya menunjukkan parut-parut kesan dari peluru komunis yang menembusi tubuh beliau.

12. Dalam keadaanya yang lemah itu pun Allahyarham tidak jemu-jemu bercerita kepada saya peri keganasan komunis serta bencinya beliau terhadap komunis. Kemerdekaan yang kita kecapi mesti dihargai katanya.

13. Melalui beliaulah saya pertama kali mendengar nama Mat Indera. Rupa-rupanya, yang mengarahkan serta mengetuai serangan terhadap Bukit Kepong adalah seorang Anak Melayu yang beragama Islam!

14. Tidak ada kata-kata pujian yang keluar dari mulut Allahyarham serta keluarganya mengenai Mat Indera ini. Yang keluar hanyalah kejian dan celaan terhadap perjuangan songsang Mat Indera sebagai seorang pengganas, tali barut komunis dan pengkhianat bangsa. Jauh sekali ada apa-apa pengiktirafan bahawa Mat Indera menyelamatkan nyawanya. Yang ada hanyalah cerita polis dibakar hidup-hidup berserta isteri-isteri polis serta anak polis yang kecil juga dibakar hingga rentung.

15. Saya diberi ingatan oleh Allahyarham bahawa, pada setiap masa, akan ada orang-orang seperti Mat Indera ini di dalam masyarakat kita. Malah, saya masih ingat beliau berkata, Komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak perandakan negara.

16. Kata-kata beliau terbukti benar.

17. Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin parti politik sanggup menidakkan fakta sejarah serta suara-suara yang menyeru diiktiraf Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin, Mat Indera dan lain-lain pengkhianat negara ini diangkat sebagai pejuang kemerdekaan negara!

18. Malah, Dato Onn yang merupakan Menteri Besar Johor pada ketika Peristiwa Bukit Kepong dan Tunku Abdul Rahman yang berkhidmat dengan Kerajaan Kedah, dikatakan sebagai Pegawai British! Status para Pegawai Polis dan Home Guards yang gugur di Bukit Kepong mempertahankan Balai Polis dan senjatanya secara tidak langsung dikatakan sebagai bukan pejuang tetapi sebagai perkakas British!

19. Ini selah-olah meludah, kencing dan berak di atas kubur mereka-mereka yang telah berkorban untuk negara.

20. Percubaan menyamakan pengganas Komunis dengan Mat Kilau, Dato Bahaman, Datok Maharajalela, Abdul Rahman Limbong dan sebagainya adalah merupakan putar belit fakta sejarah ke tahap yang amat hina.

21. Pejuang-pejuang di atas (point no:20) telah berjuang menentang penjajah British dalam keadaan mereka masih taat kepada Raja-Raja Melayu serta mahukan negeri mereka diperintah semula dengan autonomi mutlak oleh Raja- Raja Melayu.

22. Komunis pula, perjuangan mereka adalah berpaksikan kepada Soviet International yang bertujuan menjadikan komunisme sebagai orde baru dunia di mana dunia diperintah oleh pekerja bukan Raja. Justeru itu, mereka melihat Raja-raja Melayu, Pembesar Melayu serta Pemimpin UMNO sebagai penyokong dan perkakas British. Jika mereka menang, maka dasar-dasar komunisme tidak memungkinkan Negara kita diperintah oleh Raja dan Sultan! Adakah dengan ini mereka layak diiktiraf sebaris dan setaraf dengan Abdul Rahman Limbong, Datok Bahaman, Mat Kilau, To Ku Paloh dan sebagainya? Jika pejuang-pejuang Melayu ini berjumpa dengan Mat Indera dan sekutu-sekutu Komunisnya, nescaya akan dicincang-cincang lumat Mat Indera dan komunis-komunis ini serta bangkai mereka akan dibuang ke laut berserta dengan rumah dan tapak tanah rumah mereka dihumban ke laut sesuai dengan amalan mereka yang pantang derhaka pada Raja. Membandingkan pejuang-pejuang Melayu dengan pengganas komunis ini serupalah seperti membandingkan seekor kuda perang dengan najis Mughalazah.

23. Perspektif mereka bahawa mereka menentang Pegawai-pegawai British serta Raja-Raja Melayu tidak pernah berubah dan terbukti apabila mereka meneruskan penentangan secara bersenjata mereka (PKM) ke atas Negara sekalipun setelah pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan berterusan sehingga 1989! Mereka tidak pernah mengiktiraf kemerdekaan serta kedaulatan negara hingga mereka menyerah kalah pada 1989.

24. Dalam tempoh itu, betapa banyak anggota Angkatan Tentera Malaysia serta rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman komunis? Apakah segala pengorbanan mereka ini hanyalah sia-sia?

25. Berpandangan bahawa Mat Indera dan para pengganas Komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan serta Dato Onn, UMNO dan pegawai-pegawai polis sebagai perkakas British adalah serupa dengan apa yang dianggap dan diperjuangkan komunis.

26. Benarlah kata Allahyarham Sarjan(R) Tn Hj. Yusof Rono, petualang dan pengkhianat bangsa dan negara belum mati tetapi bersalin kulit serta bertukar wajah. Akan tetapi, nada perjuangan mereka tetap serupa.

27. Sedihnya, yang menyokong serta beria-ia mendokong kenyataan Mat Sabu membela komunis ini adalah PAS sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

28. Komunisme adalah bertentangan dengan Islam. Islam menolak komunisme yang memerangi agama.

29. Pejuang Islam sebenar tidak akan sesekali mengiktiraf komunisme sebgaimana seorang Islam tidak akan sesekali mengiktiraf Abu Lahab dan Abu Jahal sebagai pejuang kemerdekaan Mekah.

30. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh para pejuang kemerdekaan yang telah berkorban untuk negara melawan komunis.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Al- Fatihah

Saya menulis artikel ini di atas kapisiti saya sebagai orang yang terakhir bercakap dengan Allahyarham Tn Hj. Yusof Rono.

Sumber di ambil dari: Anak Seberang (panggungopera.blogspot.com)

Adik Mat Indera yg bernama Baharom Shah pun kata abangnya Mat Indera selamatkan Sarjan Yusof Rono walhal waktu kejadian serangan ganas komunis di Bukit Kepong si Baharom baru berusia lebihkurang 4 tahun.

Baharom duk cerita dalam sidang akhbar kononnya Mat Indera tolong Yusof Rono, rupanya duk baca skrip teks yg Pas bagi. Ingatkan tengok guna mata kepala sendiri.

Last-last ada kenyataan Baharom dalam sidang akhbar tu menyebabkan Mat Sabu dan Pas gigit jari dan malu sendiri.

Lainlah macam anak arwah Konstabel Abu Bakar Daud yg sememangya berada di tempat kejadian dan menyaksikan sendiri ayahnya cedera di tembak komunis, manakala ibu dan adik pula terkorban ditembak dan dibakar komunis.

Berat sangat dah Pas dan penyokongnya skang ni. Membohong tak abis-abis. Sia-sia ada perkataan ‘Islam’ dalam parti tu.

13 thoughts on “Yusof Rono Diselamatkan Mat Indera?…

  1. erk…orang tgah sakit kot…dalam ICU…boleh pulak bercerita or “recall” balik sejarah lama…….. haish…tak tenang pesakit…

  2. wei bongok..citer ko memang best kn..org tgh sakit tp blh plak berborak2 ye..enth2 ko yg bc skrip yg BN bg,,,,bangang botol..tgk blk la sejarah lama…puuiihhh

    • apa yg pelik orang sakit boleh berborak, bercakap & bersembang? kalau ngko pernah melawat keluarga atau kawan yg berada di hospital pun ngko boleh bersembang dgn dia, ni apatah lagi doktor yg bertugas menjaga pesakit lagi la banyak ruang waktu utk bercakap, berkongsi cerita.

      apa yg doktor rahman kadir tu tulis adalah pengalaman dia sebagai doktor yg menjaga dan merawat arwah Yusof Rono.

      walaupun cerita mat indera selamatkan nyawa sarjan Yusof Rono tu betul, hakikat yg sarjan tu cedera parah pun betul jugak. mat indera selamatkan dia pun selepas dia cedera parah dan kebetulan sarjan tu dia kenal sbb sama2 pernah kerja di perlabuhan muar.(refer artikel & berita anak yusof Rono).

      lainlah kalau sarjan Yusof Rono tu tak cedera parah kena tembak oleh anak buah komunis Mat Indera, layaklah utk juak-juak pas agungkan mat indera.

  3. org yg d ICU… spatut nyer hanya ingt mati atau sakit… tambh2 lg ingt tuhan…. ptut nyer ajr ngucap… bukan bcerita hal2 keduniaan…

    lg pd 2005 dn skg ni 2011 mcam ner bleh timbul kisah MAT INDERA…
    biasanya seorang doc kurang berminat hal2 sejarah… dan lbihh kpda isu saintifik…

    doc ptutnyer consult pesakit dia cara pmakanan…jgn pikir byk2… haa… cam ner lak tu..
    mmg pesakit boleh berborak tapi tentang sejarah??? macam tak logik…

    🙂

    • sejarah tu utk kita & negara, tapi ia pengalaman hidup bagi arwah. arwah Yusof Rono bukan saja cedera parah malah kehilangan rakan-rakan taulan di depan mata dia.

      apa yg lebihnya seorang talibarut komunis macam mat indera? komunis tu kalau betul pejuang kemerdekaan sebaik saja negara bebas drpd belenggu british depa dah letak jawatan lama dah. tapi hakikatnya komunis masih memerangi dan buat kacau dan hanya letak senjata pd 1989.

      tidak menjadi luar biasa bagi pesakit bersembang dan bersoal jawab dgn doktor, kecuali kalau arwah tu dlm keadaan koma barulah luarbiasa.

      kot ye pun mahu defend mat indera jangan sampai menafikan derita & pengalaman ngeri arwah Yusof Rono.

    • macam la ko x penah melawat org sakit kat spital..macam la ko x penah borak ngan org sakit..alaaaaaaa bodonye liliyyyyyyyy..hekhekhek..

  4. doktor skema pon minat sejarah ekk, alhamdulillah komunis mcm mat indera msh sanggup tlg hj yusuf,

    12. Dalam keadaanya yang lemah itu pun Allahyarham tidak jemu-jemu bercerita kepada saya peri keganasan komunis serta bencinya beliau terhadap komunis. Kemerdekaan yang kita kecapi mesti dihargai katanya.

    cuma penyataan kt atas ni sy x setuju sbb kita tidak boleh membenci komunis sbb kerajaan negara kita jgk ada wt kerjasama dgn kerajaan komunis,

    dan lg satu klu mengikut kata pakar sejarah zainal kelin dan prof k k kim kita x perlu sbut ayat kemerdekaan sbb kita x pernah dijajah.

    Dan dgr2 kabarnye ada jgk pemimpin negara yg bermenantukan anak pemimpin dari negara komunis, betul ker?.

    • 1. Apa salahnya utk doktor bersembang pelbagai perkara dgn pesakit? pelik kot mana pulaknya? lainlah kalau doktor ajak sembang pasal seks logiklah peliknya.

      2. mat indera komunis tu kalau dia tahu semangat persaudaraan islam dan tentu dia takkan bawak anak buah komunis dia utk bunuh dan menzalimi orang Islam lain.

      3. hubungan kerajaan mahupun parti pemerintah dengan negara & parti luar tu salah satu hubungan antarabangsa.

      umpama kita hidup dlm satu kampung, kita boleh jalin hubungan persahabatan dgn siapa saja tanpa mengira Islam atau bukan.

      kecualilah kalau hubungan tu menyebabkan kita pula terpaksa mengikut ideologi depa macam mat indera mengikut komunis, logiklah utk kita bantah.

      4. Kazakhstan dah keluar drpd komunis Soviet Union sejak Dis 1991. Presiden Nursultan tu bukannya lagi penganut ideologi komunis, cuba check semula sejarah negara kazakhstan kalau nak tahu lanjut.

      sejak 1995 Kazakhstan telah menjadi ahli OIC dan sekarang ni merupakan pengerusi OIC sehingga jun 2012 nanti.

      jadi takde salahnya menantu najib tu skang.

  5. again…. generalize kan perjuang mat indera dgn komunis…. penah dgr proverb “The enemy of my enemy is my friend”… ade sbb kenape mat indera ketuai serangan di rumah pasung bkt kepong..

Leave a comment