Video: Mat Sabu VS Baharom Indera…

Cubaan Pas utk menutup keterlanjuran Mat Sabu ibarat macam gali lubang tutup lubang kemudian gali lagi. Pah ke ceroh la wei.

Video penjelasan adik tiri Mat Indera yg diharapkan oleh Pas dan Mat Sabu akan membantu meredakan keadaan nampak gayanya bakal jadi senjata makan diri.

Mat Sabu duk heboh kata Mat Indera adalah ketua penyerang Balai Polis bukit Kepong, Baharom pulak kata Mat Indera datang utk selamatkan mangsa daripada di bunuh.

Mana satu penyokong dan balaci Pas nak terima pakai skang ni? Saksikan video Mat Sabu dan Baharom di bawah utk anda nilaikan.

1) Transcript Ucapan & Video Mat Sabu (Penang / 21 Ogos 2011)

“Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup.

Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh British.

Tapi di buat filem yang hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)

 

2) Transcript Sidang Akhbar Baharom Shah Indera (Adik tiri Mat Indera / 07 Sept 2011)

“Berdasarkan maklumat yg saya perolehi, Mat Indera datang lewat ke Bukit Kepong semasa kejadian pada 23 Februari 1950 dulu.

Beliau datang bukan untuk bertempur sebaliknya datang untuk menyelamatkan mangsa yg terlibat.

Antara yg diselamatkan drpd di bunuh adalah Sarjan Yusof Rono anggota polis, Jamaliah Abu Bakar anak anggota polis marin Bukit Kepong”. (Baharom / 07 Sept 2011)

 

Kalau kita perhatikan gaya Baharom duk baca teks tu pun kita tahu tu bukan karangan dia, baca pun tersasul-sasul. Tak genuine punya reaksi.

Ada tukang karang mesti punya, agak sendiri la sapa orangnya dalam ramai-ramai kat sidang akhbar tu.

Dua kenyataan yg berbeza, saling bercanggah & menafikan antara satu sama lain tapi berkongsi matlamat yg sama.

Mat Sabu dgn yakin declare Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan sebab serang Bukit Kepong dgn alasan polis di situ adalah polis British.

Mai adik tiri Mat Indera kata abangnya hanya datang utk menyelamat bukannya utk menyerang Bukit Kepong.

Cuma sayang skit, media perdana tak ambik point ni utk hentak kaw-kaw Mat Sabu & parti Pas. Mungkin terlepas pandang atau simpan dulu kegunaan kemudian.

Percanggahan kenyataan Mat Sabu dengan Baharom ni mengingatkan aku kisah kerjasama UMNO dgn MCA dan lain-lain parti dalam BN.

Pas jadikannya isu dgn alasan haram mengangkat orang kafir sebagai pemimpin seterusnya menghukum sapa yg mengundi Perikatan (BN) akan jatuh haram dan kafir.

Skang apa jadi? Pas pula duk terhegeh-hegeh angkat Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Elizabeth dan lain-lain sebagai pemimpin idola Pas.

Ha..ha.. aku tak tahu nak cakap apa lagi la kalau balaci Pas masih tak nampak yg Pas sekarang tersepit makin terhimpit.

Bahana mulut berus inilah akibatnya.

Tapi ada penyokong dan balaci Pas kisah? Depa akan pejamkan mata dengan harapan menda ni  akan dilupakan.

Harap para penyokong UMNO cepat-cepat download dan simpan bahan video Baharom ni dan match kan dalam blog & forum masing-masing dgn video ucapan Mat Sabu.

3 thoughts on “Video: Mat Sabu VS Baharom Indera…

  1. Pingback: Ulasan Buku Pengukir Nama Johor… « XPressMinda

  2. Pingback: Yusof Rono Diselamatkan Mat Indera?… « XPressMinda

  3. Pingback: Mat Sabu Akhirnya Bertemu Mat Indera?… « XPressMinda

Leave a comment