Cukai 6% Prepaid… Kaji Jangan Tak Kaji…

Kata Dato’ Seri Najib, kerajaan tak pernah luluskan permohonan syarikat telco utk mengenakan caj 6% utk topup prepaid & pek permulaan produk tu.

Cuma harapnya janganlah jadi macam kes Astro walaupun tak diluluskan oleh kementerian tapi Astro tetap berkeras menaikkan harga langganan.

Dalam hal macam ni, kerajaan kena tegaslah. Usah pandang remeh temeh, menda yg kita kadang kala anggap kecil nilainya tapi bagi kebanyakan orang ia besar.

Berbeza dgn minyak petrol yg kita ketahui sumber semulajadinya terhad dan bergantung pula dgn harga pasaran dunia, topup ni pula bukan sumber semulajadi.

Kaji semula caj 6.0 peratus cukai perkhidmatan – Najib

 

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

“Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

“Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.

”Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

“Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,” katanya.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Sumber : Utusan Malaysia

 

Kot manapun, dalam isu topup ni blog XPressMinda mengambil pendirian selari dgn kebanyakan blog lain yg menentang tindakan mengenakan cukai tambahan 6%.

Kesediaan Dato’ Seri Najib menjawab isu ni memang kita hargai, namun jawapan saja tidak memadai.

Satu keputusan muktamad perlu diambil oleh kerajaan supaya kes seperti Astro tu tak berulang dan tak menjadi ikutan company lain.

Jadi, sebelum cecah tarikh 15 Sept 2011, kerajaan melalui Kementerian Telekomunikasi wajar membuat satu keputusan muktamad dan umumkan pd khalayak secepat yg mungkin utk membatalkan kenaikan 6% tu.

Lagi pulak, dengan services skang ni yg masih belum meliputi banyak kawasan, amat tak patut utk kenaikan tersebut.

Satu perkara yg perlu difikirkan oleh pihak telco dan kerajaan ialah, harga yg tinggi belum tentu menjamin keuntungan berterusan atau meningkat keuntungan bagi sesatu produk.

Lumrah putaran perniagaan terutama bagi produk seperti topup prepaid, bila harga meningkat penggunaan akan makin berkurangan. Bermakna syarikat telco tak mustahil bakal menghadapi risiko memperolehi keuntungan yg berkali ganda kurang berbanding sebelum kenaikan 6%.

Seseorang individu yg biasa topup RM10 seminggu tiada masalah utk kurangkan penggunaannya kepada RM10 sebulan. Yg biasa topup RM50 sebulan boleh saja kurangkan kepada RM50 utk setiap 2 bulan. Bayangkan bila sejuta pengguna bertindak demikian, tak ke rugi syarikat telco?

Bila keuntungan syarikat telco berkurangan, cukai tahunan 27% yg diperolehi kerajaan drpd untung kasar setiap company telco jugak akan berkurangan. Kantung kerajaan jugak yg sengkek nanti.

Kot manapun, buatlah yg terbaik paling penting dahulukan hasrat rakyat. Win-win situation omputeh kata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s