Keluar Pas Kerana Mat Sabu Mulut Berus…

Ini hanyalah permulaan. Hanya riak-riak kecil sahaja. Sekadar satu protes kecil dari ahli & penyokong lama Pas terhadap parti mereka.

Tindakan penyokong dan ahli Pas di Kedah tu hanya umpama menjentik telur Pas saja.

Kesan lancangnya mulut berus Mat Sabu yg cuba memutar belitkan sejarah walaupun dah jauh merebak ke sum-sum tulang parti Pas, kebanyakannya masih mengambil langkah tunggu dan lihat.

Setakat yg aku tahu baru wujud beberapa gerakan kecil mengumpul ahli & penyokong yg tersinggung dgn Mat Sabu dan pucuk pimpinan Pas dalam isu komunis ni di beberapa negeri seperti di Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan Selangor.

Di lain-lain negeri takde maklumat lagi, kaki tak cukup daa.

Utk beberapa tempoh hanya pimpinan akar umbi dan beberapa kerat pimpinan kawasan yg akan mengambil tindakan keras dgn keluar drpd Pas bersama penyokong masing-masing.

InsyaAllah jika Pas silap langkah lagi dalam sebulan ni dan takde tindakan di ambil utk membetulkan kerosakan yg dilakukan Mat Sabu, jangan terkejut sebelum abis tahun ni beberapa kepala sederhana besar di 6 negeri ni akan melakukan aksi gelombang merah ala-ala sederhana kesannya tapi mampu menyebabkan Pas tak henti-henti urut dada.

Marahkan Mat Sabu, lebih 50 ahli Pas Padang Terap keluar parti

 

KUALA NERANG 8 Sept. – Lebih 50 ahli Pas di daerah Padang Terap bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini hari ini.

Wakil mereka, Ismail Abdullah, 60, yang menjadi ahli Pas selama 35 tahun berkata, beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua Pas itu.

“Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, beliau juga tidak teragak-agak menyertai UMNO kerana yakin parti itu berada di landasan perjuangan sebenar iaitu bagi menegakkan keadilan untuk rakyat di negara ini.

Ismail berkata, beliau juga terkilan dengan perjuangan Pas hari ini yang jauh tersasar daripada konsep asal parti yang mahu memperjuangkan Islam selepas menguasai beberapa negeri.

“Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin Pas telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada UMNO untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata, keputusan kumpulan ahli Pas terbabit menunjukkan mereka yang di peringkat akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan parti tersebut. – Bernama

 

Mat Sabu yg bikin panas, jadi Pas kenalah tanggung akibatnya. Ibarat kanser yg sedikit demi sedikit kesannya pada tubuh kita, gitulah yg Pas akan rasa derita nanti.

Pas boleh saja anggap tu sekadar gigitan nyamuk atau semut. Ala setakat 50 orang tu apa la sangat kan. tak gitu Pas pis Pus?…

Ha..ha.. Sama-sama kita tunggu beberapa ketika kelak.

Leave a comment